Atas permintaan, saya pun nak share sikit tips untuk nampak muda walaupun dah nak masuk 40 tahun dan ada empat anak…

Tip no 1, penjagaan kulit muka.

Memang dari zaman medical student saya minat pegi facial dan agak obses dengan bab pencuci muka & pelembap. Masa student, dok Ireland tak pernah try facial kat sana, bila balik Malaysia cuti, baru pegi facial kat Dermalogica (tak ingat nama dulu2 apa). Masa dok Ireland, pakai la brand cuci muka simple, nivea, kekadang body shop. Set2 tu la, ikut bajet. Bila husben dah mula kerja dan lepas tu diri sendiri dah ada income, baru la try krim lancome, clinique. Suka sangat brand mahal2 ni sebab lain rasa lepas guna krim muka dia. Pencuci memang guna yang biasa2, nivea, simple. Toner pulak ikut rajin. Scrub suka yang Apricot, brand tak ingat dah nama.

11 tahun duduk Ireland ni bagus untuk kulit muka sebab cuaca sana yang selalu hujan dan 2/3 of the year nampak macam mendung nak hujan. Matahari memang merosakkan kulit dan nampakkan lagi tua. Risiko kanser kulit pun ada.

Lepas balik Malaysia saya tercari2 brand penjagaan kulit yang sesuai. Panjang juga ceritanya. Boleh kata semua brand biasa2 yang beli kat farmasi saya cuba tapi tak best. Brand yang biasa pakai kat Ireland pun, bila beli yang kat Malaysia punya, rasa lain, tak sesuai.

Akhirnya tanya sorang kawan ni, yang kulit dia memang cantik, licin, dia pun bagi sample dan sampai sekarang saya pakai brand yang sama. Order online, sampai ke rumah. Harga agak mahal juga, tapi tu lah yang puas hati. Scrub dengan mask pun ada, tapi tak konsisten. Toner pun ikut kerajinan dan mood.

Semalam saya pegi facial di sebuah kedai dekat dengan ofis. Dah kali ketiga atau keempat semenjak pindah Kelantan awal tahun ni. Best pulak sebab convenient, lepas balik kerja singgah jap, dan yang paling puas hati, especially kali ni, kulit betul2 terasa licin dan lembut, gebu.

Kulit Cantik
Suka rasa kulit lepas facial, macam kulit baby.

Cuma masalahnya saya ada beli barangan dia orang dan check tapi belum ada dalam website bpfk. Semalam saya tanya, dia orang kata ada kelulusan KKM. So mungkin lepas ni pegi facial je la, tak beli dah kot products dia. Until ada dalam bpfk.

1111
Lepas facial dapat minum air best.

Tips no 2, exercise.

Saya suka exercise sebab rasa bertenaga dan untuk menjaga kesihatan. Buat setiap hari ya. Yang belum pernah exercise tolong dapatkan nasihat doktor, lepas tu start sikit2, gradually increase. Lama2 bila tak exercise tu rasa pelik dan tak best. Itu lah yang kita nak.

Tips no 3, minum air yang mencukupi.

Rasa nya 8 gelas sehari. Saya yang menyusu baby ni memang kehausan selalu.

Tips no 4, jaga berat badan.

Tips no 5, makan banyak buah dan sayur, kalau tak cukup, tambah la supplemen especially vitamin C untuk kulit.

Tips no 6, dapatkan tidur yang mencukupi. Ni kadang2 agak mencabar sebab ada baby, tapi dengan kerja yang fleksible kadang2 tidur waktu siang nak cover balik hutang tidur.

Tip no 7, kurangkan stress. Bagi saya, suami pencari utama rezeki. Stress selalunya (untuk saya la) directly related dengan kerja. Gaji lagi besar, stress level pun makin tinggi. Saya rasa setiap wanita yang ada income sendiri dan usaha sendiri, ada satu kelebihan berbanding kalau suami sorang je yang bekerja. Boleh invest lebih untuk diri-sendiri dan anak2, so cuba lah cari kerja yang sesuai, yang ada income tapi tak terlalu stress.

Itu saja tips untuk hari ni.

 

Advertisements