Ramai kawan2 minta kongsi rahsia kurus walaupun dah ada empat anak dan yang bongsu masih baby/menyusu. Tak susah nak kurus sebenarnya. Saya percaya semua orang tahu apa nak buat, cuma nak buat dan nak buat setiap hari tu yang susah.

Ni tips dan rahsia saya (takde la rahsia sangat).

Beli atau dapatkan weighing scale/alat penimbang berat badan yang boleh mengukur lemak, lemak visceral dan body age atau umur badan, macam yang saya guna kat dalam gambar ni.

A
Berat dah naik sikit dari minggu lepas…kena puasa ni.

Bila dah beli, gunakan setiap hari.

Cara nak gunakan senang, pagi2, lepas buang air kecil dan besar, tanggalkan sebanyak mungkin pakaian dan ukur berat badan.

Letak alat penimbang di atas lantai yang rata. Jangan letak atas karpet sebab nanti ukuran kurang tepat.

Bila dah dapat bacaan, boleh la screen shot dan simpan.

Apa kepentingan peratusan lemak? Baru la kita tahu, berat badan turun naik tu kenapa, sebab tambah lemak ke sebab tambah muscle. Untuk orang yang suka exercise atau bersenam macam saya, selalunya muscle ni akan naik sikit dan lemak akan turun sikit. Tapi kena exercise setiap hari. Buat sikit2 dulu, tapi istiqamah. Lama2 jadi banyak la.

D
Peratus lemak pun tinggi sikit dari yang sepatutnya, tapi saya masih menyusukan baby yang dan 15bulan lebih, so tak boleh diet sangat.

Lemak visceral tu pula, lemak di bahagian perut. Ini lah lemak yang paling merbahaya sebab kalau tinggi, risiko nak dapat kencing manis, darah tinggi, strok, dan pelbagai penyakit merbahaya memang sebab kandungan lemak di bahagian pinggang. Boleh juga ukur lilitan pinggang kalau tak guna weighing scale canggih ni.

 

Di harapkan, timbang setiap hari dapat buatkan kita insaf dan jaga pemakanan serta jadi motivasi untuk bersenam selalu.

Body age tu pula, kalau lagi muda dari umur kita, maksudnya kalau ikutkan BMI/berat badan, badan kita sihat dan kita boleh hidup lebih lama sebab masih muda. Tapi kalau body age diukur mesin lagi tua, maksudnya risiko nak dapat pelbagai penyakit dan mati di usia muda tu tinggi…so tahniah semua yang body age muda, selalunya muka pun awet muda.

F
Alhamdulillah lagi muda dari yang sepatutnya, bulan Oktober ni 39 tahun dah, insya Allah.

Alat penimbang saya boleh bagi

  • BMI (body mass index, ukuran berat berdasarkan tinggi)
  • Basal metabolic rate atau kadar metabolisma, ni untuk sapa yang nak kira kalori untuk diet. Saya makan lebih berpandukan perasaan lapar dan kenyang. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • Peratus otot atau muscle.

Itu saja tips kurus saya untuk hari ni. Nanti akan tambah lagi insya Allah.

 

Advertisements