Ada kawan2 tanya tentang tips menulis buku. So saya nak share sikit tentang petua menulis blog dan buku.

Memang dari kecik lagi saya sangat minat membaca buku. Boleh kata duit yang kumpul spend dua benda:

  1. Lego
  2. Buku

Kira nerd la jugak, sampai sekarang pun. Nerd and proud of it. Agama kita pun suruh baca buku.

Tapi impian nak tulis buku bukan dari kecik. Masa kecik dulu ada la buat buku sendiri, macam komik. Cerita budak2.

Masa mula grad dari medical school saya dah simpan cita2 nak tulis buku. Dah lebih dari sepuluh tahun tu. Alhamdulillah, sebab saya pernah share impian ni, ramai je kawan2 yang mengingkatkan saya tentang projek yang terbengkalai ni. Tapi kelebihan share impian dengan kawan2 ialah, mana yang dapat membantu akan tolong.

Mula2 rasa macam nak tulis dan publish buku sendiri ni adalah ‘mission impossible’, tapi bila dah jumpa in person, beberapa orang author, baru kita boleh rasa, hmmm, kalau dia orang boleh buat, kenapa kita tak boleh buat. So, saya rasa penting jumpa dengan orang yang dah berjaya dan minta nasihat dan pendapat dia orang.

Tip no1: Cari dan jumpa orang yang dah berjaya tulis buku. Minta nasihat dan pendapat.

Book1
Prof Hasanah ni cancer survivor, dan juga rakan semasa jadi pensyarah di USM tak lama dulu. Dia tulis buku ni dalam masa 6 bulan. Hebat.

Tip no2: Pilih topik buku.

Bagi saya, nak mula menulis ni paling challenging sekali. Nak tulis apa ya? Fiksyen ke kisah benar? Kadang2 rasa macam banyak benda boleh tulis, kadang2 takde langsung idea. So macam tulis MBA dissertation, the best thing is to write down or pen your thoughts. Beli la satu buku tulis macam buku sekolah, tak perlu yang mahal, dan mula tulis idea2 dalam buku tu.

Book3
Khaliza Khalid ni grad dari MIT dan penulis buku fiksyen ‘Wedding Speech’. Dia bagi banyak tips untuk tulis novel.

Tip no3: Tulis tentang perkara yang kita minat dan rasa seronok/teruja (motivated) nak tulis.

Book2
Trying to be Muslim dikarang oleh Norhafsah Hamid. Boleh dikatakan buku ni satu usaha dakwah yang dia lakukan.

Tip no4: Tulis tentang perkara yang kita rasa penting dan mesej sangat perlu disampaikan kepada orang lain.

Book6
Irfan Khairi terkenal sebagai jutawan di Malaysia pada umur yang muda. Dia juga belajar di UK.

Tip no5: Set a goal. Tulis pada kertas, tarikh bila kita akan habis tulis buku ni. Letak gol tu ditempat yang kita akan lihat selalu/beberapa kali sehari, contohnya cermin. Ini akan memotivasikan diri untuk menulis (sama lah macam dissertasi MBA yang ada dateline).

Book7
Azizi Ali ni jutawan hartanah yang bekerja sebagai juruterbang.

Tip no6: Tulis sedikit setiap hari. Letakkan goal untuk setiap bulan, minggu dan hari. Contohnya, jika buku kita ada 10 chapter dan akan siap dalam masa 10 bulan, siapkan 1 chapter dalam masa sebulan, dan mungkin 1-2 page setiap hari.

Semua penulis buku yang di atas telahpun saya jumpa in person, 1-3 jumpa sorang2, dan 4-5 di seminar. Buku2 yang ditulis oleh mereka genre yang sangat berbeza tetapi setiap buku2 tersebut telah dapat saya manfaatkan.

Cari menulis blog pula saya akan share di blog lagi satu.

Advertisements