Pada bulan Februari 2016, sebuah Sekolah Menengah di Kota Bharu telah mengadakan program “anda bijak jauhi zina (ABJZ)” sebagai salah satu aktiviti bulan ber’tema’kan “displin”.

Alhamdulillah program ABJZ berjalan lancar dengan bantuan pihak Raudhatus Sakinah Kota Bharu dan Dr Hafidzah Mustakim (penceramah jemputan).

ABJZ4
Sebelum ceramah bermula, duduk bersembang dengan Dr Hafidzah (tengah), rupa2nya dia ada lapan orang anak…

Cerita disebalik sesi ABJZ:

Saya mula2 datang jumpa cikgu sekolah nak tanya hal lain, guru kaunselor pula minta tolong saya bagi ceramah dengan tajuk diatas. Bukan tak mahu, tapi rasa diri tak layak.

Teringat program ABJZ anjuran USM beberapa tahun lepas (masa kerja di sana) dan Rhaudatus Sakinah (RS).

Cari di internet, jumpa no tel RS KL, yang menghubungkan saya kepada RS Master & Training Consultancy (RSM&TC) di Kuala Lumpur. Saya call tanya info. RSM&TC KL ada kenakan bayaran termasuk caj pengangkutan, pihak sekolah pulak takde dana.

[Hari ni (30hb Disember 2016) saya dimaklumkan oleh wakil RS KL bahawa pihak yang saya hubungi awal tahun 2016 sebenarnya adalah RS Master Training and Consultancy, sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan menangani masalah sosial yang semakin meruncing. Syarikat ini adalah berbeza dari RS KL, sebuah pusat yang ditubuhkan pada 1998 bagi melindungi remaja perempuan. RS KL adalah NGO dan non-profit atau organisasi yang tidak menjana keuntungan dan tidak mengendalikan program ABJZ.

RSMT&C ada perjanjian akan menjalankan usaha2 pencegahan bagi pihak RS. RSMT&C mempunyai pekerja sepenuh masa dan mengenakan caj untuk menampung pembiayaan trainer ABJZ, yang pada masa ini terdiri dari 8 orang. Trainers mereka mempunyai degree tetapi memilih untuk berkecimpung dalam usaha pencegahan gejala sosial sepenuh masa.

Bagi sekolah yang tidak ada dana dan ada pelajar asnaf zakat, seperti sekolah yang saya maksudkan di atas, sekolah boleh memohon zakat dari Majlis Agama untuk mengendalikan program ABJZ di sekolah tersebut].

Teringat Dr Zaharah Sulaiman, ada terbaca nama dia dalam blog berkaitan RS. Ni kawan lama masa kerja USM dulu. Memang berkaliber dan banyak extra ko (co-curricular activities). Mesej FB, dia suruh contact RS KB.

Alhamdulillah RS KB takde kenakan apa2 bayaran wajib. Cuma minta sumbangan ikhlas untuk penceramah & RS. Untuk pembaca yang mungkin tak tahu, RS ni macam rumah perlindungan untuk remaja yang mengandung di luar nikah dan sebagainya. Penghuni dibimbing untuk kembali ke pangkal jalan. RS memang bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Sesiapa nak menyumbang, atau nak info lanjut tentang RS, boleh baca diFB RS Kelantan

blog Rhaudatus Sakinah Kelantan dan blog RS Kelantan.

Alhamdulillah pagi tu saya ada kelapangan, jadi boleh datang dengar ucapan Dr Hafidzah. Dr Hafidzah ni ada klinik di KB dan ramai guru2 memang patient dia.

ABJZ1
Dr Hafidzah memberikan ucapan yang padat dan menghiburkan, dalam masa lebih kurang sejam. Murid2 kelihatan memberikan perhatian dan ‘participate actively’ bila ada quiz.

 

Bukan senang nak bagi ucapan untuk 400 pelajar sekolah menengah. Mula2 cikgu nak buat program targeted untuk pelajar perempuan, tapi kami mulakan dengan general session/sesi am. Sebab masalah logistik, kami hanya dapat buat untuk pelajar perempuan dulu.

ABJZ7
Sebahagian pelajar2 perempuan di Masjid sekolah yang hanya muat 50% pelajar pada satu2 masa.

Pada permulaan sesi, penceramah bercakap tentang tujuan hidup, dan juga pengorbanan ibu bapa, tapi pendekatan cara interaktif dan menggunakan AV yang sesuai untuk audience.

Yang saya paling terkilan, masa sesi quiz di pertengahan ceramah, Dr Hafidzah tanya beberapa soalan yang pada saya straightforward, tapi saya terkejut bila soalan, “kalau mandi di kolam yang ada sperma, boleh mengandung” ramai murid2 yang menjawab ya. Di sini kita boleh lihat masih ada kekurangan info berkaitan sex education/ilmu sains reproduksi di kalangan pelajar remaja kita. Kajian menunjukkan, bila kefahaman ilmu ini tinggi di kalangan remaja, kejadian yang tidak diingini seperti mengandung luar nikah/unwanted pregnancy juga berkurangan.

ABJZ6
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ABJZ.

Saya terpaksa balik awal, sebab tu duduk di belakang. Rasa amat bersyukur dapat mendengar ceremah Dr Hafidzah. Insya Allah di masa akan datang, sekolah merancang untuk mengadakan sesi untuk targeted group pula/pelajar berisiko tinggi.

ABJZ2
Duduk bersama guru2 yang lain.

Moga sesi ini bermanfaat untuk para pelajar.

Pada ibu bapa, saya harap ramai yang datang ke sekolah anak2 untuk membantu cikgu2 dan pihak sekolah.

Pada kawan2 yang belum ada anak yang bersekolah, juga saya cadangkan bantu lah sekolah2, because children are the future.

Sedih tengok keadaan sekolah2 di negara kita, masih banyak yang kekurangan.

Saya rasa pendidikan tentang sains reproduksi masih perlu diperbaiki.

Itu sahaja perkongsian buat masa ni.

Advertisements