Ye lah, mana ada manusia yang suka hutang.

Bunyi pun membebankan.

Tapi kat Malaysia, nak tak nak, ramai orang yang terpaksa hutang masa:

  1. Nak beli rumah
  2. Nak beli kereta

Hari ni saya kongsi tips untuk bebas hutang (debt free).

Alhamdulillah saya dan suami, dalam masa 5 tahun (untuk saya dari masa mula bekerja) dan 7 tahun untuk suami (kalau ikut masa dia mula bekerja) boleh hidup bebas hutang.

rumah
Gambar rumah pertama kami.

Jenis-jenis hutang:

Sebenarnya, ada dua jenis hutang (ni secara umum). Tak semua hutang tu tak elok. Ada jenis hutang yang baik (good debt).

Macam mana nak tahu hutang tu baik atau tak?

Lagi sekali, secara umum, kalau hutang rumah, dan selalunya harga rumah akan naik, maka hutang tu ada kebaikannya.

Kalau hutang kereta, selalunya harga kereta memang turun (boleh kata 100% of the time), maka hutang kereta memang tak elok (bad debt). Lagi bagus beli kereta tanpa hutang.

Tapi nak buat macam mana, hidup kat Malaysia memang kena ada kereta (sebab public transport serba kekurangan), harga kereta pula mahal berbanding pendapatan rakyat, maka berhutanglah kebanyakkan dari rakyat Malaysia.

Kisah kami:

Saya dan suami, terus terang bukan dari keluarga berada. Masa kawin pun, masih belajar. Jadi modal pun takde. Tapi Alhamdulillah, rezeki dapat belajar di Ireland, kerja pun di Ireland lepas grad untuk beberapa tahun.

Di sana, kereta second hand yang elok dan murah memang senang nak dapat. So memang beli kereta dengan cash. Tak perlu hutang.

Rumah pula, setelah lihat beberapa contoh kawan2 buat duit dengan melabur hartanah, kami pun beli rumah pertama masa umur saya 25 tahun (dan suami 27 tahun). Alhamdulillah, bank sangat suka dengan doktor, jadi dapat 100% financing/loan/pinjaman dari bank. Masa tu tahun 2002/3. Ni rumah no1.

Selepas setahun saya bekerja, ada dua property deal yang menarik, maka kami pun modalkan wang untuk beli dua lagi hartanah. Satu dalam proses pembinaan, yang lagi satu beli dari orang, jadi kami sewakan. Ni rumah no2 dan no3.

Dua tahun selepas tu, dalam 2006, kami berpindah, jadi rumah no1 kami jual dengan keuntungan dalam 40% dari harga beli. Kami juga membuat keputusan jual rumah no2 sebab jauh untuk diuruskan dari tempat kerja baru kami. Begitu juga dengan rumah no3.

Hasil dari jualan 3 hartanah ni, kami dapat beli rumah no4 dengan cash.

Kami ada juga beli rumah2 yang lain, tetapi kami tidak memerlukannya. Rumah2 tersebut hanya investment atau pelaburan.

Kaedah di atas (cara bebas hutang dengan melabur hartanah) ni kami lihat dari seorang rakan doktor suami. Dia beli dua buah rumah baru, kedua2 rumah tu dia hias (furnish) elok2. Satu dia duduk, lagi satu dia jual. Untung jualan hartanah pertama dia guna untuk bayar habis hutang rumah kedua.

Macam mana boleh buat begini? Sebab harga rumah naik (capital appreciation).

Pernah tak harga rumah jatuh? Pernah juga, jadi saya cadangkan belajar mengenai hartanah sebelum mula melabur (bagi saya, melabur tu beli untuk jana pendapatan, bukan untuk tinggal).

Walaupun saya doktor, tapi kerana minat, saya banyak membaca buku tentang business, hal kewangan, pergi ke seminar hartanah, dan juga lulus MBA tahun lepas (2015). Tak perlu pakar dalam kewangan untuk buat duit melalui pelaburan, tapi kena ada ilmu.

Itu saja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat.

Advertisements