Nak jadi usahawan tu senang, nak jadi usahawan berjaya yang susah.

Azizi Ali, mentor jutawan dan jutawan hartanah, ada sebut sesuatu (something similar) macam ayat di atas, jadi saya quote dia tapi bukan verbatim.

bukuproperty
Buku yang banyak tips untuk pelaburan hartanah.

Ya, nak jadi doktor pun senang, tapi nak jadi doktor berjaya bukan mudah.

Tahun 2007, lepas mula bekerja di USM, saya juga melancarkan bisnes pertama. Minat bisnes ni dah lama, lepas grad dari med-school lagi. Minat tapi masa di Ireland tak boleh buat bisnes sebab visa sebagai pekerja sahaja. Masa tu saya nak buat MBA tapi entah macam mana, terbuat MRCP pulak. Rancangan Allah terbaik, tahun 2011 saya dapat mulakan pengajian MBA pula.

Masa tu saya bekerja sebagai pensyarah perubatan di Taylors University, dan Taylors baru nak lancarkan program MBA twinning dengan University of West of England, Bristol. Sebagai pekerja, saya dapat diskaun staf 50% untuk fees (semua termasuk yuran pendaftaran, kos RM55k). Degree dari Bristol. Lepas diskaun saya bayar dalam RM25k. Bagi saya, ni peluang keemasan untuk sambung belajar. Tambahan pula, kelulusan dari UK.

Saya tak menyesal buat MBA sebab bisnes pertama (dan kedua) saya tidak mendatangkan untung. Walaupun tak rugi besar, saya faham yang setiap bisnes ada risiko, dan risiko gagal tu sangat tinggi berbanding kebarangkalian untuk berjaya (1 in 5 within 5 years, atau 20% sahaja bisnes yang masih kekal selepas 5 tahun). Masa tu, saya rasa amat perlu untuk dapatkan lebih ilmu tentang bisnes.

Sekarang, hampir 5 tahun selepas kelas MBA pertama, saya mengaku, ilmu masa tu (2007) memang tak cukup. Walaupun saya dah banyak pergi seminar dan baca buku bisnes.

Nak mendapatkan MBA tu pula bukannya sesuatu yang senang untuk saya, dua kali (atau lebih) terpaksa defer sebab terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga. Semasa kawan2 sekelas saya grad, saya masih lagi belum mula menulis dissertasi. Alhamdulillah, dengan sokongan suami dan kawan2, akhirnya lulus.

taylors
Gambar semasa hari graduasi MBA, dah pulangkan gown tapi nak ambik gambar jugak sebab pemandangan sangat cantik.

Kelas atau module pertama yang saya ambik adalah marketing dan operations, bawah tajuk ‘delivering customer value’ atau memberikan nilai kepada pelanggan. First time saya belajar tentang konsep marketing.

Setiap bisnes, sama ada yang menjual produk atau servis, ada market atau pasaran. Pelanggan membeli kerana mereka mahukan nilai dari produk atau servis. Konsep marketing ialah, bisnes memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak pelanggan. Jika bisnes memenuhi sesuatu keperluan, maka tidak perlu lah risau tentang sales. Pasti pelanggan akan membeli kerana ada keperluan. Begitulah lebih kurang konsep yang diajar.

Marketing pula ada pelbagai aspek yang perlu diambil kira. Kena lihat saingan (competition) dan setakat mana bisnes kita memenuhi keperluan pelanggan berbanding pesaing2. Bisnes juga perlu pastikan setiap bahagian (department) tahu peranan masing2 dalam menghasilkan nilai untuk pelanggan.

Yang paling penting, pada pendapat saya, adalah customer feedback atau maklum balas dari pelanggan. Jika bisnes mahu berjaya, mesti dapatkan maklum balas dari pelanggan dan ambil tindakan berdasarkan maklum balas, jika perlu.

Sebenarnya, tak mudah nak dapat maklum balas dari pelanggan. Sebab tu lepas makan di Subway contohnya, kalau kita isi borang maklum balas, dia bagi satu cookie atau biskut percuma. Begitu pentingnya maklum balas pelanggan untuk kompeni2 besar.

Kesimpulannya, jika ada pelanggan yang sudi memberi maklum balas secara percuma, anggaplah itu suatu tip yang amat berharga. Boleh saja pelanggan yang tak puas hati, pergi membeli dari pesaing.

Itu saja perkongsian untuk hari ni.

Sebenarnya, saya sangat suka hakikat sekarang lebih ramai orang Melayu berkecimpung dalam bidang bisnes, dan saya akan bagi sokongan sebaik mungkin. Ye lah, bisnes sumber rezeki yang banyak, boleh tolak perbelanjaan (expenses) sebelum kira untung. Boleh bangunkan ekonomi ummah, insya Allah. Sebab tu saya ambil masa untuk menulis dan berkongsi ilmu.

Alhamdulillah, bisnes kami yang ketiga setakat ini sedang maju.

Advertisements