Bukan pertama kali saya ditanya tentang kolagen.

  • Ada pendapat saya tentang kolagen?
  • Adakah saya makan kolagen?

Jadi ada baiknya saya tulis dalam blog supaya jadi panduan untuk masa akan datang.

Disclaimer: saya bukan pakar sakit kulit. Kalau para pembaca ada masalah kulit, tolong jumpa doktor atau pakar.

Apa itu kolagen?

Kolagen ni bahan binaan asas kulit dan tisu2 lain dalam badan. Semasa umur semakin meningkat, kandungan kolagen dalam kulit pun berkurang, kulit akan nampak kedut dan kurang anjal berbanding usia muda. Ni ada artikel yang menerangkan tentang asas saintifik kolagen tapi dalam bahasa Inggeris.

Kolagen ni protein. Protein, bila kita makan, ia akan dicerna (broken down) dan menghasilkan molekul yang boleh diserap oleh badan bernama amino asid.

Badan cuma akan serap/ambil protein sebanyak mana yang diperlukan dari makanan yang dihadam dalam perut dan usus. Yang selebihnya akan disimpan dalam badan dalam bentuk lemak (ni fisiologi atau proses normal yang berlaku dalam badan semua manusia).

Pada pendapat suami saya (pakar bedah plastik), tak ada kelebihan ambik supplemen kolagen sebab protein akan dicerna. Kalau ambik banyak protein dalam diet, tak semestinya protein ni akan digunakan untuk menghasilkan kolagen. Badan manusia sangat kompleks. Bukan semudah itu.

Proses penuaan ni normal. Saya suka artikel ni, walaupun tentang botox yang haram dalam islam, tapi ada banyak tips dan penerangan tentang proses penuaan dan apa yang kita boleh buat untuk mengurangkan impaknya:

  1. Elakkan matahari dan gunakan sunscreen
  2. Gunakan krim dan losyen yang sesuai
  3. Jangan merokok – ni ada kaitan dengan ‘free radical damage’

Artikel dari Cochrane review ni juga menunjukkan betapa telitinya para saintis sebelum boleh membuat sesuatu keputusan (dalam artikel ni isu yang dibincangkan adalah botox – haram di sisi Islam, nak baca lanjut tentang hukum pembedahan plastik, boleh baca blog post ni), mesti lihat semua kajian saintifik yang telah dilakukan sebelum tu (dalam bahasa Inggeris istilahnya ‘scientific rigor’).

Buat masa ni, belum ada kajian saintifik yang memberikan bukti bahawa pengambilan kolagen supplemen memberi kesan anti-penuaan.

Kalau para pembaca ada bukti kajian saintifik, boleh lah email mazlynm@yahoo.co.uk. Saya sangat teruja untuk membacanya.

Saya sendiri ambil supplemen vitamin C dan multivitamin, suka bersenam dan makan buah2 dan sayur, serta mengurangkan stress dalam hidup, sebagai ‘formula anti-penuaan’. Dah tulis pun blog post tentang awet muda sebelum ni.

Ada artikel saintifik tentang vitamin C dan anti-penuaan.

tudung dagu
Ini gambar selfie terbaru (semalam 9 April 2016). Niat saya nak promosi tutup aurat bahagian dagu. Dapat hidayah lepas tengok balik gambar Haji 2012. Ada pula kawan yang bertanya tentang kolagen 🙂
Advertisements