2013, tiga tahun lepas, saya berpeluang bekerja di sebuah syarikat perubatan swasta bernama BP Healthcare.

Masa tu saya tinggal di PJ. Tahun sebelumnya, pegi Haji (2012), boleh baca pengalaman dan tips haji disini.

Setelah pulang dari Haji saya cari kerja. Ada kekosongan jawatan physician (doktor pakar perubatan am/general medicine/internal medicine) yang diiklankan. Saya apply. Tak kenal pun sesiapa yang bekerja di sana masa tu.

Interview pada cuti Kristmas. Terkejutnya saya sebab tak pernah lagi temuduga masa cuti awam. Tapi ok, sebab bukannya sambut pun.

Saya kagum dengan HQ company di Glenmarie. Besar dan cantik. Interview pulak dengan direktor yang muda (muda lagi dari saya!) Antara benda pertama yang dia kata, “doktor nampak muda”. Saya pun kata, awak pun nampak muda.

BP Glenmarie
Headquarters BP Healthcare di Glenmarie, Subang

Semua tempat lain yang saya pernah kerja sebelum tu, semuanya di temuduga oleh orang tua (seperti professor, consultant dsb) yang dah beruban.

Apa pun, saya kagum dengan tuan punya kompeni yang mengasaskan bisnesnya melalui ‘management buy-out’ beberapa dekad yang lampau. Bermula sebagai pekerja di sebuah makmal, Dato Beh akhirnya membeli, memajukan BP Lab dan kemudian diversify ke bidang2 lain seperti diagnostic centers (umpama klinik tapi ada kelainan sedikit – kerana ada makmal sendiri), specialist centers dan farmasi. Boleh baca cerita sejarah BP Healthcare di sini.

Tips Kerja #1

Pilih kerja untuk belajar.

Ya, pilih sesuatu kerja tu, bukan sahaja berdasarkan minat, gaji dan sebagainya. Tetapi pengalaman dan skills yang boleh kita dapat untuk membina diri dan kerjaya.

Saya pilih kerja di BPH kerana:

  1. Gaji yang menarik
  2. Waktu kerja mengikut office hours
  3. Tempat kerja dekat dengan rumah dan yang paling penting
  4. Berpeluang belajar teknik ultrasound

Kontrak selama setahun, tapi satu-dua bulan pertama, semua doktor dikehendaki training (terutamanya bidang ultrasound) di cawangan BP Specialist center di Cheras. Selepas tu saya dijanjikan akan ditempatkan di cawangan BP specialist center yang baru di Taman Megah, PJ. Dekat sangat dengan rumah.

Kali pertama saya bekerja di Cheras. Trafik jam pagi dan petang, Allah dan pengguna jalanraya yang lain saja yang tau.

Pagi ok lagi. Saya akan keluar rumah 7pagi waktu masih gelap. Sampai dalam 7.30, senang nak parking. Perjalanan jam di federal highway, lepas tu ok, dan akan jam lagi nak masuk Jalan Cheras. Masa tu belum guna Waze. Saya kesian tengok orang yang nak masuk ke arah KL. Pagi2 buta dah jam teruk.

Balik petang jam teruk sebab habis kerja 5.30ptg. Selama satu setengah bulan saya berulang, rasa macam nak mati. Saya komplen dan terus di tukar ke Glenmarie, Damansara Utama, dan Taman Megah semasa cawangan dibuka.

Saya sangat memahami bila orang lain komplen tentang trafik jam, dan mungkin mereka tak banya pilihan tempat tinggal atau kerja.

Terima kasih kepada Dr Lim Aik Boon dan Dr Quah Say Chuan, selepas beberapa minggu saya sudah cekap buat ultrasound abdomen, thyroid, payu dara, uterus, testis dan doppler carotids. Sungguh berbaloi bersusah2 meredah trafik jam PJ-Cheras selama 6 minggu.

 

 

 

Advertisements