Imbas kembali kenangan di facebook, tahun lepas, genap hari ni, 13 April 2015, saya mula bekerja secara full-time selepas melahirkan anak ke-empat. Baby masa tu umur 4 bulan. Masih menyusu badan sepenuhnya.

Sebelum tu dah mula kerja tapi hanya 6 jam sehari, dua kali seminggu di cawangan Klinik Famili TTDI. Bosan juga kalau duduk di rumah je dengan baby. Dah biasa kerja, tapi tak nak lah kerja yang stress.

lift
Pertama kali kerja di Menara Telekom (tak pernah kerja mana2 menara pun).

Dua hari sebelum tu dapat panggilan minta tolong cover. Saya pun kesian, ok lah saya tolong. Tak sangka Klinik Menara tu kepunyaan seorang rakan dari group FB doktor, Dr Rasool Shaik. Kebetulan juga saya pernah interview Dr Rasool tentang operasi kliniknya untuk dissertasi MBA.

room
Salah satu dari 4-5 Bilik konsultasi

Seronok sebab kliniknya cantik, besar dan banyak kelengkapan seperti servis doktor pakar O&G, ENT, (dll), ada x-ray sendiri, physiotherapy dan macam2 lagi yang saya belum pernah lihat di klinik2 swasta yang lain.

Layout kliniknya juga menarik, dari farmasi hingga tiga bilik konsultasi terhubung dibahagian belakang, jadi mudah untuk staf datang nak check ubat yang di-dispense betul ke tak.

view
Pemandangan dari bilik doktor

Staffnya juga sangat mesra dan professional.

Klinik sangat sibuk dan memang waktu pagi ada lebih dari seorang doktor. Waktu petang pula tinggal saya seorang. Jarang dapat waktu free, memang sentiasa ada pesakit.

Kedai makan memang ada banyak kawasan tu. Macam2 ada dan sesuai untuk semua jenis bajet. Tapi yang saya suka di Tower lagi satu sebelah Hotel Pullman, ada jual sandwich ayam yang sangat sedap. Saya selalu beli situ, ice-blended coklat drink dia pun best.

x-ray
Fully computerised, x-ray pun guna pacs.

Mula2 datang kerja naik kereta. Pagi takde masalah sangat. Senang je. Parking boleh guna hotel punya tapi ada hari yang dia tutup, kena parking di kawasan open air.

Petang, sebab habis kerja 5.30, seksanya nak keluar ke main road/federal highway. Trafik sangat sesak, adalah 30 minit berkelit2 kat situ, baru keluar highway. Belum lagi sampai rumah.

Saya hanya kerja empat hari so hari seterusnya saya naik LRT. Sungguh menjimatkan masa sebab rumah mak beberapa stesyen je dari stesyen Universiti. Nak lintas jalan tu kena hati2 sikit dan memang berhabuk la, saya guna mask.

waiting
Waiting room.

Ada laluan kecil di tepi bangunan yang agak sepi tapi selamat insya Allah waktu siang.

Pada hari ketiga dan keempat saya sempat balik rumah menyusukan baby dan terus ke klinik sambung kerja waktu tengah hari.

Itu saja perkongsian hari ini.

Advertisements