Tahun lepas genap setahun saya ada tulis post di facebook mengenai seorang bayi yang kena batuk kokol (whooping cough). Kasihan sangat. Batuk sampai tak bernafas, akhirnya terkena sawan dan admit ke ICU. Begitu dashyatnya penyakit batuk kokol ni kalau kena pada bayi kecil.

1
Genap setahun…

Tak sangka begitu ramai yang like dan share post ini. Masa tulis post tu memang saya marah sangat mengenangkan derita yang ditanggung oleh bayi kecil tu sebenarnya boleh dielakkan.

 

vax
Terima kasih kepada yang like dan share…

Sebenarnya, disebalik setiap kejadian tu ada hikmahnya. Selepas post ni tersebar, ramai yang mesej saya bertanyakan tentang bagaimana untuk mendapatkan vaksin untuk anak mereka, Alhamdulillah.

Saya pasti, yang mesej saya tu hanya segelintir. Pasti ramai lagi yang menghubungi doktor mereka atau rakan doktor mereka untuk mendapatkan nasihat dan vaksin.

Untuk ibu bapa yang anak belum vaksin, takpe, boleh datang terus ke Klinik Kesihatan dan doktor bertugas akan sedia membantu. Biasanya jadual waktu akan dibuat dan program immunisasi akan bermula walaupun usia mungkin tak seperti kanak2 yang lain. Biar lambat, asal selamat.

Saya nak ambik peluang untuk jawab pertanyaan yang tak sempat saya jawab masa tu, tapi baby nak tidur. Akan bersambung insya Allah…

Advertisements