Saya asal orang PJ. Lahir di HKL (sangat untung dapat bekerja di Hospital tempat lahir tahun lepas 2015).

Dibesarkan di PJ. Pernah tinggal di UK masa kecik, ikut Arwah Ayah sambung buat masters, tapi tak ingat sebab kecik sangat.

444
Pantai Irama, dekat je dengan KB.

Pernah tinggal 2 tahun di Taiping masa sekolah MRSM.

Lepas tu tinggal 11 tahun di Ireland, 10 tahun di Dublin dan setahun di Galway.

Balik Malaysia dah pernah duduk Kota Bharu dua tahun lebih, pindah ke KL 6 bulan dan balik semula ke PJ temankan mak lepas Arwah Ayah meninggal.

Lepas 5 tahun dok PJ, tahun ni 2016, pindah semula dok KB.

111
Banyak sekolah-sekolah hebat yang dekat dengan rumah.

Macam nomad, pindah randah. Sepanjang dok Ireland pun hampir setiap tahun pindah rumah sewa, sampai lah kami beli rumah sendiri, tu pun pindah jugak, kerja punya pasal.

Lepas balik Malaysia pun, banyak pindah randah, semua kerja punya pasal. Itulah pengorbanan kerja doktor dan berkawin dengan doktor. Takpe, insya Allah dapat balasan baik, tak dunya, di akhirat nanti.

Rasa macam kena explain sikit pasal background supaya orang faham kenapa saya tulis post ni. Lepas dah tinggal dalam dan luar negara, bandar dan luar bandar, sebenarnya, banyak kelebihan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

333
Cantiknya tandas sekolah kerajaan ni, saya sangat impressed!

Walaupun saya orang PJ, dan PJ sentiasa di hati, hari ni saya nak share 10 tips kenapa tinggal di Kota Bharu best:

  1. Untuk ibu bapa yang ada anak2 yang bersekolah, di KB ni terdapat high concentration (padat) dengan very good schools, termasuk sekolah berprestasi tinggi dan sekolah cluster kecemerlangan, baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah.
  2. Barangan keperluan dan makanan murah berbanding PJ/KL.
  3. Traffic jam tak seteruk PJ/KL.
  4. Harga hartanah murah berbanding PJ/KL (walaupun orang luar susah sikit nak beli rumah, ada syarat2 lebih tapi kami beli juga sebab nak buat retirement home insya Allah). Nak sewa pun murah (berbanding PJ/KL).
  5. Dekat dengan pantai (Pantai Irama 30minit je drive) dan pulau2 cantik macam Perhentian dan Redang (kena pegi Terengganu tapi dah dekat la berbanding PJ/KL).
  6. Banyak tempat2 makan murah dan sedap berbanding PJ/KL yang diusahakan oleh orang Melayu.
  7. Banyak bisnes orang Melayu (ya, bangsa lain pun berniaga macam biasa tapi senang nak jumpa usahawan Melayu di sini berbanding PJ/KL).
  8. Tak perlu banyak guna minyak kereta (suami pegi kerja naik motor sebab dekat dan senang nak parking).
  9. Takde tol.
  10. Dekat dengan sempadan Thailand (hmmm…)
  11. Kalau nak renew passport ke, tak  yah beratur panjang2.
222
Mural di luar tandas sekolah berprestasi tinggi, memang tak sangka sekolah kerajaan.

Itu saja perkongsian hari ni. Jom jalan-jalan KB!

 

 

Advertisements