Alhamdulillah, semalam sempat berjumpa Hayati Ismail, yang selama ni memang saya follow di facebook dan banyak kali dah nak jumpa tapi tak sempat.

Mula2, ada la kawan2 share post dia. Tu yang terbaca dan terus hantar friend request.

Yang saya ingat, kali pertama baca, dia tengah kumpul selipar dan berus gigi/ubat gigi untuk orang gelandangan (homeless) di KL. Lepas tu ada buat Freemarket dengan Syed Azmi.

Yang baru2 ni ada buat food distribution (bagi beras untuk orang miskin) di Sik, Baling, Kedah, dan semalam terbaca post dia tentang rumah yang sangat daif di Tanah Merah, ada 4 budak perempuan tapi takde bilik air…

Sebenarnya, memang ramai kawan2 baru yang saya jumpa ‘melalui’ facebook, jadi terima kasih lah Mark Zukerberg kerana dapat jumpa kawan2 lama dan kawan2 baru melalui social media ciptaannya.

Tapi yang paling best ialah jumpa orang2 ‘biasa’ yang buat benda2 ‘luar biasa’, for the first time in person.

hayati
Breakfast di Kopitiam Kita

Banyak juga sembang2, ye lah, first time jumpa. Cerita pasal anak2, kerja, kerjaya, macam mana ada kat Kelantan (topik ni wajib, especially sebab saya dan suami bukan orang Kelantan)…tapi soalan yang saya memang lama nak tanya, macam mana boleh buat begitu banyak charity work (amal kebajikan)…

Rupa2nya beliau kerja full time dengan NGO Food Aid. Nak baca lanjut tentang Food Aid boleh klik sini.

Konsep Food Aid ni sangat menarik, makanan berlebihan dari restoran2 dan tempat2 lain dikumpulkan dan diedar kepada mereka yang memerlukan.

Nak baca in detail boleh tengok facebook page Food Aid.

Kalau tak pernah dengar pasal Food Aid, sama lah kita. Saya pun first time dengar masa baca FB Hayati Ismail dan semalam lepas jumpa dia, adalah dia explain sikit, balik terus buka internet cari info.

Food Aid ni takde hubungan dengan mana2 parti politik atau mana2 agama. Sumbangan diedarkan kepada semua rakyat tak kira bangsa dan agama (dan kalau lihat, yang bukan rakyat pun di tolong contohnya pelarian Rohingya, boleh klik di sini nak baca lanjut), supaya insya Allah, satu hari nanti, tak ada dah orang yang lapar kerana tak cukup makan di Malaysia.

kopitiam kita
Dah lama teringin makan kat Kopitiam Kita semenjak ada kawan recommend, semalam baru kesempatan. Sedap roti titab dan teh tarik.

So kawan2 dan sesiapa yang baca post ni dan nak bagi sumbangan kewangan kepada Food Aid, sangat2 dialu-alukan. Boleh hubungi terus melalui link2 yang ada di atas. Semua sumbangan dapat resit yang boleh digunakan untuk tax exemption (dikecualikan daripada cukai pendapatan).

Sesiapa nak berkenalan dengan Puan Hayati Ismail dan follow post beliau di facebook boleh klik di sini.

Jom kita basmi kelaparan (lets end hunger).

 

 

Advertisements