Alhamdulillah saya dan suami dikurniakan empat orang cahaya mata.

Setiap orang anak kami unik, ada personaliti, kelebihan, minat dan bakat yang berlainan.

baby
Disember 2014, ahli keluarga bertambah lagi di Kelana Jaya Medical Center…

Saya ada baca post di facebook, ibu baru yang bayi masih beberapa hari tanya, normal kah anak dia menyusu berjam2 lepas tu tidur sejam, bangun susu lagi.

Jadi saya rasa perlu nak kongsi tips penjagaan bayi untuk manfaat semua.

baby girl
Anak ketiga masa baru lahir…

Sebagai doktor yang beragama Islam, memang kami akan cuba sedaya upaya menolong dan menyokong para ibu untuk menyusukan anak dengan susu badan, kalau boleh untuk 2 tahun.

Saya sendiri Alhamdulillah, semua anak2 disusukan sendiri tetapi kerana jarak anak pertama dan kedua agak dekat, anak pertama yang paling kurang dapat susu ibu berbanding adik2 nya. Rezeki masing2.

aisyah baby
Di Malaysia kawan2 suka hadiahkan baju dan barang penjagaan bayi…kalau di Ireland dulu kawan2 suka bagi toys…

Ok, tips hari ni:

No1: Bulan yang pertama selepas bayi lahir adalah masa yang paling mencabar, terutama kalau bayi pertama atau dah lama takde baby macam saya hari tu, atau pun umur dah semakin meningkat, atau pun kalau kena bedah caesar…itu lah nasib saya tapi Alhamdulillah, akhirnya semua selamat.

Buat lah persediaan, suami kena rancang cuti (bagi yang bekerja), ambik leave sebanyak mungkin masa tu. Suami saya cuti 3 minggu terus masa sambut anak bongsu. Paternity leave campur annual leave. Senang sikit sebab baby memang fixed elektif caesar (bedah yang terancang).

Kalau suami tak leh tolong, minta lah mak ke, mentua ke, kakak ke, maid ke, adik ke, sesiapa la yang boleh bantu.

2 boys 1 girl
2009…masa tu ada two boys and one girl.

No2: Jaga kesihatan diri, makan yang seimbang dan menyihatkan. Exercise yang simple macam jalan2 ke. Kurangkan stress, boleh baca Quran dan buat benda2 yang menyeronokkan macam baca buku, tengok wayang dengan kawan2, ikut la minat masing2.

baby aisyah
Pink! Seronoknya dapat baby girl pulak lepas 2 baby boy…

No3: Sediakan barang2 yang perlu. Sebenarnya banyak benda yang tak perlu dari yang perlu. Lepas baby pertama, tau la sangat barang mana yang berguna.

Pada pendapat saya, benda yang mesti beli sebelum baby lahir:

  1. Lampin
  2. Baju baby (tak perlu banyak, tapi kat spital kena berlapis2 sikit sebab aircond)
  3. Wipes atau kapas yang bulat2 (senang nak guna)
  4. Krim nappy untuk elak nappy rash/ruam lampin

Saya suka guna kain muslin untuk lap muntah baby. Ye la, baby baru memang setiap kali menyusu ada je muntah/muak. So kena standby wipes, tissue, kain…

Barang untuk mama pulak:

  1. Baju nak pakai lepas dah bersalin (selesa baju dengan kain, apa2 yang senang nak menyusukan baby)
  2. Pad – kena tebal sebab memang darah banyak
  3. Disposable underwear/seluar dalam pakai buang, senang untuk 2-3 hari masa kat spital (sebab saya bedah)
  4. Maternity bra/nursing bra
  5. Breast pad

Selalunya masa lepas bersalin saya masih lagi pakai baju maternity/mengandung sebab takde la slim terus. Lepas dua bulan ke boleh la mula cari pakaian untuk orang slim sikit.

aisyah cute
Baby girl dan saudaranya, masa baby jangan risau sangat siapa lagi besar…

Bagi saya, tiga minggu yang pertama la paling mencabar. Tak cukup tidur, badan masih sakit lepas bedah, nak kena susukan baby, sakit puting masa menyusukan baby…berbeza sangat berbanding bersalin masa muda (anak no1-2, umur 20an, anak no3 dah 31, anak bongu umur 37!)

big brothers
Abang2 jumpa adik buat kali pertama…

Semasa menyusukan baby:

  1. Mungkin rasa tak selesa atau sakit di puting masa mula2, tapi selepas beberapa saat/minit sepatutnya sakit tu hilang. Jika terlalu sakit mesti dapatkan pertolongan professional (jumpa doktor/lactation consultant/pakar penyusuan)
  2. Bayi baru lahir memang kerap menyusu, bayi saya adalah dalam 2-3jam sekali (bulan pertama) so memang bangun malam beberapa kali setiap malam. Saya akan tidur juga dengan baby masa siang untuk ganti balik tidur yang tak cukup.
  3. Masa ni juga la baby berak beberapa kali sehari jadi kena tukar lampin waktu malam. Lepas sebulan baru buang air besar siang je…masa tu lega lah sikit. Tapi kali ni memang suami dan maid yang tukarkan lampin masa malam untuk bulan pertama tu. Anak2 sebelum ni, saya buat sendiri. Sebab cepat je recover.
  4. Sediakan air dan tempat yang selesa. Saya suka sangat menyusukan baby sambil baring di katil. Boleh rehat sama. Selalu juga tertidur sama baby. Kerja rumah memang semua maid dan suami buat.
  5. Baby no4 saya pernah tergigit puting sampai sangat sakit (dia kena sesak dengan payu dara terlalu penuh susu) dan anak yang kedua pernah sampai berdarah (sebab cuaca di Ireland sejuk dan kulit jadi kering). Di Ireland saya guna nipple cream/Lansinoh supaya tak kering. Di Malaysia saya tak perlu guna krim. Cuma basuh bila mandi. Lepas terluka tu, rehatkan dulu dan susu ikut sebelah lagi untuk satu-dua kali. Lepas dah sembuh sikit baru bagi balik.
  6. Kalau payu dara terlalu penuh susu (terutama bulan pertama masa demand belum equal supply) boleh buangkan sikit guna pump atau urut supaya baby senang sikit nak latch on.
comel
Nampak comel je tido, tapi malam2 bangun cari susu….
cry
Kami suka guna buai baby yang otomatik…baby pun suka tido dalam tu…
success
Pengorbanan ibu sendiri jangan lupa, bila besar nanti baby jadi anak soleh dan solehah, amiin…

Moga tips bermanfaat untuk semua.

Saya suka nasihat penyusuan bayi dari website Kelly Mom cuma dia dalam bahasa Inggeris. Memang maklumat yang dia bagi tepat dan saintifik.

Advertisements