Jika anda pernah buat internet search tentang vaksin, pasti anda familiar dengan nama mamat ni: Andrew Wakefield.

Semalam ada orang tag saya berkenaan dengan isu keselamatan vaksin, nak tanya pendapat saya sebab dia masih khuatir.

Alhamdulillah, saya suka orang bertanya, dan saya suka orang yang tanya doktor perubatan bertauliah.

Macam mana nak tau seseorang tu doktor perubatan bertauliah atau tak?

Kalau kat Malaysia, senang je. Boleh google Malaysian Medical Council atau klik sini.

Bila google MMC pun akan keluar “Search for Registered Doctor” (cari doktor bertauliah), boleh juga klik di sini.

Boleh cuba masukkan nama saya, Mazlyn Mustapha dan akan keluar alamat tempat bekerja terakhir dengan status, status saya “full”, maksudnya saya dah ada lesen untuk mengamalkan bidang perubatan sebagai doktor bertauliah di Malaysia. Kategori lain contohnya doktor baru grad akan dapat “temporary” registration, lepas habis houseman baru dapat “full” registration.

Semua negara di dunia ni ada pertubuhan yang mentadbir doktor2 bertauliah. Sebab tu medical profession ni “self-regulating”, maksudnya doktor2 sendiri membuat undang2 dan mengawasi industri sendiri, tujuan untuk memastikan doktor2 yang bertauliah mendapat latihan secukupnya mengikut standards tertentu, untuk melindungi pesakit dan juga nama baik profession doktor.

Siapa Andrew Wakefield ni dan kenapa saya bercerita panjang lebar tentang medical registration?

Sebabnya, Andrew Wakefield ni, pada suatu masa dahulu, seorang doktor di UK. Dia kemudiannya mem’publish’ atau menerbitkan kajian mengenai bahaya vaksin dan kaitannya dengan autisma. Kajiannya diterbitkan di jurnal perubatan yang mashyur, the Lancet.

Tak lama kemudian, didapati banyak unsur penipuan dalam kajiannya, yang hanya melibatkan bilangan pesakit yang amat sedikit (tak sampai 20 orang pun).

Dia juga tidak memberitahu bahawa dia ada “konflik of interest”, dia telah dibayar oleh orang2 yang nak menyaman pembuat vaksin, dan dia juga baru apply patent untuk vaksin nya sendiri (dia nak memburukkan vaksin sedia ada supaya dia boleh jual vaksinnya).

Akhirnya penipuan tu dikesan.

The Lancet tarik balik kajian Andrew Wakefield. British Medical Council atau GMC (General Medical Council), badan penguatkuasa di Britain telah membuang (strike off) nama Andrew Wakefield dari senarai doktor bertauliah di UK.

Maka jangan lah tertipu dengan cerita Wakefield.

Dia bukan lagi seorang doktor bertauliah.

Semenjak kajiannya yang ternyata banyak kesalahan, sudah banyak kajian baru melibatkan berjuta2 penerima vaksin, menunjukkan tiada kaitan antara vaksin MMR dan autisma.

Boleh baca selanjutnya di sini:
Artikel Wikipedia mengenai Andrew Wakefield amat tepat sekali. Saya jarang refer kepada Wikipedia tanpa membaca artikelnya dahulu.

Ada orang bagi saya link artikel dari website “age of autism”. Saya pun tertanya, siapakah yang mengelolakan website ni? Doktor bertauliah ke? Macam mana saya nak terima nasihat berkaitan vaksin dari orang selain dari doktor bertauliah? Jadi saya pun check Dam Olsted, editor dan orang pertama yang disenarai dalam contact us.

Dam Olsted ni reporter ataupun pemberita, boleh klik sini kalau nak baca lanjut. Ok, saya boleh baca berita yang dilaporkan dari pemberita, tapi kalau nak tanya pendapat tentang vaksin, tanya lah orang yang berilmu, iaitu doktor bertauliah.

Cuba baca artikel Newsweek ni, pandai dia putar belit cerita bila ada outbreak measles di US dan ramai kanak2 menderita, Andrew Wakefield kata…

“We made no claims about the vaccine causing autism”. (Kami tak pernah kata pun yang vaksin menyebabkan autisma).

“In fact, we said this does not prove an association”. (Malahan, kami kata kajian ni tak menunjukkan apa2 kaitan antara vaksin dan autisma).

“And all we urged was further research.” (Kami hanya katakan yang kajian selanjutnya perlu diadakan).

The authors of the paper wrote at the time, “We did not prove an association between measles, mumps, and rubella vaccine and the syndrome described.” (Petikan dari artikel/kajian mengatakan “kami tidak menunjukkan apa2 kaitan antara measles, mumps dan rubella vaksin dengan syndrome yang dikaji”.

Begitu lah…jadi jangan mudah tertipu. Ketahuilah siapa yang berkata2 dan kenapa mereka berkata2 sedemikian. Masing2 nak jaga periuk nasi sendiri tanpa kisah tentang nasib kanak2 yang tidak divaksin dan kemudian mendapat pelbagai jenis penyakit yang serious.

Kajian2 yang menunjukkan tiada kaitan antara vaksin dan autisma:

Lancet 1999 melibatkan 498 kanak2

Paediatrics 2002 melibatkan 535,544 kanak2

New England Journal of Medicine 2002 melibatkan 537,303 kanak2

Bandingkan dengan kajian Wakefield yang hanya melibatkan 12 orang kanak2!

Sekarang, ada pulak kajian CDC 2004 yang telah pun di-retract (tarik balik) kerana masalah ‘non-declare of competing interest’, (kajian tu dibuat ada unsur2 untuk konflik tujuan/motif, contoh macam Wakefield, masa dia memburukkan vaksin, rupa2 nya dia nak patent dan jual vaksin nya sendiri).

Bagi saya (dan saya pasti para doktor dan saintis yang lain), takde masalah, kalau satu kajian di-retract, buat lah kajian yang lain. Kalau lah betul, kajian lain akan menunjukkan keputusan yang sama.

Oleh itu, mari kita vaksin kan anak2 demi kesihatan dan kesejahteraan semua.

Advertisements