Alhamdulillah, semakin ramai pelanggan yang mesej nak order sabun zaitun yang diimpot khas dari Palestine.

Palestine products
Sabun zaitun, minyak zaitun, habatusaudah dan madu buatan Palestine.

Ada yang tanya, betul ke sabun zaitun boleh digunakan untuk cuci muka? Sebenarnya saya pun tak tahu, baru seminggu lebih guna sabun zaitun Palestine. Mula2 saya guna macam sabun mandi biasa.

Pada pendapat saya, sabun ni tak ada buat harum yang kuat macam sesetengah sabun yang lain. Buih pun tak berlebihan. Berbuih, tapi takde banyak. Lepas guna, memang kulit tak kering atau tegang, rasa selesa.

soap1
Kandungan sabun zaitun Palestine: minyak zaitun, air dan caustic soda (sodium hydroxide).

Lepas beberapa hari guna sebagai sabun mandi, saya sendiri terfikir nak cuba untuk basuh muka. Memang selama ni, nak cepat, saya basuh muka dengan sabun dua kali sehari, masa mandi pagi dan petang. Alhamdulillah, bila basuh muka dengan sabun zaitun Palestine, tak rasa kering, sedap je lepas basuh.

Beberapa hari lepas tu ada customer tanya tentang penggunaan sebagai pencuci muka, so setakat ni boleh la saya kata yang, ya, sesuai untuk cuci muka juga. Saya dah guna beberapa kali, ok Alhamdulillah.

soap2
Sabun zaitun Palestine dibuat menggunakan proses yang sama seperti 1000 tahun yang lepas.

Ada yang tanya, boleh ke guna sabun zaitun sebagai shampoo rambut? Yang tu saya tak pernah terfikir pulak. So pagi tadi masa mandi, saya pun cuba. Alhamdulillah ok, boleh guna sebagai pencuci/shampoo rambut, tapi, rambut saya memang jenis kering dan lepas shampoo (atau sebelum) saya akan guna perapi rambut. So sama lah dengan sabun zaitun, kena guna perapi rambut.

Sabun zaitun Palestine dihasilkan secara tradisional menggunakan bahan2 yang suci.

Selain membantu ekonomi rakyat Palestine, anda juga menggunakan sabun yang:

  • mesra alam.
  • tidak diuji ke atas haiwan.
  • tidak mengandungi sumber haiwan.
  • yang sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

Sesiapa yang nak order sabun zaitun dari Palestine boleh mesej saya di facebook atau hantar email ke mazlynm@yahoo.co.uk.

Harganya adalah RM25 untuk 150mg sabun zaitun Palestine, tidak termasuk kos penghantaran RM6 di Malaysia.

Jika berminat nak baca pandangan saya tentang produk2 Palestine yang lain, boleh baca blog post saya di sini.

Jika nak tahu kenapa saya mempromosi barangan Palestine, boleh baca blog post saya yang ni.

Jika berminat nak tau macam mana sabun zaitun dibuat di Palestine, boleh baca artikel dari AlJazeera di sini.

Advertisements