Ada pulak orang tanya tentang susu kambing.

Ya, hampir setiap petang saya akan membawa anak2 keluar untuk bersenam. Kadang-kala kami jalan kaki dari rumah ke Masjid Kubang Kerian.

Di Masjid ada tempat memanah dan ada Guru yang mengajar memanah. Boleh juga beli alatan memanah di situ. Nak baca lanjut tentang tips memanah boleh klik sini.

Kami selalu juga beli kuih pau, jeli kelapa dan susu kambing yang dijual dikedai2 di tepi masjid.

Saya tak kata kuih pau, jeli kelapa atau susu kambing ada apa2 khasiat tertentu, cuma beli sebab nak makan. Tu je. Tapi sebab ada orang tanya, saya pun cari maklumat.

Saya pun tak tahu macam mana nak mula. Google scholar ada beberapa kajian tapi belum ada bukti kelebihan susu kambing yang terserlah dari mana2 segi kegunaan kesihatan atau perubatan, tapi adalah satu artikel ni, tajuknya “Antioxidative probiotic fermented goats’ milk decreases oxidative stress-mediated atherogenicity in human subjects”.

Yang saya faham, orang yang minum susu kambing ‘fermented’ atau yang dah jadi yoghurt, menggunakan bacteria lactobacilli special anti-oxidative, ada kesan anti-atherogenic, atau boleh kurangkan salur darah yang mempunyai plak (yang selalunya mengakibatkan penyakit seperti sakit jantung, stroke dan lain2). Boleh klik di sini untuk baca lebih lanjut.

Ada pula satu website yang membandingkan susu kambing dengan susu lembu. Ye lah, saya pun tak pasti nak tengok susu kambing dari segi apa sebenarnya. Menurut website ni:

  • Susu kambing ada lebih lemak, kalori dan lemak tepu berbanding susu lembu.
  • Susu kambing ada kurang gula, lebih kalsium, lebih magnesium, lebih potassium, 5% keperluan vitamin C, dan lebih protein berbanding susu lembu.
  • Kandungan sodium lebih kurang sama.
  • Susu kambing kurang vitamin B12 (untuk pembentukan sel darah), dan kurang folic acid.
  • Susu kambing ada lebih vitamin berbanding susu lembu.
  • Dua2 susu ada vitamin D dan kolesterol.
  • Susu kambing kurang selenium dan vitamin B2 berbanding susu lembu.

Kesimpulannya, kedua2 susu kambing dan susu lembu ada kelebihan masing2 dari segi kandungan nutrient…boleh baca artikel di sini (tapi dalam bahasa Inggeris).

Itu saja kali ni, kalau ada info lanjut boleh mesej saya di facebook Mazlyn Mustapha atau email mazlynm@yahoo.co.uk

muntah
Gambar hiasan: Baby saya (yang ketiga) lepas minum susu ibu.

 

 

Advertisements