Alhamdulillah, awal tahun ni saya berpeluang melawat Masjid sebuah sekolah di Kota Bharu.

Kebetulan masjid ni masih dalam proses pembinaan dan kos yang diperlukan masa tu (bulan Februari) dianggarkan RM60k.

masjid post
Facebook post saya berkenaan masjid ni bulan Februari 2016 lepas. Pada masa tu, sekolah ni belum ada dewan atau masjid yang boleh memuatkan semua 700 pelajar pada satu masa.

Sesiapa yang berminat untuk mendapat pahala berterusan insya Allah boleh lah menderma kepada tabung Masjid Sekolah Menengah Kubang Kerian 3, sebuah sekolah harian di Kota Bharu, Kelantan.

Akaun bank Islam adalah seperti dalam gambar di bawah:

masjid akaun
Boleh bank in di CIMB atau online.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak sekolah di facebook Cikgu Rosneta atau facebook SMK Kubang Kerian 3. Boleh juga mesej saya di facebook Mazlyn Mustapha atau email mazlynm@yahoo.co.uk.

Baru2 ni kami tanya pihak sekolah tentang perkembangan pembinaan masjid tersebut. Cikgu sekolah ada bagi anggaran perbelanjaan seperti dalam gambar di bawah:

masjid estimated
Anggaran perbelanjaan…

Alhamdulliah dari RM60k Februari 2016, sekarang hanya RM16k diperlukan.

Anggaran 30% lagi kerja2 pembinaan diperlukan seperti wiring (pasang wayar), tiling (pasang tiles), cat, lampu dan kipas.

Jom kita ambil peluang untuk membantu. Boleh tolong share maklumat ni supaya kawan2 pun dapat menyumbang.

Terima kasih.

Advertisements