Saya tolong alih bahasa artikel webmd bertajuk “Medicinal Uses of Honey” atau “Kegunaan Madu dalam bidang perubatan”.

Kegunaan madu dalam bidang perubatan yang terbukti melalui kajian saintifik hanya lah untuk:

  • Penjagaan luka (wound care)
  • Ubat batuk (cough suppressant)

Tips tentang madu:

  1. Jangan beri kepada bayi yang berumur kurang dari setahun. (Bayi kurang 6 bulan hanya sesuai minum susu ibu).
  2. Dalam makmal ada kesan anti-bakteria tetapi belum terbukti berkesan dalam pesakit.
  3. Madu Manuka digunakan untuk merawat luka di kaki (chronic leg ulcer) dan luka akibat tekanan (pressure sore).
  4. Kajian di makmal menunjukkan mungkin boleh digunakan untuk pesakit allergy (alah) kepada pollen tetapi kurang berkesan bila digunakan oleh pesakit.
  5. Boleh digunakan sebagai ubat batuk untuk kanak2 (batuk waktu malam) dan membantu mereka tidur.
  6. Bagi pesakit diabetes atau kencing manis, madu tidak ada kelebihan berbanding gula kerana madu juga mengandungi gula.

Harap maklumat ini berguna.

honey kelulut
Madu Kelulut (Buatan Malaysia) dan Madu Palestine. Sesiapa berminat nak beli madu Palestine boleh mesej saya di facebook Mazlyn Mustapha

 

 

 

 

Advertisements