Ada kawan2 yang terkejut blog post saya banyak dalam bahasa Melayu. Ya, saya lebih suka menulis dalam bahasa Inggeris sebab dah biasa.

Pada suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya google ‘darah tinggi’ nak tengok ada tak artikel berfaedah yang boleh di kongsi, sekali yang keluar kesemuanya (top ten) di tulis oleh bukan doktor atau digunakan sebagai promosi jual vitamin dan sebagainya.

Astagfirullahalazim.

Masa tu, saya bertekad nak tambahkan artikel berkaitan kesihatan dalam bahasa Melayu yang independent, iaitu tidak menjual mana2 produk atau servis. Memang banyak artikel berkualiti sebegini dalam bahasa Inggeris.

ultrasound
Gambar hiasan semasa belajar buat ultrasound suatu ketika dahulu.

Hari ni saya nak tulis sikit tentang risiko kanser pangkal rahim atau cervical cancer (kanser serviks).

Alhamdulillah ada artikel oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk “Kanser Pangkal Rahim (Serviks), boleh klik di sini untuk baca.

Saya akan terjemah artikel dari American Cancer Society (Pertubuhan Kanser Amerika) bertajuk “What are the risk factors for cervical cancer?” (klik di sini untuk baca lebih lanjut) atau “Apakah perkara2 yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser pangkal rahim/serviks?”

Risk factor:

  • “Risk factor” adalah sesuatu perkara yang akan meningkatkan risiko seseorang mendapat sesuatu penyakit.
  • Kanser yang berlainan mempunyai risk factor yang berlainan.
  • Merokok adalah risk factor untuk pelbagai jenis kanser.
  • Mempunyai satu atau lebih risk factor tidak bermakna seseorang mempunyai penyakit.
  • Mempunyai banyak risk factor meningkatkan peluang mendapat sesuatu penyakit seperti kanser serviks.
  • Perempuan yang tidak ada risk factors jarang mendapat kanser serviks.

Risk factor atau faktor yang meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat kanser serviks termasuk:

  1. Jangkitan human papilloma virus (HPV)
  2. Merokok
  3. Sistem imun yang lemah seperti jangkitan HIV (human immunodeficiency virus)
  4. Jangkitan chlamydia (Klamidia, sejenis penyakit kelamin atau sexually transmitted disease)
  5. Diet yang kurang buah dan sayur
  6. Berat badan yang berlebihan
  7. Menggunakan oral contraceptive pil atau pil perancang keluarga untuk jangka masa yang lama
  8. Mengandung tiga atau lebih bayi cukup umur/full term pregnancies
  9. Umur kurang dari 17 tahun semasa mengandung bayi (full term/cukup umur) yang pertama
  10. Miskin dan tidak mendapatkan khidmat kesihatan yang diperlukan
  11. Diethylstilboesterol (ubat yang digunakan dari tahun 1940-1971)
  12. Ahli keluarga kena kanser serviks

Penggunaan IUD (intrauterine device) mengurangkan risiko kanser serviks

klinik menara
Gambar hiasan: bilik konsultasi di Klinik Menara, Bangsar.

Itu saja perkongsian hari ni. Moga bermanfaat.

Segala kemusykilan, sila berjumpa doktor anda. Ini adalah nasihat secara am dan tidak boleh diguna pakai sekiranya doktor memberi nasihat yang lain.

Advertisements