Hari Jumaat di Kelantan adalah cuti umum. So pagi ni, anak2 duduk study di meja makan. Lepas tu, bergaduh.

Biasa la, bila ada lebih dari satu anak tu, kalau tak gaduh, ada lah tidak normal.

genius
Belajar tanpa disuruh.

Hari ni saya nak share tips memotivasi anak untuk belajar. Maklum lah, peperiksaan pertengahan tahun pun dah dekat, dua minggu lagi.

Ada artikel bahasa Indonesia yang menarik bertajuk 13 Cara Memotivasi Belajar Anak2, boleh klik di sini untuk baca artikel tersebut.

Tip#1: Mula dengan memaafkan anak anda.

Maafkan la jika keputusan peperiksaan bukan seperti yang diharapkan. Maafkan jika anak anda bukan ada ciri2 yang anda harapkan pada seorang anak. Dia belum dewasa. Dia masih memerlukan pertolongan, bimbingan dan kasih sayang ibu bapa.

Tip #2: Selalu bertanya tentang sekolah.

Biar anak cerita apa yang berlaku.

Tip #3: Apabila anak baru tidur, bisikan kata2 semangat di telinga nya. Contoh, awak sangat rajin, sangat suka baca buku, buat tanpa suruh, belajar tu menyeronokkan dan mudah dan sebagainya.

Masa anak saya pegi Shichida mereka ada ajarkan teknik ni.

Selain itu, doa dan kata2 ibu tu mustajab, jadi kita doakan yang terbaik.

Bila anak sedang tidur, segala kata2 tu akan masuk ke ‘the unconcious mind’ atau minda separa sedar.

winner
Usaha tangga kejayaan.

Tip #4: Terangkan kepada anak kepada belajar tu penting.

Bila belajar dapat masuk university, peluang pekerjaan dan sebagainya. Selain kewajipan umat Islam untuk menuntut ilmu.

Tip #5: Beri pujian melalui orang lain.

Boleh minta cikgu sekolah contohnya untuk membantu.

Tip #6: Jika anak masih kecil, baca buku bersama supaya mereka suka baca buku.

Tip #7: Tetapkan masa untuk belajar.

Displin penting, khas kan masa 1-2 jam sehari untuk belajar. Ibu bapa juga masa tu patut baca buku disamping anak2.

Tip #8: Sediakan suasana belajar yang menyenangkan. Ada meja kerusi yang selasa dan sebagainya.

Tip #9: Buat surat rahsia untuk anak yang ada kata2 motivasi.

Tip #10: Jadi contoh yang baik. Ibu bapa pun kena baca buku dan study, kurangkan tengok tv dan sebagainya.

Tip #11: Berikan waktu rehat.

Dalam slot 1 jam belajar pun kena ada break atau masa rehat.

Tip #12: Kenali cara anak anda belajar, sama ada visual, auditory, kinesthetic.

Pasti kan cara anak anda belajar adalah yang terbaik, contoh anak yang visual suka guna diagram, gambar, lukisan untuk belajar, dan sebagai nya.

Tip #13: Berikan pujian dan hadiah jika mendapat hasil yang baik.

Artikel bahasa Inggeris pula, “10 Ways to Motivate Your Child to Learn” atau 10 cara untuk memotivasikan anak untuk belajar (boleh klik di sini untuk baca).

Belajar bukan sahaja di sekolah atau di rumah, belajar boleh dibuat mana2 sahaja.

Tip #1: Galakkan anak anda membaca. Belikan buku, majalah dan bahan bacaan supaya ada banyak bahan bacaan di rumah.

Tip #2: Galakkan anak anda bersuara, memberi pendapat, bercerita tentang perasaannya dan membuat pilihan.

Minta pendapat anak anda contohnya untuk memilih tempat makan atau tempat percutian dan sebagainya dan hargai pendapat nya.

Tip #3: Beri galakkan untuk anak anda menggunakan minat mereka, untuk membaca dan membuat kajian lanjut tentang perkara yang mereka minati.

Tip #4: Anak yang kecil belajar melalui cara bermain atau ‘learn through play’.

Tip #5: Kongsi dengan anak anda apabila anda mempelajari sesuatu yang baru.

Tip #6: Tanya apa yang anak anda belajar disekolah, bukan gred atau markah yang diperolehinya.

Tip #7: Ajar atau bantu anak anda mengatur (organise) kerja rumah supaya dapat menyiapkannya.

Tip #8: Buat sambutan untuk semua pencapaian, kecil mahupun yang besar.

Tip #9: Fokus pada kekuatan, bantu anak anda mengasah bakat2 yang sedia ada.

Tip #10: Belajar dari persekitaran, galakkan anak anda mengkaji dunia nya, bertanya soalan dan menggunakan alam sekitar untuk belajar apa yang diajar di sekolah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Advertisements