Bersambung blog post pagi tadi tentang vaksin, kalau nak baca boleh klik di sini. Asalnya saya nak blog tentang keselamatan vaksin, tapi, sebab terbaca satu blog ni, saya terpanggil nak jawab isu2 yang diketengahkan.

Blogger tu kata “imunisasi: satu konspirasi”. Konspirasi apa? Saya quote direct la senang…”vaksinasi moden (imunisasi) adalah salah satu campur tangan (konspirasi) Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka”.

Ok, macam mana nak jawab balik ya?

(Sampai hati orang tuduh saya ni menyokong zionis. Hancur luluh jiwa berkecai…kita yang selama ni memboikot, divest dan sanction rejim zionis, kita yang tolong promosi dan beli/guna barangan Palestin, adakah patut? Memang tak patut).

Tapi kena bagi bukti.

Masa solat zuhur tadi saya dapat ilham.

Masa baring sambil susukan baby tengah hari tadi saya google “Israel immunization”.

Ok, sebelum tulis lebih lanjut, saya tahu yang tak semua orang Yahudi itu zionis, dan tak semua orang yang menyokong zionis itu Yahudi.

Tujuan saya pilih Israel ialah, kalau la kita nak pilih negara yang kemungkinan besar ada ramai penyokong zionis, mesti pilihan2 termasuk:

  • Israel
  • Amerika
  • Negara2 Eropah

Jom kita tengok, Israel ada bagi vaksin tak kat baby2 dan anak2 zionis?

Ok, link pertama saya dapat dari Kementerian Kesihatan Israel sendiri (dalam bahasa Inggeris)link pertama saya dapat dari Kementerian Kesihatan Israel sendiri (dalam bahasa Inggeris). Eh, adalah. Kat Israel pun dia orang vaksin kan baby2 kecik dan kanak2. Macam mana pulak tu. Secara logiknya, kalau vaksin ni tak elok, mesti zionis tak nak anak2 zionis kena vaksin, ye tak?

vaksin israel
Saya pinjam jadual immunisasi Israel dari Kementerian Kesihatan Israel.

Ok, jom kita bandingkan dengan jadual immunisasi Malaysia (dari website Kementerian Kesihatan Malaysia), boleh klik sini kalau nak baca lanjut.

Immunisation
Age (Months)
Age (Years)
0
1
2
3
5
6
12
18
6
12
15
BCG 1 if no scar
Hep B
1
2
3
DTaP*
1*
2*
3*
4*
DTaP**
DTaP**
IPV*
1*
2*
3*
4*
IPV
Hib*
1*
2*
3*
4*
Measles
Sabah
MMR
1
2

So, ada persamaan – masa lahir bagi vaksin Hep B, lepas tu masa baby dari 2-5/6bulan ada DTP, Hib dan polio vaksin, masa umur setahun dan 6 tahun dapat MMR.

Selalunya yang hangat diperkatakan puak2 anti-vaksin ni (yang saya terbaca) adalah DTP dan MMR vaksin. So, kenapa dia orang bagi kat anak2 zionis?

Link yang kedua tentang informasi di mana nak dapatkan immunisasi. Tak berapa membantu.

Link ketiga ni ha, jom tengok. “More Israeli Parents Refusing to Vaccinate Their Babies According to State Regulations”, boleh klik sini untuk baca. Terjemahannya “Lebih ramai ibubapa di Israel tidak mahu memvaksinkan bayi mereka”. Wah, rupa2nya orang Israel pun ada yang anti-vaksin. Macam mana ni? Kenapa orang Israel sendiri tak nak vaksin kan bayi mereka? Agenda zionis kot. Nak menguasai dunia menggunakan immunisasi….

Link yang keempat pula, oleh the Times of Israel, “State to’anti-vaxxers: No vaccination, no child support”, boleh klik sini untuk baca lebih lanjut. Rupa2nya Israel pun ada buat undang2 supaya sesiapa yang tak vaksin kan anak tak dapat elaun dari kerajaan. Kat Malaysia kita tak ada elaun “child support” atau “child benefit” ni, so tak boleh la nak tarik  balik.

Ok dah azan asar, insya Allah kita sambung lagi topik hangat “isu keselamatan vaksin” di lain masa. Moga bermanfaat.

Advertisements