Bersambung cerita tentang keselamatan vaksin…

Saya pun sambung internet search, kali ni google “keselamatan vaksin”, nak tengok cerita apa pulak yang keluar.

Link yang pertama “Garispanduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin Di Malaysia, dokumen pdf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”. Saya tahu, ramai rakyat Malaysia yang kurang percaya kepada kerajaan. Saya pun, terus terang, have my doubts tentang banyak isu yang lain, tapi bila timbul isu vaksin ni, sebagai doktor, KKM memang ikut guidelines WHO, dengan memantau side effect vaksin. Nak baca lanjut boleh klik di sini.

Bukan vaksin je yang dipantau, ubat2 lain dan antibiotik juga ikut proses yang sama. Bukan doktor je yang boleh buat laporan tentang side effect dari vaksin, pesakit dan ibu bapa pun boleh. Baca je dokumen kat link ni untuk maklumat lanjut.

Masa saya bekerja di Ireland dulu sebagai doktor pun, ada sistem yang lebih kurang sama. Doktor akan report kalau ada apa2 kes side effect dari mana2 ubat, vaksin, antibiotik dan sebagainya.

Link yang kedua pun tentang dokumen yang sama, cuma di website bahagian farmasi KKM.

Link yang ketiga pulak sampai satu blog ni, yang penulis nya mengaku bukan doktor. “Aku bukan doktor, pakar imunologi, mahupun saintis terulung. Hanya seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya”. Bagus la, saya pun ibu yang sangat menyayangi anak2 saya dan juga anak2 orang lain. Cuma beza, saya doktor.

Saya petik lagi dari blog ibu ni, “kita semua perlu tahu bila kita nak vaksinkan anak-anak kita adalah

  • kita mesti tahu apa itu vaksin,
  • tujuan vaksin diberi,
  • apa vaksin yang ada,
  • vaksin yang mana yang mesti diberi (mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia) dan
  • vaksin yang mana yang disyorkan.
  • Panduan-panduan ini boleh didapati dalam rekod kesihatan anak.
  • Selain itu, kita juga MESTI AMBIL TAHU apa kesan baik dan buruk yang mungkin timbul setelah vaksin diberi dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anak terkena kesan buruk akibat vaksin”

Setakat ni saya setuju dengan semua yang diblog oleh ibu ni.

Tapi kan, the rest of the blog hanya cerita pasal side effect vaksin je. Takde pun cerita tentang keperluan vaksin, apa tujuan vaksin kan anak, penyakit2 merbahaya yang dapat dielakkan dengan vaksin….cuma cerita side effect semata2. Agak bias la, pada pendapat saya.

Lepas tu pulak, di hujung blog post tu ibu ni bagi link cerita menyayat hati baby Ian Gromowski.

Saya dah pernah baca cerita baby Ian ni dulu (tahun 2013). Masa tu, dalam satu facebook group ni, group parenting/education. Saya dalam group tu sebab nak share pasal education anak2. Tetiba ada baca post orang tanya “mummies in the group” nye pendapat tentang vaksin. Lepas tu dia orang refer kat seorang yang spesifik. Saya pun rasa pelik.

So saya post la berkenaan keselamatan vaksin dan bahayanya penyakit2 yang vaksin boleh tolong elak. Ada ibu bapa yang sokong vaksin dan ternyata dalam group tu, ramai yang anti-vax. Dia orang la yang suruh saya baca dan komen tentang cerita baby Ian ni.

Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut, mula2 sekali, saya bersimpati dengan ibu bapa Ian kerana kehilangan bayi yang kecil dan comel. Tetapi, sebagai seorang doktor, susah nak komen cerita mereka tanpa lihat medical notes atau dengar pandangan para doktor yang merawat bayi tersebut.

Yang pasti nya baby tu ada “bone marrow failure” atau medical term nya “aplastic anemia”. Sum2 tulang dah tak dapat nak hasilkan sel2 darah lagi. Kalau google “bone marrow failure” akan keluar links, saya ambik pautan/link ketiga sebab ia ‘patient information’ atau penerangan khas untuk orang awam (boleh klik sini untuk baca sendiri). 

Saya ambik sikit dan perenggan tentang cause of bone marrow failure atau sebab2 sum2 tulang gagal. “Bone marrow failure can affect red blood cells (RBCs), white blood cells (WBCs), and platelets. Single line deficiencies or pancytopenia may occur. Causes include:

So, banyak kemungkinan sebab2 lain baby Ian sakit. Untuk mendapat kepastian saya nak tengok medical records baby tu dan tanya pakar kanak2 yang merawatnya.

Kalau memang sah baby Ian mati sebab vaksin, kenapa tak saman doktor2, hospital dan syarikat vaksin tersebut?

Lepas tu kalau pegi balik website asal tentang baby Ian tu, mak dia tulis (dalam blog tu) “To start, we want to be VERY CLEAR that we are NOT AGAINST VACCINES”.

Pulak. Sekejap dia kata vaksin bunuh anak dia, lepas tu dia kata dia bukan anti-vaksin. Ok lah. Maka, saya simpulkan, dia bukan anti-vaksin.

Lagi satu, ni coincidental (kebetulan) je, tapi nama Gromowski tu nama Yahudi. Saje je nak cakap. Kot ada yang tak tau. Agak2nya zionis ke? Tak tahu la. Saje je.

Lepas tu, dalam facebook group parenting/education tu, dia orang (mak bapak anti-vax) kata dia orang pun dengar nasihat doktor jugak, macam Dr Sears. Hmmm….saya pun ternampak nama Dr Sears link dalam blog baby Ian tu, terus klik nak baca apa pulak cerita Dr Sears ni (boleh klik di sini kalau nak baca).

Saya klik A to Z topics dan pilih vaccines. Ok, memang Dr Sears ni doktor la, pakar kanak2, dah bertahun2 pengalaman kerja di US. Tapi bila search doctor finder tak jumpa pulak. Ok, buat masa ni saya terima je sebab Wikipedia pun kata dia doktor.

Ok, kembali ke website Dr Sears, bahagian vaccines. Scroll ke bawah, saya tertarik nak baca “A Response to Dr. Offit’s Misleading and Inaccurate Review of The Vaccine Book in Pediatrics, January 2009”. So Dr Sears ni ada tulis buku tentang alternative vaksin schedule. Lepas tu Dr Offit baca dan kritik. Lepas tu Dr Sears jawab balik kritikan tersebut.

Dr Sears kata “In fact, the book encourages parents to vaccinate their children”. Terjemahannya, “sebenarnya buku saya menggalakkan semua ibu bapa memvaksinkan anak2 mereka”.

Begitu lah hakikatnya. Dr Sears, seorang doktor pakar kanak2, juga menyokong dan menggalakkan semua ibu bapa vaksinkan anak2 mereka.

Jadi, apa sebenarnya masalahnya…vaksinkan anak2 anda, saya pun dah vaksin kan kesemua empat orang anak2 saya mengikut jadual, setakat ni Alhamdulillah, semua sihat2, semua pandai2, semua hebat2, anak2 soleh dan solehah insya Allah berjaya dunia akhirat.

Jom vaksin.

anak2
Saya seorang ibu dan doktor yang sangat sayangkan anak2 saya, sebab tu semua empat orang saya vaksinkan mengikut jadual.

 

 

 

Advertisements