Dah lama nak blog tentang BDS; boycott, divestment dan sanctions.

Saya terjemah main points dari website BDS movement (boleh klik sini untuk baca dalam bahasa Inggeris).

Apakah BDS? Pada tahun 2005, gerakan ‘civil society’ di Palestin telah memulakan kempen boikot, “divestment” dan “sanction” ke atas Israel sehingga ia mematuhi undang2 antarabangsa dan hak rakyat Palestin.

Kini, gerakan kempen BDS yang global menentang Apartheid Israel muncul menjawab sahutan.

Kebanyakkan orang Malaysia biasa dengar kempen boikot ni, sebagai pengguna kita boikot dengan memilih untuk tidak membeli barang atau servis tertentu.

BDS4
Jangan lepaskan peluang.

“Divestment” pula bermaksud menjual sesuatu pelaburan (lawan maksud investment, iaitu membelanjakan wang untuk pelaburan).

“Sanction” ialah mengenakan tindakan kerana tidak mematuhi undang2.

  • Kenapa kita perlu boikot Israel?

Banyak kerajaan di dunia yang tidak lagi menyokong Israel dan meletakkan tekanan ke atas Israel untuk mematuhi undang2 antarabangsa.

Fokus kepada boikot dan kempen ke atas syarikat2 dan institusi2 yang membantu Israel melakukan jenayah ke atas rakyat Palestin, BDS adalah gerakan yang berpengaruh dan strategik untuk memulaukan Israel.

Untuk mengetahui pencapaian BDS sehingga kini, boleh klik di sini untuk baca lanjut. Boikot dan sanctions juga berjaya menumpaskan apartheid di Afrika Selatan.

ahava
Ahava dijual di Malaysia melalui Lazada.
  • Apakah yang patut saya boikot?

Terdapat beribu2 barangan konsumer hasil syarikat2 Israel dan antarabangsa yang bekerjasama dalam membantu Israel menindas hak asasi Palestin.

Oleh itu, boikot barangan konsumer adalah paling effektif bila ia

  1. targeted – mempunyai target yang tertentu
  2.  strategik – menggunakan kaedah terbaik
  3. based on accurate data – tepat dan berdasarkan sumber maklumat sahih
  4. mempunyai potensi untuk disokong ramai
G4S
G4S di Malaysia digunakan untuk top up mesin ATM

Boikot konsumer yang berimpak tinggi (atau meninggalkan kesan yang mendalam) berlaku apabila ia sebahagian dari kempen yang lebih luas dan ada impak yang boleh diukur (tangible impact) seperti memberi tekanan kepada penjual untuk berhenti menjual barangan tertentu atau meyakinkan syarikat untuk berhenti membantu Israel melanggar undang2 antarabangsa.

Barangan dan syarikat yang di boikot mungkin berbeza mengikut negara, anda digalakkan menghubungi BDS di Malaysia untuk mengetahui boikot mana yang menjadi priority.

Antara barangan konsumer Israel yang kami sedang kempen melawannya paling aktif buat masa ini adalah:

  • Buah2an segar dan sayur.
hp
HP

Buah2an dan sayur merupakan eksport terbesar Israel. Ia dihasilkan daripada tanah dan air yang dicuri dari penduduk Palestin. Periksa label dan lihat jika ditulis “Product of Israel”. Boikot jenama Jaffa, Mehadrin, EDOM dan Hadiklaim.

  • SodaStream

SodaStream menjual mesin air minuman bergas dan mengatakan bahawa kononnya Israel adalah ‘baik untuk alam sekitar’. Syarikat ini beroperasi secara haram di Israel (illegal Israeli settlement) di atas tanah milik Palestin, menyalahi undang2 antarabangsa.

SodaStream merancang untuk membuka kilang di dalam Israel berdekatan Rahat, sebuah bandar di Naqab desert, di mana orang Bedouin Palestin dipaksa meninggalkan rumah2 mereka. Sodastream telah bekerjasama dengan menindas hak asasi kemanusiaan.

Beberapa penjual telah berhenti menjual SodaStream kerana tekanan yang diberikan BDS.

  • Ahava

stolen-beauty-ahavaAhava adalah syarikat kosmetic yang beroperasi secara haram di tanah milik Palestin (illegal Israeli settlement) dan telah diboikot oleh banyak penjual kerana tekanan dari BDS.

“There is nothing beautiful about Israeli apartheid and occupation!”

  • Teva

Teva Pharmaceutical Industries adalah syarikat terbesar Israel yang menjana pendapat terbanyak dan memberi kerajaan Israel hasil yang lumayan. Syarikat ini juga mendapat keuntungan dari polisi Israel yang mencipta pembeli-terpaksa di Palestin untuk ubat Israel.

cat
CAT Hyundai

Ahli farmasi di UK dan tempat2 lain telah mula memboikot Teva. Beritahu doktor anda hendak menggunakan ubat alternative selain ubat Teva.

Kempen boikot konsumer ke atas syarikat antarabangsa yang paling banyak membantu Israel melakukan jenayah adalah:

  • Hewlett Packard (HP)

HP mempunyai banyak IT sistem bagi kerajaan Israel dan juga tentera Israel termasuk ID sistem di checkpoint tentera yang digunakan oleh tentera Israel untuk mengepung Gaza.

  • Caterpillar

“Bulldozer” jenama Caterpillar digunakan untuk memusnahkan rumah2 Palestin dan tanah mereka semasa Israel menyerang Gaza. CAT bulldozer telah digunakan oleh Israel untuk membunuh seorang peace activist dari US bernama Rachel Corrie di Rafah pada 2003.

Jangan beli baju dan kasut jenama Caterpillar!

  • Eden Springs

Universiti2 di sekitar Eropah dan berhenti menjual botol air Eden Springs selepas kempen menunjukkan bahawa syarikat ni beroperasi di tanah haram milik Palestin (illegal settlement).

  • Bagaimana untuk pilih apa nak boikot?

Untuk boikot yang efektif atau berkesan:

Menarik perhatian ramai: contohnya kempen memberhentikan kontrak syarikat air Israel Mekorot mendapat perhatian ramai penyokong mesra-alam dan kempen anti-privatization.

Potensi yang besar untuk berjaya: Untuk berjaya dan bukan setakat meningkatkan kesedaran, seperti berjaya menyakinkan syarikat antarabangsa untuk berhenti menyokong syarikat Israel. Atau memberi tekanan ke atas syarikat untuk berhenti membantu Israel melanggar undang2 antarabangsa.

Intel, sebuah syarikat US yang menghasilkan chip, telah melaburkan berbillion dollar dalam ekonomi Israel, tetapi, Intel tidak menjadi target BDS kerana ia memonopoli industri, menjadikan boikot yang berjaya sukar dicapai buat masa ini.

  • Selain boikot barangan Israel, apa lagi yang boleh kita buat?

10

Boikot konsumer yang teratur boleh memberi kesan yang mendalam. Tetapi, BDS juga bermakna berkempen dengan institusi, badan2 dan syarikat2 untuk turut serta boikot dan pulaukan Israel secara akademik, budaya, ekonomi dan ketenteraan.

Kempen untuk mengeluarkan pelaburan dari Israel, bank2 Israel dan syarikat2 Israel, beserta dengan syarikat antarabangsa yang bekerjasama dengan jenayah Israel. BDS menekan badan kerajaan untuk tidak memberi kontrak kepada syarikat2 yang bekerjasama dengan penindasan hak rakyat Palestin.

BDS juga ingin memberi tekanan kepada kerajaan2 dan syarikat2 antarabangsa supaya mengenakan tindakan dan menyekat kemasukan peralatan ketenteraan (military embargo).

Kempen BDS telah berjaya meyakinkan syarikat2 dan pelaburan2 untuk tidak melabur dengan syarikat yang membantu Israel melakukan jenayah seperti Veolia, G4S, Alstom, Africa-Israel dan Elbit Systems.

  • Di Malaysia kita ada BDS tersendiri.

Maklumat yang saya dapat dari rakan ahli BDS Malaysia, target BDS di Malaysia buat masa ini adalah:

  1. HP – ID tagging to distinguish and target and discriminate Palestinian
  2. Caterpillar + Hyundai – being distributed by Sime Darby – on usage oftheir heavy machinery to destroy homes
  3. Ahava – Dead sea products kecantikan – being distributed via LAZADA
  4. G4S – locally they serve bank to top up the ATM maching with cash – in Palestinian they buil facility to imprison and tortures palestinian

Untuk mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke facebook page BDS Malaysia (klik sini).

Direct action, Sha'ar Binyamin settlement, West Bank, 24.10.2012

  • Saya dengar McDonalds dan Starbuck bagi duit kepada Israel? Patutkah saya boikot?

Keadaan ekonomi global masa kini bermakna beribu2 syarikat ada kaitan dengan Israel dan membantu Israel melanggar undang2 antarabangsa.

Kempen BDS yang berkesan mestilah berdasarkan kajian yang tepat.

Contohnya, ada kempen meminta boikot Starbucks, tetapi Starbucks tidak ada kedai beroperasi di Israel dan secara rasmi menyatakan ia tidak menyokong Israel.

Syarikat seperti McDonalds bukan priority buat masa ini. Kami fokus kepada syarikat yang ada sumbangan secara terus ke atas jenayah Israel.

Kita mesti berfikiran strategik dan memikirkan kaedah yang lestari, dan memberikan kesan jangka-masa panjang ke atas rejim Israel. Ini adalah cara terbaik untuk membantu Palestin mencapai kebebasan, kesama-rataan dan keadilan.

Moga bermanfaat. Insya Allah jumpa di AGM BDS Malaysia 2017. Buat masa ni kita sebarkan maklumat tentang BDS Malaysia.

Advertisements