Ada orang tanya pendapat saya tentang minyak kelapa selepas baca post facebook saya tentang minyak zaitun (sesiapa berminat nak beli minyak zaitun Palestin boleh baca link ni).

olive oil
Gambar hiasan minyak zaitun Palestin yang baru tiba petang tadi.

Saya tak pasti tentang minyak kelapa so kena la buat research sikit.

Google “kelebihan minyak kelapa” atau ‘coconut oil benefits’ keluar la beberapa websites yang saya tak pasti kesahihahnya. Nampak webMd “the truth about coconut oil” atau terjemahannya ‘kebenaran tentang minyak kepala’, terus klik (boleh baca di sini) sebab yang saya tau, memang sahih dan kandungannya pun tepat dari segi ilmu perubatan (untuk topik2 lain yang pernah saya baca sebelum ni).

Menurut artikel ni, minyak kelapa dibuat dari memerah isi buah kelapa. 84% kalori adalah dari lemak tepu, berbanding minyak zaitun yang hanya 14% adalah dari lemak tepu.

Ini menerangkan kenapa, berbanding mentega, minyak kelapa adalah pepejal pada suhu bilik, tahan lama dan boleh dimasak menggunakan suhu yang tinggi, kata seorang dietician, Lisa Young, Phd. Ini antara sebab mengapa beberapa pihak mengatakan minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan.

Tetapi, lemak tepu minyak kelapa sawit dibuat daripada medium chain triglycerides, atau triglyceride sederhana panjang. Ada pihak yang berpendapat bahawa medium chain triglycerides diproses oleh badan dengan cara berbeaz berbanding longer-chain fatty acids yang terdapat dalam lemak sayur, hasil tenusu dan daging.

Adakah minyak kelapa baik untuk kesihatan jantung?

American Heart Association atau Kumpulan Jantung Amerika menyuruh untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu tidak lebih 13gram sehari. Ini adalah sama banyak dengan satu sudu besar minyak kelapa.

Penyokong minyak kelapa pula melihat pada kajian yang mengatakan bahawa medium chain trigelyceride atau lemak sederhana triglyceride boleh meningkatkan HDL atau kolesterol yang baik. Ini, menurut mereka adalah baik untuk jantung berbanding lemak tepu dalam makanan seperti keju, steak dan makanan yang mengandungi transfat atau lemak trans.

Tetapi, ia juga meningkatkan LDL atau kolesterol yang tidak baik.

Jadi, kesan minyak kelapa ke atas kolesterol adalah:

  • Meningkatkan LDL yang menyebabkan plak terbentuk dalam salur darah dalam jantung
  • HDL – membantu mengurangkan LDL

Jika minyak kelapa boleh meningkatkan HDL, ini tidak bermakna ia baik untuk kesihatan jantung. Buat masa ini, tidak diketahui sama ada peningkatan kolesterol baik mendatangkan kesan yang lebih baik berbanding kenaikan kolesterol tidak baik.

Paling baik pun, minyak kepala mempunyai impak yang neutral ke atas jantung, tetapi dietician itu tidak berpendapat ia adalah baik untuk jantung.

Beberapa kajian terbaru menunjukkan lemak mungkin tidak memainkan peranan yang begitu penting dalam sakit jantung. Ya, ada yang mengatakan boleh makan mentega. Tetapi, ia masih idea yang baik untuk memilih lemak yang anda makan.

Pada tahun 2015, kajian oleh Harvard menunjukkan menggantikan lemak tepu dalam diet dengan kalori dari karbohidrat refined seperti roti putih dan minuman gas tidak akan mengurangkan risiko sakit jantung. Tetapi, menukarkan lemak tepu seperti minyak kelapa dan mentega dengan lemak tidak tepu seperti kekacang, seeds dan minyak sayur cecair akan menurunkan risiko sakit jantung.

Ini bermaksud, walaupun Young mengatakan bahawa menggunakan minyak kelapa yang tiada kolesterol untuk menggantikan mentega semasa masak adalah bagus, kebanyakkan lemak yang dimakan mestilah dari sumber tidak tepu seperti minyak zaitun, avocado dan kacang.

Penyokong minyak kelapa mengatakan bahawa di tempat2 seperti Polynesia dan Sri Lanka yang memakan banyak makanan berasaskan kelapa tetapi tidak mempunyai kadar sakit jantung yang tinggi.

Faktor2 lain seperti genetik, diet keseluruhan dan aktiviti fizikal adalah penting untuk meneutralkan sebarang impak negatif pemakanan kelapa yang banyak ke atas jantung.

Bolehkah minyak kelapa membantu mengurangkan berat badan?

Ramai yang berpendapat sedemikian. Medium chain triglyceride di dalam minyak kelapa diproses dengan cara berlainan berbanding lemak lain. Kebarangkalian untuk membakar lemak triglyceride lebih tinggi berbanding menyimpannya sebagai lemak dalam badan. Tetapi, tidak semudah memakan banyak minyak kelapa dan mengharapkan semua nya dibakar begitu sahaja.

Kelapa mengandungi kalori yang tinggi. Kita tidak boleh hanya tambahkan kepada diet tanpa mengurangkan sumber kalori dari tempat lain dan mengharap supaya berat badan turun. Jangan fikirkan minyak kelapa sebagai freebie makanan yang boleh dimakan sebanyak mana yang di kehendaki.

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa?

Ada yang mengatakan minyak kelapa boleh mengurangkan akibat Alzheimers dengan memberi otak sumber tenaga alternatif. Tetapi buat masa ini, tiada hasil kajian yang menunjukkan sedemikian.

Minyak kelapa mengandungi anti-oksidant yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung, tetapi kesan anti-oksidant yang lebih hebat boleh diperolehi dari memakan sayur, buah dan whole grains.

Mentega kelapa, adalah isi buah kelapa yang telah dipuree kepada krim yang boleh disapu. Ia mempunyai lebih kandungan serat berbanding minyak kelapa. Tepung kelapa adalah satu lagi pilihan yang mengandungi serat yang tinggi yang boleh digunakan dalam masakan (baking).

Kesimpulannya…

Walaupun minyak kelapa boleh dimakan, makan lah sedikit, tetapi fokus untuk mendapatkan sumber lemak yang sihat dari sayur, buah, whole grain dan lean protein.

Jika mahu produk yang mempunyai rasa yang paling enak, pilih la yang dilabel virgin atau minyak kelapa dara. Ini bermaksud proses penghasilannya akan memelihara rasa asalnya.

 

Advertisements