Alhamdulillah cuti hujung minggu yang lepas kami sekeluarga dapat pegi Pulau Redang. Ye la, dah duduk Kota Bharu, senang sikit nak short-weekend visit ke Kuala Terengganu.

view
Redang Island Resort…view from our room.
redang hotel1
Redang Island Resort.

Pagi Jumaat lepas solat subuh kami dah keluar rumah. Feri bertolak dari Jeti di Kuala Terengganu (dekat Dataran Shah Bandar) pukul 10pagi, so nak sampai awal sikit la, ada baby dan budak kecik, nak jalan kena plan dan biar awal takpe, jangan lambat. Kalau terlepas feri, next one 3pm. Jenuh nak tunggu.

Kalau tak silap, kos feri RM110 seorang, kanak2 RM55.

fish
Ambik video ikan2, best tapi tak boleh upload ke blog.

Sampai dalam 2jam 30minit. Guna Google maps rasa nya sebab cari dengan Waze tak jumpa.

Husband turunkan saya, maid dan anak2, dan beg2, terus cari parking. Dekat je tempat parking pun, tak susah la kot pagi2 ok lagi.

redang1
Kaunter Redang Island Resort, K4 kat Jeti Kuala Terengganu.

Jeti very happening, ramai orang dan ramai yang berlari2 ke sana ke sini. Sign tak banyak so kena tanya. Kalau sesiapa yang duduk Berjaya Vacation Club nye hotel Redang Island Resort, gi kaunter K4. Jalan terus ke depan sebelah kiri.

Lepas dah register (isi borang, kena tulis nama dan IC no), boleh masuk ke dalam tempat menunggu yang ada aircond, sebelah kanan dari gate masuk.

phone protect
Beli waterproof phone cover so boleh ambik gambar dalam air.

Sambil menunggu feri anak2 buat kumon dulu.

Feri on time. 10am bertolak. Agak sesak juga la. Beg besar tinggalkan just outside the ferry (ikut arahan staff feri).

Lepas sejam setengah, sampai dah Pulau Redang. Dalam feri tengok je movie.

masjid kristal
Masjid Kristal, Terengganu.

Turun feri kena ambik beg. Masukkan beg2 ke dalam van. Van tunggu kat hujung dekat dengan feri. Masa kat jeti KT kena bubuh name tag kat beg2.

Lepas dah masukkan beg kena jalan sampai hujung jeti then naik bas. Tunggu bas penuh, gerak terus dalam 5 minit dah sampai hotel.

Rupa2nya Berjaya hotel dah tukar. Yang sebelum ni kita orang pegi 2007/8 dah jual kepada hotel chain lain, the only 5 star hotel kat Redang.

monkey
Amaran tentang monyet2 ganas.

BVC beli pula Redang Island Resort (RIR). Ok la kot, dalam 3-4 star. Yang penting, bersih. Tapi below expectations la sebab dulu dah duduk 5 star nye, anyways resort dulu jauh lagi dari jeti dan pantai lagi cantik. Tapi kena beli makanan hotel je sebab nak gi tempat lain jauh.

Hotel RIR ni ok sikit nak beli makanan luar. Dulu masa first time pegi Redang, anak2 ada dua orang dan umur 3 & 5 tahun. Makan not big issue sebab tak makan banyak pun.

Now anak2 ada yang sekolah menengah & rendah so banyak la bawa bekal makanan Brahims, mee segera dan sebagainya, roti nak bagi ikan makan, telur rebus, sebab budak2 ni unpredictable, makan nak ikut selera, kadang2 banyak, kadang2 sikit, kalau makan luar kadang2 tak habis. Senang cerita, bawa bekal.

redang hotel
Dapat dua bilik tingkat atas, 478 dan 479. Ada connection so maid dan anak2 tidur bilik sebelah.

Hari pertama, husband bawa anak2 gi marine park petang tu. Bas dalam pukul 2.30 petang. Sampai2, makan, solat dan chow. Saya, maid dan baby rehat dan tidur.

Petang gi jalan2 kat kawasan hotel je.

Esok nya pulak maid gi letak sampah kat luar bilik, takut bau sebab nappy. Sekali, dalam 7pagi monyet2 datang. Silap besar, sebab dah ada warning pasal monkey business ni tapi lupa nak cerita kat maid. Sign dalam bahasa Inggeris, maid tak faham.

bot
Island hopping.

Pagi tu gi pantai hotel. Kecik je. Kena turun bukit pulak tu. Kalau nak snorkel tengok yang cantik, kena ikut tali gi kawasan dalam sikit.

Lepas tu rehat.

Petang pulak sewa boat gi ‘island hopping’, tak silap dalam RM400. Snorkel lagi kat pulau2 kera, kerangga, dan macam2 nama lagi yang saya tak ingat. Ya, memang best. Suka naik bot gi masuk laut. Tapi kali ni saya tak snorkel. Tolong ambik gambar je sebab ada baby.

jeti
Mula sampai, kena jalan dari hujung jeti ke bas, ada la dalam 800m kot.

Tukang bawa bot pulak merokok. Spoil betul. Tapi yang best dia tolong tangkap kan nemo aka clownfish sampai 2 ekor. Lepas dah main, clownfish di lepaskan balik masuk laut.

Petang tu semua dah penat. Makan dan tido. Esok, kemas2, balik naik feri 1pm, sampai dalam 2.30 petang ke jeti KT.

Lepas tu Waze gi Masjid Kristal sebab dah lama plan nak gi. Memang cantik. Semua tumpang solat kat situ.

Drive balik KB, sampai nak dekat maghrib dah. Best. Lain kali nak tengok tempat2 lain di Terengganu pula insya Allah.

Sesiapa berminat nak duduk hotel RIR ni, boleh je mesej saya di facebook Mazlyn Mustapha, kami boleh sewakan bilik untuk orang lain dengan harga special.

Advertisements