Alhamdulillah, hari ni ada kelapangan sikit. Akhirnya niat di hati nak ziarah dua keluarga tercapai.

FB

Keluarga pertama saya ‘jumpa’ di facebook. Baby kan dah besar, dah pandai jalan, jadi walker yang saya dapat percuma dari orang tu saya letak la gambar kat FB, tanya ada tak sesiapa nak. Kalau kawasan dekat dengan rumah lagi senang. Boleh jumpa kat mana2 pas.

Saya seorang yang minimalist. Memang tak suka kumpul barang dan tak suka simpan barang banyak2. Bila dah tak guna, bagi orang atau recycle.

Mula2 letak kat timeline sendiri, takde pun orang berminat. Lepas tu letak kat group info rakyat dalam Kelantan, ada la yang minat tapi lambat. Kawan saya add ke group kindness. Dalam tu letak pos, laju je orang jawab nak, jadi saya bagi kat orang yang pertama sekali.

Ada pulak sorang dua yang terkilan tak dapat. Saya kata takpe lah, ada rezeki kat tempat lain tu.

Add as friend supaya boleh add-kan dalam group kindness. Happy dia dapat benda2 baby dari group tu.

Lepas tu Alhamdulillah dapat tolong sikit2 Thirdforce kat kawasan Pasir Pekan, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu. Ada la post gambar2 pek syawal yang disumbangkan dana oleh kawan2 lain.

Kawan ni pulak tengok je. Alahai…rasa tak best la pulak kan. Tapi dia tak tinggal kawasan Pasir Pekan so hari ni, pagi tadi masa termenung tak tau nak buat apa (kerja ada banyak, cuma rasa macam nak buat kerja Thirdforce pulak hari ni, sebab semalam dah meeting dan esok pun akan meeting lagi), saya pun tanya dia free tak.

Ada kat klinik, appointment scan baby. Dah sarat, bulan 8 ni expecting anak yang ke-tiga.

Kena tunggu suami dia ambik naik motor. Suami dia pulak tengah cari kayu nak bakar lemang. Dia kata suami dia dulu kerja menggali paip (tak pasti dengan company mana), lepas tu kemalangan jalan raya, dah tak boleh buat kerja2 menggali jadi hilang la kerja tetap tu. Sekarang bulan puasa, suami dia jual lemang “jadi boleh la makan tiap2 hari”.

So saya pun offer nak tolong hantar kan ke rumah. Dah waze rumah dia tak jumpa. Waze Klinik kesihatan senang la sikit.

Dia ada 2 orang anak. Dulu kerja ambil upah gosok baju, tapi sekarang dah sarat, tak larat nak kerja. Dia ambil upah jaga anak orang juga. Anak sulung enam tahun. Sekolah pra. Setahu saya sekolah pra ni hanya golongan tertentu je. Ada entry requirements la jugak. Pendapatan seisi keluarga tak lebih RM3k sebulan kalau tak silap.

So dapat la jumpa kawan FB buat pertama kali. Rumah dia pun simple je, rumah kampung. Sesiapa nak bagi sumbangan macam syawal pek ke, di alu2kan. Sesiapa ada barang2 baby yang dah tak guna dan nak sedekah kat orang, boleh la mesej saya di FB Mazlyn Mustapha, supaya boleh tolong pass kan kepada keluarga ni.

Terima kasih.

Advertisements