Adakah melahirkan anak di rumah (home birth) selamat?

Post bertajuk “Mak saya lahirkan 5 orang anak kat rumah ok je” mendapat pelbagai reaksi dari para pembaca, seperti yang dijangka.

Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan berkongsi post tersebut, dan yang memberikan maklum balas dalam bentuk komen, like dan sebagainya.

Semalam, saya berpeluang berdebat dengan seorang penyokong ‘birth experience’ atau dalam bahasa Melayu, saya terjemah kepada penyokong ‘pengalaman bersalin’.

Antara hujah-hujah yang diutarakan penyokong ‘pengalaman bersalin’ ini sebagai reaksi kepada post “Mak saya lahirkan 5 orang anak kat rumah ok je” (hujah2 asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dalam kurungan sebagai rujukan):

(“We need to stop diminishing and undermining women who want to choose their birth experience”).

‘(1). Kita perlu berhenti dari merendahkan kaum wanita yang ingin memilih pengalaman bersalin mereka’.

(“Birth should be important enough that we listen to and make the necessary efforts to cater to any desired birth experience that is potentially safer than it is clearly unsafe”).

‘(2). Proses melahirkan bayi adalah penting sehingga kita perlu mendengar dan melakukan segala usaha untuk memenuhi apa-apa sahaja keinginan ‘pengalaman bersalin’ yang berpotensi untuk lebih selamat berbanding jika ianya tidak selamat’.

(“Posts like this one here undermines the wisdom of women and totally ignore the need to have a meaningful conversation around this”).

‘(3.) Post seperti ini (Mak saya lahirkan 5 orang anak di rumah ok je) merendahkan kebijaksanaan kaum wanita dan tidak mengendahkan keperluan untuk mengadakan perbincangan yang bermakna dalam hal ini’.

Maka saya mengambil masa untuk cuba memahami lebih lanjut isu2 yang diutarakan oleh ‘penyokong pengalaman bersalin lebih selamat’ ini supaya boleh diadakan suatu ‘perbincangan yang bermakna’.

Sebagai seorang doktor wanita yang bekerja dan mempunyai empat orang anak, tujuan post “Mak saya lahirkan 5 orang anak di rumah ok je” bukanlah untuk “merendahkan kaum wanita yang ingin memilih ‘pengalaman bersalin’ mereka”.

Tujuan post bertajuk “Mak saya lahirkan 5 orang anak kat rumah ok je” adalah untuk mendidik orang ramai tentang risiko bersalin di rumah, dan juga untuk menyedarkan masyarakat bahawa dahulu, kadar kematian ibu adalah lebih tinggi berbanding sekarang, dan kadar kematian rendah yang dicapai adalah kerana adanya kemudahan dan kepakaran dalam menyambut kelahiran bayi.

Lagi hujah dari ‘penyokong pengalaman bersalin’ (“birth experience advocate”):

(“I think the whole divide is due to misunderstanding. No one wants a home birth so they can die.

They want:

(a) a more respectful birth practice in hospitals

(b) a more empowering birth experience surrounded by medical professionals

(c) medical professionals being allowed to conduct home births”.

‘Your sharing of this post points to the deep ignorance that is causing the divide. You are assuming they don’t know the risks rather than in spite of the risk their psychological and emotional health is at risk if they don’t feel safe and supported during birth’.

‘This kind of polarizing doesn’t help the conversation move forward”.)’

Terjemahannya:

‘Isu ini sebenarnya timbul dari salah faham. Tiada siapa yang mahukan kelahiran di rumah (home birth) supaya mereka akan mati.

Mereka mahukan:

(a) kelahiran di hospital yang lebih menghormati

(b) ‘pengalaman bersalin’ yang lebih (“empowering”) “memberi kuasa” yang dikelilingi ahli perubatan professional

(c) golongan perubatan professional dibenarkan untuk mengendali kelahiran di rumah’

Post ini menunjukkan ‘tiadanya pengetahuan’ (deep ignorance) yang menyebabkan wujudnya dua golongan bertentangan pendapat (the divide).

Anggapan bahawa mereka (golongan yang memilih untuk lahir dirumah) tidak tahu risiko, sedangkan hakikatnya mereka tahu risiko (kematian) tersebut tetapi sungguhpun begitu, mereka sanggup mengambilnya (risiko mati) dari mengambil risiko kesihatan emosi dan minda/psikologi mereka tergugat kerana tidak “rasa selamat dan disokong” semasa melahirkan’.

‘Perbincangan satu hala ini tidak membantu menyelesaikan masalah’.

Jika kita google “home birth safety studies” akan keluar banyak kajian tentang keselamatan bersalin di rumah. Malangnya, kajian2 ini dijalankan di negara2 Barat yang mempunyai sistem kesihatan dan pengangkutan yang berlainan dari sistem yang ada di Malaysia pada hari ini.

http://onlinelibrary.wiley.com/…/abstract;jsessionid=6F7C84…

Kita lihat kajian di atas.

“ABSTRACT: Background: The safety of planned home birth is controversial. This study examined the safety of planned home birth backed up by a modern hospital system compared with planned hospital birth in the Western world”.

Tak perlu dibandingkan sistem kesihatan. Kita lihat sahaja sistem pengangkutan yang ada. Baru2 ni viral kisah ambulans dihalang di lorong kecemasan walaupun menggunakan siren. Satu contoh.

Jadi, sungguhpun ada banyak kajian menunjukkan keselamatan home birth, adakah ia boleh diapplikasi di Malaysia?

Google pula “home birth safety studies Malaysia”. Tiada mana2 kaijan saintifik pun yang keluar. Cuma artikel2 dari media.

http://www.thestar.com.my/…/…/home-birth-weighing-the-risks/

Ini laporan akhbar The Star pada Mac 2014:

(“The case of two women who died during unassisted home birth here recently highlights issues like the safety of delivering babies in a non-hospital setting and the support services available.

I’m a mum, just that my son’s not with us now…” writes Lily Lai (not her real name) in her blog where she shares her birthing experience. What started as a joyous first pregnancy turned into a nightmare for the first-time mother when an unassisted home birth went awry.

She had learnt about natural childbirth and believed she could deliver her baby at home safely with the help of her hypnobirthing coach.

But 10 days after her first contractions started, Lai was rushed to the hospital only to find that her baby had died in her womb.

Late last year, two first-time mothers also had tragic unassisted home births; they died from excessive blood loss after delivering their babies”).

Artikel tersebut membincangkan kisah kematian dua ibu yang pilih untuk melahirkan anak di rumah tanpa adanya sokongan perubatan professional terlatih. Turut diceritakan kisah seorang ibu yang bayinya mati kerana melahirkan di rumah tanpa sokongan perubatan professional (unassisted birth) dan hanya ditemani ‘hypnobirthing coach’ atau guru yang mengajar teknik hypnobirthing.

Google ‘hypnobirthing’ bertujuan untuk terjemah, terjumpa pula link ini oleh Mayo Clinic:

http://www.mayoclinic.org/…/expe…/hypnobirthing/faq-20058353

“Research examining the benefits of hypnobirthing is limited. However, a 2006 research review found that hypnobirthing reduced the use of pain medication during labor”.

Diterjemah: Kajian berkenaan kelebihan hypnobirthing tidak banyak. Kajian pada tahun 2006 menunjukkan hypnobirthing mengurangkan kegunaan ubat tahan sakit ketika bersalin.

Maka perlu dikatakan, tidak salah adanya hypnobirth coach tersebut, tetapi timbulnya masalah kerana tiada kehadiran perubatan professional.

Dipetik lagi:

(“National statistics for unassisted home births are not available but gentle birth advocates and doctors are saying the number is growing. A quick search on the Internet finds plenty of web sites, chat groups and links to books and home videos on the subject. Childbirth-related sites like HypnoBirthing Malaysia lists at least 90 unassisted home birth stories”).

Tiada data atau kajian tentang kelahiran di rumah tanpa sokongan professional perubatan, di HypnoBirthing Malaysia tersenarai sekurang-kurangnya 90 kisah kelahiran di rumah tanpa sokongan professional perubatan.

Dipetik dari artikel tersebut lagi:

(“If we don’t provide the option to birth at home for women, they are going to have to choose between the devil and the deep blue sea. They feel they have no choice,” says Nadine Ghows, one of the co-founders of GBG. Hence, the next big step for GBG is to push for midwifery care in Malaysia.)

Terjemahan:

Jika kita tidak menyediakan pilihan untuk wanita bersalin di rumah, mereka akan memilih antara dua pilihan yang tidak disukai. Mereka rasa seperti tiada pilihan.

Kenapa mereka berasa begitu? Siapa yang membuat mereka merasa begitu?

Kenapa group HypnoBirthing Malaysia memaparkan 90 kisah kelahiran di rumah tanpa sokongan professional terlatih (unassisted birth) jika mereka menyokong kelahiran dengan bantuan professional? Terdapat pemahaman dan pengajaran yang menyesatkan (misleading) di situ.

Petikan lagi dari artikel the Star:

(“The medical fraternity is open to more dialogues with advocacy groups to improve birthing options for women.

“We would like to work with advocacy groups that include doctors from private and government hospitals and the gentle birthing advocates to set standards of what is acceptable within a hospital setting,” says Dr Ng.

While doctors are prepared to listen, advocates have to be mindful of our standards and issues regarding risks too, he adds. “Hopefully, we can all move forward in a positive way.”)”

Alhamdulillah, pihak doktor2 dan pakar2 perubatan bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan2 penyokong ‘gentle birthing’ (bersalin secara lembut). Penyokong2 pula perlu sentiasa beringat tentang aspek kualiti dan risiko-risiko yang terlibat.

Di akhir artikel ada blog wanita yang kematian bayi kerana melahirkan di rumah tanpa sokongan perubatan professional (unassisted birth). Petikan dari blog tersebut:

http://hypnobirthinghomebirthaquestionmark.blogspot.my/

(“Risks? what risk – as we go through the course it seemed as though it was safer to give birth at home than in the hospital. facts given were very convincing. moreover we were showed many clips/vidoes of mothers giving birth naturally at a place of their choice which makes us feel that we can do it too”.

The entire course makes me as a person feel very empowered. there is even a session where the facilitator will teach us how to provide a clever answer to whatever intervention that would keep us from having a natural birth/ or our desired sort of birth that the gynae may offer –come to think of it now, it was as though we were being prep for ‘war’ with the gynae. also the course affirmed us that baby knows what to do, our bodies are in control, we just need to keep calm, it’s the way nature intends every women to give birth – the natural way.

There’s nothing to worry if baby is big, baby takes in meconium, water bag break/leaks, cord around baby’s neck etc. so it’s made to seem as though there are no risks at all. now i’ve come to realise, just like many area-specific forums all information given are very ‘one-sided’/ skewed to whatever the forums were advocating”).

Sinopsis terjemahan:

Kursus hypnobirth membuatkan ibu berasa seolah2 melahirkan anak di rumah lebih selamat dari melahirkan anak di hospital, tiada apa2 yang perlu dirisaukan sekiranya bayi besar, tertelan mekonium , dan sebagainya, seolah2 tiada risiko langsung.

Sekarang si ibu sedar bahawa maklumat yang diberikan adalah berat sebelah, setelah kematian bayinya semasa proses kelahiran.

Kembali kepada perbincangan di atas, yang mengatakan ibu2 memahami risiko yang mereka ambil.

Jelas dalam kes ini, kerana ibu masih hidup, dia tidak tahu risiko yang diambilnya telah menyebabkan kematian anaknya.

Jadi amatlah perlu bagi semua golongan perubatan professional untuk mendidik orang awam tentang risiko kematian ibu dan anak jika memilih untuk lahir di rumah tanpa sokongan perubatan professional.

Advertisements