Alhamdulillah siang tadi kami selamat kembali ke Kota Bharu selepas percutian 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu.

Saya je yang cuti, suami pergi surgical conference. Sebenarnya saya teman je, memang polisi kami isteri akan teman suami ke conference kalau di luar bandar.

Percaya atau tidak, ni kali pertama saya ke Borneo. Lama dah rancang kononnya nak panjat Gunung Kinabalu, terkandas sementara masa mengandung anak bongsu 2 tahun lepas.

Nak kata cuti pun tak lah sangat, sebab bawa baby dan tak bawa maid. Nak bawa maid, anak2 yang lain sekolah. Tiket pulak dah agak mahal sebab dah last minute jugak masa husband bagitau nak pegi conference, so keputusannya, saya dan baby je ikut.

Baby dah besar sikit so ok lah, senang nak travel kali ni compare dengan tahun lepas masa bawa dia pegi Phuket. Masa tu pun teman husband gi conference. First time juga pegi Phuket walaupun saya dah pernah pegi Thailand (Pattaya dan Bangkok) sebelum ni.

Naik Air Asia, flight ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Masa pegi, beratur line check in punya la panjang. Kounter pulak dua je yang buka. Staff sangat friendly walaupun saya rasa masa tu agak stress la jugak. Perhati je orang2 yang check in sebelum kami, orang Sabah rasanya, banyak betul barang2 dia orang borong/bawak balik.

Saya dinasihatkan oleh kawan2 yang rajin travel untuk beli insurance dan makanan dalam flight. Alhamdulillah, nasihat yang baik. Takde masalah pun tapi masa nak pegi tu husband cuba self check in kiosk. Dia punya boleh, saya dan baby tak boleh, masa tu saya queue je untuk check in so last2 check in kat kaunter.

Lepas tu lepak jap beli makanan, saya try la O’Briens sebab lama tak makan sandwich. Bila tiba kat tempat scan, ada orang jaga, (nasib baik juga sebab selalunya takde orang jaga pun) dia check: rupa2 nya husband self check in untuk RETURN flight. Ya Allah, dah la masa tu dah suntuk.

Husband pun terus lari pegi kaunter untuk check in. Masa saya check in dah bagi dah husband nye boarding pass nak suruh bagi tempat duduk dekat, officer dia tak perasan. Husband pun tak check so sama2 lah kot salah.

Masa tu saya dengan baby dalam stroller. So kena la scan sendiri. Ok je. Anak no1-2 dulu pun banyak kali international travel dari Ireland balik ke Malaysia sendiri, selamat je Alhamdulillah. Anak no3 pun ada gak travel dari KB ke Subang pun ok, sendiri je mak dia bawa.

Dah naik atas tu tunggu jap. Takkan saya nak naik kapal terbang dulu, kalau husband tak sempat, sia2 je. Dia yang nak gi conference.

Jap je husband pun muncul. Masa tu dah last call. Saje je bagi suspen.

Dari KB airport kena turun tangga setingkat bawa stroller, so husband angkat belakang, saya tolong pegang bahagian depan. Ni la satu yang saya rasa tak patut. Kena la ada lift ke. Macam mana dengan orang yang disable/wheelchair bound agak nya.

Lepas turun tu standard la jalan sikit then naik kapal terbang guna tangga.

Tempat duduk row 7, depan, very spacious. Dan tak ada orang so kami dapat satu row 3 seat to ourselves. Best.

Sampai2 turun, dapat beg, terlupa pasal stroller. Kena masuk balik tempat luggage. Mula2 dah nak ambik teksi dah pun.

Nasib baik teringat, stroller dah almost on the way ke Guangzhou.

TIPS JALAN2 DGN BABY: BAWA STROLLER UTK FLIGHT

Saya sangat galakkan parents yang jalan2 dgn baby untuk guna stroller, dari pengalaman baby 1-2 dulu. Ni untuk flight la. Bila keluar dari hotel pegi makan kami tak guna pun, husband je dukung baby. Stroller tu boleh guna gantung beg galas, letak barang etc. So kalau nak beli, jangan beli yang murah sangat, yang murah selalunya ringan dan mudah terbalik kalau ada letak beg/barang2. Beli yang mid-range, dan senang nak lipat. Kalau sturdy sangat pun tak sesuai, terlalu bulky susah nak bawa jalan sebab masalah storage dan susah nak lipat/buka balik.

Bersambung…

13 days later baru dapat update blog. Sigh.

Kami tinggal di Hotel…Magellan Resort Bay. 4-5 star la jugak. Dekat sangat dengan airport dalam 10-15 minits je. Traffic pun takde masa tu, mungkin awal lagi dalam 4pm.

Bilik hotel pun cantik, I’m impressed although hotel Phuket dulu lagi cantik.

Hasben ada meeting pukul 5ptg so lepas gilir2 solat saya pun rehat je kat bilik dengan Baby. Malam tu order room service je. Tak larat dah nak keluar cari makan.

Next day bangun baru la rasa boleh nak jalan2. Hubby busy dengan conference. After breakfast saya pun bawa baby jalan2 sekitar perkarangan hotel je. Takde la berani sangat nak jalan2 kat town. Kalau sorang2 boleh kot.

Anyway, terjumpa harbor yang sangat cantik dan banyak boat parking di situ. So bergambar la dengan baby. Ada juga boat rides untuk tourist tapi nak buat cam mana. Tak berani nak venture jauh dengan baby. So pusing2 around harbor & swimming pool area je. Besar juga tempat dia. Baby sangat seronok tengok boat yang keluar dari harbour, semua dia ‘wave goodbye’.

KK1
Harbor di perkarangan hotel

Mungkin dalam sejam la jalan2 dah start panas so balik la ke bilik. Harapannya bilik dah kemas. Dah pun. Baby sampai tertido dalam stroller punya best dia jalan2.

KK2
Baby tertido dalam stroller

Lepas baby bangun kami main bubble bath pula. Lama tak main sebab Malaysia memang takde bath tub kat rumah. Kalau nak kena pasang sendiri. First time la kot untuk Baby. Mesti la dia happy.

Hubby tapau lunch.

Baby tido. Baby bangun ajak main bubble bath lagi sekali. Tak larat dah maka Baby main bubble bath sorang2, mak boleh ambik gambar.

Malam tu lepas hasben dah habis conference baru la boleh keluar hotel cari makan dan souvenir. Pegi centerpoint shopping mall yang, in my opinion macam 80’s interior and items. Ok la, jumpa souvenir sikit2.

Esok pagi dah nak balik dah.

Masa balik check in guna self check in je, semua ok. Pasang tag kat beg sendiri & drop off luggage.

Baby dah bangun…

 

 

Advertisements