#Mitos_Berkenaan_Bunuh_Diri

Kisah seorang bapa yang dikatakan membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang telah viral di laman sosial media. Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa.

😔😔😔

Peristiwa di atas mengingatkan saya mengenai kisah seorang insan bergelar Suzi (bukan nama sebenar) yang berlaku tidak lama dahulu. Suzi seorang akauntan yang berjaya. Dia mempunyai teman lelaki yang ingin berkahwin dan masa depannya kelihatan cerah.

Kehidupan Suzi berubah tatkala dia kehilangan pekerjaan tetap. Kemudian, ayahnya meninggal dan hubungan dengan teman lelakinya putus. Dia bertukar menjadi seorang yang suka bersendirian, tidak keluar rumah dan tidak mahu berjumpa dengan rakan-rakan atau sanak-saudara.

Beberapa minggu sebelum Suzi cuba membunuh diri, dia mengalami kesukaran untuk tidur malam. Dia ingin mendapatkan ubat tidur tetapi ini memerlukan perskripsi doktor. Suzi pula enggan keluar untuk berjumpa doktor walaupun dipujuk oleh keluarganya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, Suzi menghubungi kawannya yang kebetulan seorang doktor perubatan, bertujuan untuk mendapatkan preskripsi ubat tidur. Dia memberitahu doktor rancangannya untuk membunuh diri kerana sudah tidak tahan dengan keadaan hidupnya.

Mujurlah doktor tahu bahawa luahan perasaan untuk bunuh diri adalah petanda yang serius. Terus kawannya datang ke rumah untuk berjumpa ibu Suzi, dan tanpa berlengah masa mendapatkan nasihat dari doktor pakar psikiatri.

Ibu Suzi sudah berumur dan tidak dapat memaksa anaknya untuk ikut bersama ke hospital dalam kereta. Sungguhpun begitu, keadaan Suzi tidak kritikal sehingga memerlukan ambulans. Doktor pakar psikiatri menasihatkan untuk membuat laporan polis, kemudian meminta polis datang ke rumah untuk membawa Suzi ke hospital.

Alhamdulillah, selepas menerima rawatan di hospital, Suzi pulang ke rumah dan terus mengambil ubat mengikut arahan doktor. Kini, dia telah kembali pulih dan meneruskan kehidupannya.

😊😊😊

Berikut adalah beberapa mitos dan fakta berkaitan bunuh diri atau “suicide” yang dipaparkan di laman web “Befrienders Malaysia”.

😐Mitos: Orang yang mengatakan mereka akan membunuh diri, tidak akan membunuh diri.
👤Fakta: 8 daripada 10 orang yang akan membunuh diri telah memberi amaran tentang niat mereka untuk membunuh diri.

😐Mitos: Orang yang bercakap tentang membunuh diri sendiri tidak akan melakukannya.
👤Fakta: Kajian menunjukkan orang yang akan membunuh dirinya telah memberikan banyak petanda dan amaran tentang niat mereka untuk membunuh diri.

😐Mitos: Orang yang ingin membunuh diri mempunyai niat yang kukuh untuk melakukan sedemikian.
👤Fakta: Kebanyakkan orang yang membunuh diri masih belum membuat keputusan sama ada mahu hidup atau mati, mereka memperjudikan atau mempertaruhkan nasib mereka dengan kematian, meninggalkan keputusan untuk menyelamatkan nyawa mereka kepada orang lain.
Hampir semua yang membunuh diri memberitahu orang lain perasaan mereka.

😐Mitos: Orang yang ingin membunuh diri akan sentiasa berasa sedemikian.
👤Fakta: Seseorang yang ingin membunuh diri mereka hanya begitu untuk jangka masa yang terhad.

😐Mitos: Kejadian bunuh diri lebih kerap berlaku dikalangan orang kaya atau hanya berlaku dikalangan golongan yang miskin.
👤Fakta: Bunuh diri tidak terhad kepada mana-mana golongan kaya mahupun miskin. Ia berlaku dikalangan semua lapisan masyakat.

😐Mitos: Bunuh diri adalah penyakit keturunan.
👤Fakta: Bunuh diri adalah perbuatan individu.

😐Mitos: Perubahan positive selepas krisis atau percubaan bunuh diri bermakna risiko bunuh diri telah tamat.
👤Fakta: Kebanyakkan kes bunuh diri berlaku 3 bulan selepas perubahan ‘positif’ (kelihatan bertambah baik) kerana individu tersebut telah mendapatkan tenaga untuk menjalankan niatnya.

😐Mitos: Mereka yang membunuh diri hanya mahukan perhatian.
👤Fakta: Kebanyakkan orang yang hendak membunuh diri cuba untuk mendapatkan pertolongan.
Jangan pandang ringan terhadap rintihan tersebut dan bantulah mereka.

😐Mitos: Bercakap mengenai perbuatan membunuh diri akan menggalakkan orang untuk melakukan perbuatan tersebut.
👤Fakta: Jika ada pihak yang mendengar rintihan mereka, orang yang ingin membunuh diri mendapat peluang untuk menceritakan masalah dan ini dapat membuatkan mereka merasa lega.

😐Mitos: Semua pembunuhan diri adalah disebabkan penyakit mental, pembunuhan diri hanya dilakukan oleh orang yang tidak waras.
👤Fakta: Kajian melibatkan beratus-ratus nota bunuh diri menunjukkan bahawa walaupun orang yang ingin bunuh diri berkeadaan emosi negatif, mereka tidak semestinya tidak waras.

Sumber:

http://www.befrienders.org.my/help.html

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/suicide-prevention/index.shtml

http://www.malaysiandigest.com/features/568013-suicide-is-the-2nd-leading-cause-of-death-among-youth-a-closer-look-at-the-situation-in-malaysia.html

 

 

Advertisements