Sederhana.

Alhamdulillah, suami saya seorang yang pandai menguruskan hal kewangan keluarga. Selama hampir dua dekad hidup bersama, kami yang berkahwin semasa masih belajar dan tak punya apa2 aset kecuali buku2 dan alatan perubatan, sudah banyak kali berpindah tempat tinggal, bertukar kereta, bilangan ahli keluarga pula bertambah dari dua, kini dah jadi enam.

Dalam memilih rumah, kami pilih rumah yang sederhana tetapi mencukupi. Dalam memilih perabot pun kami guna prinsip yang sama. Contoh, kabinet dapur. Pilihan boleh dibahagi secara am kepada:
High end/kos tinggi
Middle range/sederhana
Low end/murah
Biasanya kami akan pilih yang mid range untuk kualiti. Tak perlu yang ‘fancy’ sangat.

Kereta pun prinsip yang sama. Begitu juga pakaian, pakaian anak2, barangan keperluan dapur dan sebagainya.

Sebelum lahirkan anak ketiga, kami dah bebas hutang. Saya juga punya pilihan untuk tidak bekerja jika mahu. (Tetapi saya memilih untuk bekerja secara part time & fokus lebih kepada keluarga). Kesemuanya rezeki dan hasil gaya hidup yang sederhana. Alhamdulillah.

Kami bukan orang Kelantan, jadi setiap kali cuti panjang, mesti balik rumah mertua & rumah Mak. Suami sangat adil. Kalau raya, ikut giliran. Kalau cuti seminggu, bahagi dua, separuh cuti kat rumah Mak mertua, separuh cuti kat rumah Mak saya.

Memang letih perjalanan dari Kelantan ke Perak, kemudian Selangor, dan patah balik ke Kelantan. Alhamdulillah, di setiap stop kami ada bilik dan barang2 sendiri, jadi tak perlu bawa macam2 sebelum memulakan perjalanan.

Biasa bila tengah cuti & jalan2, kalau ada benda yang kurang pun, ok je, sebab sementara. Bukan nak duduk lama pun. Macam tu la juga prinsip dalam hidup. Dunia ni sementara. Ambil yang perlu secara sederhana.

  • Pemakanan yang sederhana.

Ada yang tanya tentang diet. Macam mana nak kurangkan berat badan.

Bila anak bungsu genap 2 tahun, saya mula merancang untuk slim balik. Bukan slim balik macam sebelum mengandung anak ke-4, sebab berat tu dah capai dalam masa 6 bulan. Tapi saya nak slim macam sebelum mengandung anak pertama.

Senaman memang konsisten, sejak habis pantang saya dah mula jogging, berbasikal dan sebagainya. Jadi fokus saya lebih kepada pemakanan.

Saya berhenti makan apa yang tak perlu. Contohnya air manis, biskut, kuih muih, coklat, ais krim, kek, donut…kadang2 makan juga sikit, contoh ada pesakit suami hadiah kan kuih 25 keping kelmarin, saya makan satu keping sahaja. Kalau sebelum diet, mesti saya makan dalam 4 keping (25/6).

Saya makan bila betul2 lapar. Saya gunakan pinggan kecil untuk makan supaya ambik sikit2 je. Kalau betul tak cukup, masih lapar lepas makan minum, saya akan tambah lagi sikit. Tapi saya tak makan sampai kenyang macam sebelum diet.

Untuk sarapan saya tambah protein supaya boleh kenyang lebih lama dan juga buah/sayur. Buah jadi pengganti snek2 kurang menyihatkan.

Lauk tengah hari dan malam sama je dengan orang lain, cuma ganti nasi putih dengan roti whole meal dan minum air green tea campur ais.

Alhamdulillah, dalam seminggu dah turun 3kg.

Jom bersederhana dalam semua perkara, terutama diet untuk orang Malaysia.

Advertisements