Hari ni terbaca post di facebook yang sangat menarik tentang pemerkasaan wanita atau dalam bahasa Inggeris “Women Empowerment”. Saya sendiri pernah bersetuju untuk masuk program TV mengenai pendidikan kerana tema nya adalah ‘women empowerment’.
Saya salin post FB sendiri yang diambil dariย https://youtu.be/_dn5asUq6io
Post asal rakan FB ada di bawah…
“Pemerkasaan Wanita ๐ธ
๐บ
๐ kunci kepada menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
Wanita di Malaysia:
๐ธ63% universiti awam
๐บGraduan wanita melebihi lelaki 50,000
Nisbah Penduduk Malaysia:
๐ธ15.3 juta wanita
๐บ16.4 juta lelaki
Bukan isu wanita lebih tetapi wanita di Malaysia mendapat keputusan lebih baik diperingkat SPM
Tenaga pekerja
๐ธ54% wanita
๐บ80% lelaki
4.5 juta wanita yang layak tetapi tidak bekerja, mengapa?
Status wanita dalam politik
Parlimen
๐ธ10.4% wakil rakyat wanita
๐บ10.8% ADUN
Semenjak merdeka, jumlah menteri wanita tidak pernah lebih dari tiga orang.
Wanita di perkhidmatan awam
Pensyarah
๐ธ57% Gred 1-4 wanita
๐บ37% JUSA C
4 daripada 20 dilantik menjadi naib chanselor
Cikgu
๐ธ72% wanita
๐บ37% Guru besar/pengetua
Mengapa perlu lebih wanita melibatkan diri dalam dunia pekerjaan?
1. Peningkatan pendapatan negara
2. Jika ada 2-3 wanita di peringkat pengurusan tertinggi (Kajian McKinsey), akan meningkatkan keberkesanan organisasi kerana wanita mempunyai kebijaksanaan emosi yang lebih berbanding lelaki ๐ธ
๐บ
3. Kajian Harvard Business School, anak-anak yang dilahirkan dalam suasana ibu bekerja lebih berjaya, kerana anak-anak perempuan akan bergaji lebih besar jika bekerja nanti dan mempunyai pangkat lebih tinggi, dan anak-anak lelaki pula jika dibesarkan oleh ibu bekerja akan lebih bijak menguruskan hal ehwal rumah.
Mengapa penglibatan tenaga pekerja wanita di Malaysia rendah?
Kajian menunjukkan wanita di Malaysia selepas umur 26 tahun akan memulakan keluarga dan tidak akan kembali bekerja, berbeza dengan negara-negara ASEAN yang lain. Di negara-negara jiran, mereka kembali bekerja selepas umur 30tahun.
Cabaran asas wanita: unpaid, unrecognised, care work, kerja penjagaan yang tidak diiktiraf dan tidak mendapat gaji.
Kajian mendapati wanita
๐ธmenghabiskan 1-3 jam lebih masa untuk kerja-kerja rumah
๐บ2-10 kali ganda masa untuk kerja-kerja penjagaan (care works)
Akibat dari ini, 1-4 jam setiap hari kurang masa untuk yang boleh mendapat gaji atau rekreasi
๐ธHanya 1 daripada 8 wanita yang kehilangan kerja atau dinafikan peluang naik pangkat disebabkan kehamilan membuat aduan rasmi.
๐บMajoriti wanita tidak tahu hak mereka atau bimbang akan wujudnya tindak balas dan gangguan sekiranya mereka bersuara.
Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Hubungan Industri 1967 hanya menawarkan perlindungan minimum.
๐ธWanita juga menghadapi masalah keselamatan logistik untuk ke tempat kerja dengan peningkatan kadar jenayah.
๐บWanita dibebani keperluan penjagaan keluarga serta pelbagai cabaran yang lain.
1975 NACIWID memberi nasihat kepada jemaah menteri, sekarang, Majlis Wanita di bawah KPWKM satu suara di pihak kerajaan yang mengetengahkan isu-isu wanita
Dari segi kehakiman, kita perlukan lebih undang-undang yang melindungi hak dan pemerkasaan wanita seperti
๐ธGender equality act
๐บSexual harassment act
๐ผPregnancy discrimination act
Walaupun inisiatif pemerkasaan wanita yang sedia ada perlu dipuji, masih banyak perlu dilakukan bagi membolehkan lebih ramai wanita Malaysia menyumbang.
Norma sosial sedia ada perlu berubah bagi merapatkan jurang gender.
Untuk bergerak kehadapan, apa yang diperlukan adalah:
๐ธStatus quo baru ini perlu disedari dan kita perlu menjadikan tempat kerja lebih mesra keluarga, menyediakan nurseri percuma di institusi kerajaan dan pejabat swasta.
๐บPenjagaan anak-anak adalah tanggungjawab bersama, yang bermakna sikap dan layanan terhadap bapa juga perlu diubah.
Eko-sistem baik perlu bagi menarik 4.5 juta wanita tidak bekerja untuk bekerja dan meningkatkan pendapatan diri, keluarga dan negara.
Cadangan ini adalah supaya semua pihak tidak berhenti memberikan tekanan mewujudkan perubahan”.
WOMEN EMPOWERMENT
Pemerkasaan wanita, wanita berdaya bukanlah bermaksud wanita boleh menukar lampin, sambil memasak dan pada masa yang sama menjadi CEO sebuah syarikat. That’s not the point.
Isu di sini ialah mengiktiraf keperluan untuk menyediakan eko-sistem yang lebih baik dan kondusif untuk pemberdayaan wanita dari segi perlindungan undang2, gaji setara, menyediakan tempat kerja mesra keluarga, cuti bersalin yg sesuai, katakan tidak kepada diskriminasi wanita hamil dan pelbagai lagi isu yang menekan wanita, yang mungkinnya adik anda, isteri anda, kekasih anda, ataupun ibu anda di tempat kerja.
Status quo telah berubah. Kita tidak mungkin akan dapat melihat hanya suami bekerja kecuali lah tiba-tiba gaji semua lelaki di Malaysia berlipat ganda 3x ganda. Itupun, bagaimana bagi mereka yang tidak bersuami?
Jadi lupakanlah konsep ini. Terimalah hakikat bahawa wanita dan lelaki akan kedua-duanya bekerja dan tanggungjawab semua untuk memperjuangkan ekosistem yang adil dan saksama buat semua kerana kita perlukan wanita ke arah negara berpendapatan tinggi di mana semua rakyat boleh mendapat pendapatan yang baik dan wajar.
Wanita membentuk separuh daripada kemanusian sejagat, setaraf dengan lelaki dalam semua aspek, kecuali kekuatan fizikal- maka, dipanggil jantina yang lebih lemah (weaker sex), dan lebih cantik untuk dilihat- maka (fairer sex).
JADI BAGAIMANA?
Nak tambah sikit je berdasarkan hujah-hujah yang diketengahkan di atas, saya nak tambah:
Gaji serta pendapatan wanita atau isteri adalah hak wanita atau isteri sepenuhnya dan tidak boleh diminta oleh suami atau mana-mana pihak (kecuali kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan mengikut undang-undang).
Sungguhpun isteri bekerja, masih menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan makanan, tempat tinggal dan pakaian serta keperluan hidup asas yang lain untuk isteri dan anak-anak, menurut kemampuan suami. Boleh rujuk blog post saya tentang nafkah zahir di sini;ย https://mazlynm.wordpress.com/2017/02/16/tanggungjawab-suami/