Dengan izin rakan seperjuang NGO Medical Mythbusters Malaysia, saya copy paste post facebook berkenaan seks dan kehamilan bawah umur.

Ini secara tidak langsung ada kaitan dengan kata-kata seorang MP kelmarin bahawa adalah ok untuk perogol berkahwin dengan mangsa rogolnya, yang rata-rata menimbulkan kemarahan orang ramai, dalam debat di Parlimen berkenaan Child Sex Offences bil dan cadangan MP Kulai YB Neo Ching Teo untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak atau child marriages.

Anna Liza Roslani

15 hrs ·

Budak perempuan bawah umur.

Tahukah anda:

1. Jika seorang lelaki berumur 16 tahun atau lebih, melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan berumur kurang daripada 16 tahun (bukan isterinya), perbuatan itu dianggap rogol dari segi undang-undang. Tidak kira walaupun si perempuan yang menggoda lelaki itu, ia tetap dianggap rogol (statutory rape). Ini adalah kerana budak berumur kurang daripada 16 tahun dianggap kurang matang pemikirannya.

Oleh itu, ibubapa silalah didik bukan sahaja anak perempuan anda, tetapi anak lelaki anda juga. Silap-silap, anak lelaki dipenjara.

2. Jika seorang perempuan berumur kurang daripada 18 tahun hamil dan memerlukan kelahiran pembedahan (caesarean), perempuan tersebut tidak boleh menandatangani ‘consent form’ untuk pembedahan tersebut. Dan jika suaminya juga kurang daripada 18 tahun, suami juga tidak sah menandatangani consent form. Ibubapa kepada perempuan tersebutlah yang harus menandatangani consent form.

3. Jika seorang perempuan mengandung waktu remaja, kemungkinan perlu untuk kelahiran caesarean adalah jauh lebih tinggi. Ini adalah kerana fizikal perempuan tersebut mungkin belum benar-benar matang. Tulang pinggulnya mungkin masih terlalu kecil untuk membenarkan bayi melaluinya (cephalopelvic disproportion).

4. Jika lelaki tua gatal nak ada girlfriend muda, baik mintak tengok IC girlfriend tu dulu. Silap-silap dapat budak bawah umur dan masuk penjara.

Katakan tidak kepada seks/kehamilan di bawah umur 18 tahun!

Advertisements