Semalam, hati mana yang tak terguris melihat gambar seorang bapa mengebumikan dua orang anak tidak berdosa yang dikatakan di bunuh dengan bom kimia di Syria baru-baru ini.

Jadi, pagi ni, saya tulis sikit berkenaan ilmu fiqh keutamaan yang saya baca beberapa minggu yang lepas.

#Syria

Buku pertama yang saya baca tahun ni bertajuk “Fiqh Keutamaan”, keutamaan tugas-tugas kaum muslimin oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi.

Dah lama saya nak tulis rumusan kandungan buku tersebut, tetapi banyak kekangan masa.

Saya petik sedikit kata penghantar oleh Hj Ahmad Nursyadi Asmawi.

“Dalam buku ini, Sheikh Al-Qardhawi menyajikan kepada kaum Muslimin hari ini dan generasi yang akan datang, panduan-panduan jalan yang akan dilalui oleh mereka di sepanjang pentas kehidupan ini. Kita (umat Islam) mesti mengetahui, perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada nombor pertama, diberikan keutamaan, dan keistimewaan, dan hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan pada nombor dua, dan dilakukan kemudian?

Apabila kita gagal mengetahui kaedah-kaedah ini, maka segala kerja-kerja akan jadi tidak teratur, disamping memperlambatkan kita untuk sampai ke destinasi dan matlamat yang dicita-citakan. Umat Islam mesti pandai menyusun rencana kerjanya selari dengan tuntutan keutamaan dan prioriti sesuai dengan panduan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.

Mereka tidak sepatutnya memperbesarkan perkara-perkara kecil dan remeh atau menempatkan perkara yang sepatutnya berada pada perkara ke-tujuh dengan perkara di tempat pertama, dan begitu juga sebaliknya”.

Bab pertama dalam buku ini bertajuk: Hajat Umat Islam Terhadap Fiqh Keutamaan

Fiqh al-Awlawiyyat adalah meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkat yang sebenarnya dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam, dan nilai-nilai akhlak mulia. Perkara yang paling penting mesti diutamakan dan didahulukan, kemudian yang penting, yang kurang penting, dan selanjutnya, mengikut pandangan Syariat Islam.

Quran:
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
Surah Ar-Rahman: 8-9

Nilai-nilai akhlak mulia, hukum-hakam, perbuatan dan kewajipan agama ada yang penting dan utama, ada yang kecil, ringan, ada yang kurang penting dan kurang utama, ada yang perkara asasi (asli), ada perkara cabang (far’i), ada perkara pokok (rukun), ada perkara pelengkap, ada perkara ‘primary’ dan ada yang dianggap ‘secondary’.

Quran:
“Adakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan mengurus Masjidil Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”.
Surah At-Taubah: 19-20

Hadis:
“Keimanan itu ada tujuh puluh dan beberapa bahagian, darjat paling tertinggi adalah kalimah, dan darjat yang paling rendah adalah menghapuskan perkara yang menyakitkan dari jalan orang awam”.
Riwayat Abu Hurairah r.a., Imam al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Al-Nasa’i, Abu Daud.

Saya petik dari muka 13, Bab 1:
“Apatah lagi ibadah haji dan umrah yang mereka kerjakan adalah ibadah kedua dan ketiga tergolong kepada sunnah, bukan wajib. Tetapi tugas memerangi orang-orang yang menceroboh dan mencabul hak-hak dan kehormatan kaum Muslimin adalah merupakan tugas yang difardukan dan ditetapkan oleh syariat Islam.

Salah seorang penulis dan pemikir Islam, Prof Fahmi Huwaidi sudah memberikan peringatan kepada seluruh kaum muslimin, bahawa usaha-usaha untuk membela dan menolong orang-orang Islam (ketika itu di Bosnia, kini di Syria), adalah lebih utama dan mesti didahulukan daripada menunaikan ibadah haji.

Pada ketika itu, banyak orang bertanya pendapat saya tentang kebenaran pendapat Prof Huwaidi tersebut. Jawapan saya: daripada perspektif ilmu feqah, pendapat tersebut mempunyai hujah benar dan kuat, kerana mengikut hukum Syara’:
Sesungguhnya semua kewajipan yang menuntut untuk disegerakan mestilah diberi keutamaan daripada kewajipan yang tidak perlu dikerjakan dengan segera. Fardhu haji adalah kewajipan yang boleh ditangguhkan mengikut pendapat beberapa imam mazhab, sedangkan kewajipan untuk melindungi dan menyelamatkan umat Islam di (ketika itu Bosnia, dan kini Syria) dari kelaparan, kesejukan, kematian adalah tugas yang tidak boleh ditangguhkan lagi.

Ini adalah satu kewajipan yang ditetapkan ke atas umat Islam di seluruh dunia“.

Wallahua’lam.

This I read from another friend, also on Syria, earlier today:

Norhafsah Hamid

5 hrs ยท

When a picture of 3 year old Aylan Kurdi found washed up ashore in Turkey was shown, the whole world went into an uproar but after a while, it died down and the world didn’t anything but continued to watch.

When a picture was shown of 5 year old Omean Daqneesh in an ambulance after being pulled alive from a rubble in Aleppo, looking shocked and lost, again, the whole world went into an uproar but after a while, it died down and the world didn’t do anything but continued to watch.

Now, a picture of a father, Abdel Hameed Alyousef holding tightly to his 9 months old twins, killed by the chemical attack in Syria, has once again got the whole world into an uproar but it will soon die down like the others and the world will still not do anything but merely watch.

Sad but harsh truth.

What will we answer God when He asks why have we been merely spectators to a horrific and inhumane war? What will we tell God why didn’t we do anything?

Something needs to be done………

syria1syria2

Seperti biasa, NGO antara yang paling cepat mengadakan tindak balas, walaupun sekadar mengutuk perbuatan tersebut (menggunakan senjata kimia). Saya copy paste dari FB, asalnya dari mesej group WA (semalam):

KAMI TIDAK AKAN BERDIAM DIRI!

Gabungan NGO Kemanusiaan Syria akan mengadakan sidang media tergempar dan juga serahan memorandum bantahan kepada kedutaan Syria HARI INI bagi menyatakan kekesalan kami mengenai serangan gas sarin di Khan Sheikhoun semalam.

Ayuh bersama kami sebagai tanda solidariti!

Jumpa di kedutaan Syria pada pukul 3:00 petang nanti.

๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ

KENYATAAN MEDIA | 5 April 2017

GABUNGAN NGO KEMANUSIAAN SYRIA KECAM SERANGAN KIMIA DI KHAN SHEIKHOUN, IDLIB, SYRIA

1. Gabungan NGO Kemanusiaan Syria (GNKS) mengecam serangan kimia oleh rejim Bashar al-Assad dan sekutunya ke atas bandar Khan Sheikhoun di Selatan Idlib semalam. Ini merupakan satu serangan terkutuk yang jelas mencabul peruntukan undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Senjata Kimia 1997.

2. Semalam, laman sosial dibanjiri dengan foto dan video daripada Edlib Media Centre (EMC), laman media pro-pembangkang di Syria, yang menunjukkan kesan daripada serangan tersebut. Foto-foto yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda penggunaan senjata kimia dalam serangan yang berlaku.

3. Menurut laman Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), setakat jam 5 petang semalam (waktu Malaysia), serangan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang termasuk 11 orang kanak-kanak dan 160 orang cedera. Jumlah korban dijangka akan meningkat kerana sebahagian besar yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan hospital di Idlib berada dalam keadaan tertekan ekoran beberapa siri serangan ke atas Idlib oleh pihak rejim dan Rusia sejak beberapa minggu lalu.

4. Kelmarin, Ahad, pihak rejim dan sekutunya telah mengebom Hospital Besar di Maaret al-Numan, di tengah-tengah bandar Idlib. Serangan ini telah memusnahkan wad kecemasan dan bilik pembedahan hospital tersebut dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang. Jumaat lepas, Hospital Latamneh di utara Hama turut menjadi sasaran tentera rejim. Dalam serangan ini, Dr. Darwish, salah seorang daripada 3 orang doktor ortopedik yang tinggal telah terkorban.

5. Ini bukan kali pertama rejim Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia dalam serangan-serangan mereka. Selepas tragedi serangan kimia di Ghoutah pada 2013, laporan PBB dan Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) pada Oktober 2016 menunjukkan tentera rejim masih meneruskan penggunaan senjata kimia terutama bom klorin. Malah, wujud dakwaan penggunaan bom klorin oleh pihak rejim ketika pembantaian ke atas Aleppo tahun lalu.

6. Serangan-serangan ini jelas menggambarkan kebiadapan rejim Al-Assad serta sikap bermuka-muka rejim menggunakan siri-siri rundingan damai di Ankara, Astana dan Geneva sebagai gimik politik semata-mata walhal di lapangan pihak rejim meneruskan operasi pembantaian ke atas rakyat awam dan ‘pembersihan’ penduduk Sunni daripada wilayah-wilayah yang ingin dikuasai rejim demi mengukuhkan kedudukannya. Ia tak ubah seperti sebuah jenayah genosid! Kekejaman ini perlu dihentikan dengan segera.

7. GNKS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memberikan tekanan ke atas rejim al-Assad dan sekutu-sekutunya agar:

a. Mematuhi tuntutan Resolusi 2118 (2013), Majlis Keselamatan PBB agar memusnahkan semua senjata kimia yang ia miliki;

b. Menghentikan semua bentuk serangan dan menghormati terma-terma perjanjian yang telah disepakati dalam rundingan di Ankara, Astana dan Geneva.

8. Sekiranya rejim Al-Assad enggan, GNKS menyeru agar warga antarabangsa tidak teragak-agak untuk menggunakan peruntukan yang sesuai dalam Perkara VII Piagam PBB sepertimana yang telah diluluskan melalui Resolusi 2118 (2013) dan Resolusi 2209 (2015) sekiranya rejim masih terus menggunakan senjata kimia dalam serangan-serangan mereka.

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria (GNKS)

Advertisements