Just thought I should save this post here and perhaps in future I could develop it more with references etc.
Mazlyn Mustapha

10 hrs · 

Pagi-pagi dah rasa terpanggil nak tulis tentang ‘ubat stem cell’ yang dikatakan boleh merawat kencing manis, darah tinggi, gout, sakit mata dan lain-lain.

Seperti biasa, testimoni pengguna alat utama dalam teknik pemasaran. Kononnya pengguna ni ada macam-macam penyakit, dan selepas makan ‘ubat stem cell’ selama sebulan, penyakit-penyakitnya lebih terkawal, dan diteruskan lagi sehingga sembuh.

Yang menyedihkan pula, si penjual bercerita, ramai yang tanya bagaimana dia ‘sembuh’, jadi dia pun berkongsi tentang ‘ubat ajaib’ yang dimakannya (dengan niat yang baik, atau mungkinkah semata-mata nak kaut keuntungan?), maka ramai lah downline yang ikut sama (“orang bawah saya ramai Melayu”; petikan dari video testimoni).

Yang buat nak marah, bila tengok ‘ubat stem cell’ yang dijual, dihasilkan dari placenta kambing dan harganya (iklan dalam Lazada) RM1400 sebotol. Saya tak pasti tentang dos dan kos untuk memakannya selama sehari mahupun sebulan, tetapi dalam video tersebut ada disebut si pengguna mengambil dua biji di waktu pagi dan petang.

Kenapa orang ramai (terutamanya orang Melayu) mudah tertipu dengan iklan-iklan haram begini?

1) Sains perubatan adalah suatu bidang yang mencabar dan bukan begitu mudah untuk difahami. Sedangkan ahli-ahli bidang perubatan contohnya doktor dan ahli farmasi masing-masing merujuk satu sama lain tentang sesuatu bidang khusus dalam perubatan, boleh pula orang yang tiada ilmu dan tiada latihan dalam bidang tersebut digunakan sebagai rujukan penyelesaian masalah perubatan.

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)

“Jangan kamu mengikut sesuatu yang kamu tiada ilmu pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan ditanya (pertanggungjawabkan)”.
(al-Isra’:36)

Masalahnya ramai yang memilih untuk percaya kepada si penjual ‘ubat’ bernilai ribuan ringgit dari nasihat para doktor dan ahli perubatan, yang jika didapatkan dari klinik kerajaan, cuma dicaj RM1 untuk mendapatkan nasihat berdasarkan penilaian individu pesakit, ubat pula mendapat subsidi, yang pasti tidak berharga ribuan ringgit.

2) “Ikhthiar”. Alasan ini sering digunakan. “Dah cuba ubat hospital, nak cuba yang ni pulak”.

Dalam bidang perubatan juga, ramai ahli saintis dan para doktor bertungkus-lumus mencari ubat-ubat baru, tetapi, sebelum mengesyorkannya dan menjual secara berleluasa (jika berkesan pun, anda tidak akan melihat iklan ubat-ubat tersebut di facebook contohnya, kerana iklan sedemikian adalah tidak perlu, para doktor akan menggunakannya untuk merawat pesakit tanpa iklan-iklan tersebut), perlu ada bukti menunjukkan ubat tersebut berkesan. Perlu ada kajian saintifik yang menunjukkan ubat-ubat tersebut bukan sahaja berkesan, tetapi juga selamat untuk digunakan oleh para pesakit.

“Katakanlah, ‘Tunjukanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.” (Al-Baqarah:111)

Mazlyn Mustapha
Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az Zumar: 9)

Beberapa komen yang menarik dari pembaca:

Jauharatud Dinie AR Owh..biasa dengar babe Mazlyn Mustapha pasal ubat ‘stem cell’. Yang lagi tak boleh blah ialah stem cell dari epal atau buah2an and sayur2an. Camne lak tue? I mmg susah sket nk percaya sbb I suka buat research, baca dan bnyk tanya. Selalu si penjual kantoi la bila kena soalan2 cepumas dr I 😉.
 
Mazlyn Mustapha Memang banyak kajian sedang dibuat tentang stem cell dan potensi untuk rawat kencing manis, contohnya, as you said, stem cell tu kena transplant, bukan makan dari botol dan sumber pula bukan dari tumbuhan 😐
Jauharatud Dinie AR Exactly tapi bila kita grill penjual dr segi saintifik ‘stem cell’ nie depa leh naik angin laks dgn kita. Ada yg siap marah…terus masam2 muka sbb ‘cucuk jarum’ suruh beli x jalan.
Mazlyn Mustapha Jauharatud Dinie AR Moga lebih ramai orang seperti anda 😊👍🏽
Komen lain:
Yuki Noraini Rashid Setuju doc. Org kita mmg mudah terpedaya. Testimoni yg mati sbb buah pinggang rosak oleh kerana mkn supplement yg bergini x nk di ambil tahu pulak.
Mazlyn Mustapha Tak kurang kajian yang menunjukkan supplement juga ada risiko, bukan se-selamat yang dijangka. Kalau berkesan, boleh dirasionalisasi kegunaannya (risk-benefit ratio), tapi yang keberkesanannya pun belum pasti tu, cam mana pulak?
  
Yuki Noraini Rashid Tu yg sy kesalkn. Adik sy meninggal dunia kerana buah pinggang rosak. Arwah mmg suka mkn ubat kurus, jamu ,stem sel dn ubat2 yg konon nya bole ubat 1000 mcm jenis sakit. Sedih.
Dan lagi komen menarik:

Hayati Ismail You can only imagine how many MLM and Direct selling agents came to see me about my Dad.

Some suggesting stem cells, water, tablets, all claiming can cure my father’s illness.

I declined politely but some tarik muka masam. The way Doctor google ni marketing memang hebat. They have a script that they memorised but ask them further they are unable to answer, then they turn around the bush.

There is this one person who is so persistent on us buying their products and claimed can clear all blockage in my father’s vessels within a week, I offered to bring the person to the hospitals to see the surgeons and asked to introduced their products the surgeons so the surgeons could save some time to cut open their patient and just take their products. I never heard from the person again.

Dan lagi…
Nabilah Izham Yeah prof. Paling frust kalau patient x ambil lgsg our prescribed medication, x follow our advice then came back in severe state.
Dan…
Nora Julianna Osman Dia tau tak placenta tu URI . Bunyi canggih je rasa betul 😣
 
Lepas tu waktu petang terbaca pula penulisan seorang rakan pakar endocrinology, jadi minta izin la dari dia untuk share dan juga post di blog ni sebab rasa coretan yang menarik untuk bacaan umum:

“Miza Hiryanti Zakaria

5 hrs · 

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya semua.
Sempena syawal yg mulia in saya ingin menyampaikan sesuatu yg dah lama terpendam di hati..
Setiap penyakit ada ubatnya.. mungkin kita belum temui semuanya. Yang menyembuh kan hanyalah yg Esa..

Ilmu Allah luas, hanya sedikit yg berjaya saya pelajari selama 17 tahun ini.

Diabetes type 2 adalah Satu penyakit Yang disebabkan ketidakupayaan tubuh badan untuk mengawal kandungan darah ke tahap yg normal sehingga menyebabkan organ penting dlm badan rosak.
Ketidakupayaan ini disebabkan boleh banyak factor, kekurangan beberapa jenis hormon, ketidakupayaan sel badan mengenali hormon, buah pinggang tidak dapat membuang gula dgn berkesan DLL..
Ubat yg sedia ada menolong mengawal kawalan darah… Sesetengah ubat memang berasal Dari tumbuhan seperti metformin dan ubat kumpulan sglt2 inhibitor.. maka saya percaya kalau anda mengatakan setelah makanan sejenis tumbuhan tertentu gula anda akan terkawal kerana tumbuhan tersebut mempunyai components yg sama seperti metformin dan sebagainya..
Masalahnya adalah kita tidak dapat memastikan bahawa adakah jumlah atau dose Yang diambil itu selamat, atau adakah campuran dgn bahan2 lain Yang mungkin memudaratkan.

Pesakit2 saya dah ramai mengambil bermacam2 ubat alternative dan supplement untuk tujuan penyembuhan . Ahli keluarga saya juga begitu. You name it tablet syrup spray injection Setakat ini tidak ada satu pun yg bersifat dapat mengawal kencing manis apatah lagi menyembuh. Sad to say membawa memudaratan lagi ada.
Orang tua saya sendiri mendapat kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati. Alfatihah untuk mereka.

Pendapat saya , penyakit kencing manis ubatnya adalah pencegahan..
Kencing manis ada banyak peringkat.
Terbaik mencegah semasa peringkat prediabetes.. mereka yg berisiko tinggi seperti mereka yg obese atau mempunyai ahli keluarga yg diabetes perlu disaringkan dgn berjumpa doctor.
Jaga pemakanan dan turunkan berat badan. Seluruh keluarga mesti menjalani kehidupan sihat ( anak anda berisiko mendapat diabetes jika anda seorang pesakit diabetes).

Peringkat awal diabetes boleh di reverse atau disembuhkan. Jaga pemakanan dan turunkan berat badan.. ramai pesakit saya berjaya hanya dengan menguruskan badan.

It is all about pemakanan. Professor saya di Perth pernah cakap, kalau semua Muslim percaya alcohol patut diharamkan sebab ianya memudaratkan terutamanya pada hati, kita juga patut mengharamkan gula yg keterlaluan kerana ia memudaratkan.

Akhir kata, jauhi la APA saja yg memudaratkan terutamanya yg berlebihan sama ada alkohol,rokok, gula, vape, supplement yang meragukan dan lain lain”.

Advertisements