“RM30,000” ujar kawan saya. Ya, tiga puluh ribu ringgit adalah wang yang diperlukan dan digunakan oleh seorang kenalan semasa PRU13 beberapa tahun yang lampau untuk bertanding. Akhirnya beliau berjaya menjadi seorang Ahli Parlimen (MP).

Sebagai seorang doktor, kita dah biasa dilatih supaya tidak menunjukkan perasaan terkejut, tapi dalam hati, banyaknya benda lain yang ‘lebih berfaedah’ dapat dimanfaatkan dengan jumlah wang sedemikian, bisik hati saya.

Suka atau tidak, hakikatnya, politik meninggalkan kesan dalam semua aspek kehidupan kita sebagai individu dan juga masyarakat.

Semalam, terbaca post FB seorang guru dan rakan alam maya. Ramai juga followers dan saya kerap terbaca postnya berkenaan isu-isu yang melibatkan pelajar dan sistem pendidikan Malaysia secara am.

Berikut adalah satu aspek yang saya rasa perlu disimpan dalam blog dan dikupas secara mendalam:

Hampir semua ibubapa yang cakna dengan silibus terkini sama ada KSSR atau KSSM tahu tentang tahap kesukarannya.

Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa guru-guru tidak diberi persediaan dan ilmu yang cukup untuk mengajar silibus tersebut. Tahun lepas, seorang guru dipilih Ketua Panitia subjek untuk menghadiri kursus sehari (8am – 5pm) di lokasi yang ditetapkan PPD/JPS. Dalam waktu yang singkat, guru-guru perlu absorb semua ilmu untuk diajar secara in-house training kepada rakan-rakan guru yang lain. Bayangkan keadaan guru yang pening-pening lalat cuba memahami bahan dan kandungan silibus ini memberi latihan dalaman. Setiap guru diberi bahan rujukan berbentuk rancangan pelajaran tahunan untuk difahami sendiri. Guru-guru berusaha sendiri memahami isi kandungan silibus sedangkan pihak KPM yang perlu menganjurkan lebih banyak latihan dan kursus supaya guru-guru dapat menguasai KSSR/KSSM.

Itu belum masuk kisah guru mengajar subjek yang tidak pernah dipelajari. Saya sendiri, graduan Pendidikan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik tetapi sekarang mengajar subjek Sejarah tingkatan 1 & 2. Sebelum ini saya diminta mengajar English, setelah 12 tahun saya mengajar subjek Teknologi Kejuruteraan dan Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Kemahiran Teknikal. Atas dasar “Berkhidmat Untuk Negara”, saya cuba mengajar subjek yang belum pernah diajar dan berusaha mendalami apa yang saya ajar. Niatnya cuma satu: supaya para pelajar faham apa yang diajar dan dapat hubungkaitkan apa yang dipelajari dalam buku teks itu dengan senario dunia sekarang dan masa lalu.

Harus diingatkan, guru juga manusia biasa yang perlu dibimbing dari masa ke masa untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam tugas mereka. Bayangkan jurutera atau doktor yang diminta bekerja tanpa latihan dan kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka. Mungkin anda akan jawab,”Doktor menguruskan nyawa pesakit!”, tetapi guru-guru menguruskan pembangunan mental dan spiritual anak-anak Tuan-tuan dan Puan-puan semua. Anak-anak yang suatu hari nanti menjadi pelapis kepada generasi kita dan bakal memimpin negara.

Kalau tanya saya, insyaAllah saya boleh usaha sendiri memahami apa yang saya perlu ajar. Beli buku rujukan sendiri, tonton video dokumentari di YouTube dan beli LED projector sendiri untuk kegunaan para pelajar kelas saya. Rakan-rakan saya pun ramai yang sangat kuat berusaha demi memandaikan anak bangsa. Tetapi cukup-cukuplah meletakkan beban kepada kami. Jika mahu para guru jadi pakar dalam PdP kelas, berilah kami latihan dan bahan yang cukup. Bimbing kami, bukan cari salah kami. Berlaku adil kepada kami, itu saja.

Ini belum saya ulas tentang isu tugas-tugas guru pula.

Dari sumber yang lain pula, saya dimaklumkan, peruntukan untuk ‘modal insan’ yang biasanya 40% akan berkurang kepada 15% semasa pasca pilihanraya, yang dijangka bulan Mac 2018. Selepas berakhirnya pilihanraya, peruntukan akan naik semula kepada 40%. Begitu lah.

Dan betul, di sebuah sekolah yang kekurangan guru untuk mengajar subjek tasawwur, guru bahasa Inggeris dan sains yang terpaksa mengajar subjet tersebut. Situasi paling ideal (second ideal I guess), adalah menggunakan guru agama Islam untuk mengajar subjek tasawwur, tetapi jika disuruh demikian, maka beban workload berlebihan pula. Kesian cikgu-cikgu, sebagai seorang doktor dan pensyarah yang pernah bekerja di bahagian sektor kerajaan dalam (dan juga luar) negara, saya amat memahami dan bersimpati dengan semua yang terlibat.

Advertisements