Saya amat terkejut dan marah bila membaca tentang dua kisah rumahtangga yang dikongsi (dengan cara merahsiakan individu-individu terbabit) dalam FB dengan tujuan berkongsi adalah supaya masyarakat umum dapat mengambil iktibar, apa yang memeranjatkan saya bukan kisah isteri dizalimi, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. perkara ini sudah pernah berlaku. Yang mengejutkan dan mengecewakan saya adalah sikap (mungkin segelintir) masyarakat yang menyuruh isteri bersabar di dalam perkahwinan yang memberi dharar atau memudaratkan. Antara hujah yang digunakan pula adalah memberi contoh Asiah bersabar dengan Firaun.

Kes pertama, suami curang dan meniduri perempuan lain termasuk commercial sex worker atau pelacur. Saya tidak suka komen di post orang lain jika pendapat saya bertentangan dengan tuan/puan punya post kerana ia lah, tiada sesiapa yang suka pendapatnya dicabar atau dikatakan mereka salah. Namun jika berdiam diri sahaja, saya takut ada yang teraniaya, jadi saya kongsi perspektif perubatan, ini merbahayakan diri isteri kerana khuatir terjangkit penyakit seperti HIV, hepatitis C dan lain-lain penyakit kelamin. Bukankah hukum zina dalam Islam rejam sampai mati? Habis tu kenapa pula disuruh si isteri bersabar?

Kes kedua pula, suami setelah kahwin lebih sedekad, sembahyang pun on off, nafkah zahir pun ada bagi tetapi tidak mencukupi, isteri terpaksa berusaha lebih untuk menampung keperluan keluarga, suami ‘hanya suka main game dalam bilik’ dan tidak menolong dalam urusan rumah tangga. Disuruh isteri bersabar macam Asiah (serius, tak faham apa kaitan situasi wanita ini dengan Asiah)? Dah lebih sedekad, kalau tak solat tu, macam mana ya?

Maka seorang rakan FB saya yang ramai followers memberikan penerangan tentang hal ini, saya minta izin copy paste sebagai rujukan dan harapan orang lain akan dapat manfaat dari membacanya, insya Allah.

“Asiah pun tidak minta cerai daripada Firaun”

Entah dari mana datangnya doktrin ini seolah ia menjadi halangan yang keras apabila seorang isteri meminta cerai daripada suaminya.

Kisah Asiah dan Firaun ini telah dipetik di luar konteks. Apatah lagi dengan kepercayaan “Asiah tidak meminta cerai daripada Firaun” walaupun tahu Firaun itu sangat kejam. Harap para wanita yang masih percaya doktrin sesat ini menyemak semula kisah Asiah dan bagaimana hubungan Asiah dan Allah di saat Allah menjanjikan ganjaran setelah mendengar doa Asiah.

BACA BALIK SEJARAH ASIAH DAN BAGAIMANA ASIAH MEMBUAT TEGURAN KEPADA FIRAUN!!!

Puan-puan,
Sudahlah kisah Asiah dan Firaun ini dipetik di luar konteks kefahaman perundangan, hak wanita, taknin undang-undang dan dharar, yang lebih membuatkan saya naik angin ia datang dari mulut wanita dan ibu mertua yang mengamalkan budaya permissive, menyuruh menantu perempuan bersabar dan menerima hakikat meneruskan kehidupan bersama suami yang sudah berzina,memukul isteri tanpa belas, gagal memberikan nafkah dan berpoligami tanpa kebenaran.

Ada kebodohan dan kejahilan yang kita boleh maafkan.
Tetapi bukan kejahilan yang melanggar maqasid keluarga dan mendatangkan dharar kepada wanita.

Saya tidak pernah mendengar lagi wanita yang didera, dipukul, dianiya, dipoligamikan tanpa adil, yang tidak diberikan nafkah datang kepada saya dan berkata, ” Saya ini seperti Asiah, isterinya Firaun”.

Aneh sekali, yang datang kepada saya semuanya mahu keluar daripada perkahwinan kerana dharar yang ada sudah tidak tertanggung dan tidak pernah memanggil suami mereka Firaun!

Banyak komen-komen menarik, saya cuma nak share link kepada blog tentang topik yang sama:

http://myblog.mazlizaothman.com/tak-mungkin-sezalim-firaun/

Surat Asy-Syura Ayat 39

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنْتَصِرُونَ
And those who, when tyranny strikes them, they defend themselves.
Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri.

We are allowed to defend ourselves in Islam when we have suffered injustice. So please, stop using unfounded misconceptions to discourage women from escaping marriages that no longer serve its purpose.

Advertisements