Alhamdulillah, Ramadhan 1438 berjaya dilalui dan Syawal 1438 kian hampir penghujung. Tahun ni, jadual kerja yang agak sibuk sepanjang bulan puasa meletakkan sedikit kekangan untuk bergiat lebih cergas dengan aktiviti sukarelawan seperti tahun lepas. Sungguhpun begitu, dengan rahmat Allah dan bantuan kenalan-kenalan di FB dan juga kawan-kawan melalui WA, dana sebanyak RM7800 berjaya dikumpulkan untuk sebuah sekolah menengah di Kota Bharu yang mempunyai sebanyak 729 pelajar, yang mana 100 dari mereka adalah golongan asnaf yang layak menerima zakat. RM300 dari RM7800 diterima selepas majlis penyampaian zakat diadakan di hari terakhir sekolah semasa bulan puasa (Khamis 23hb June 2017), diberi kepada guru sekolah untuk diedarkan selepas cuti raya.

 

penyampaian zakat smk kk3
Gambar majlis penyampaian zakat kepada para pelajar asnaf di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, credit photo: Ustazah S.S.

Menurut guru sekolah, pungutan zakat tahun ini adalah seperti berikut:

Hasil kutipan guru-guru: RM4000

Sumbangan Bank Rakyat: RM1000

Sumbangan Orang Ramai: RM7800

Kutipan sebelum majlis penyampaian adalah RM12500, dan diagihkan sebanyak RM125 seorang. Alhamdulillah.

Disebabkan kesibukan kerja pada bulan puasa tahun ni, saya tidak sempat membuat kutipan untuk pek syawal seperti tahun lepas. Kebanyakkan atau hampir semua post untuk #Thirdforce Pasir Pekan saya tinggalkan FB Kak Yong atau nombor hp supaya dapat dihubungi terus.

Alhamdulillah, hanya beberapa perkara yang sempat saya follow up. Pertama, ada permintaan untuk tajaan buka puasa. Bila search balik, Alhamdulillah dapat jumpa post dengan mudah:

Mazlyn Mustapha updated her status.
May 26 · 
Taja buka puasa RM10 sekeluarga; utk anak yatim, yatim piatu, anak prihatin, asnaf. Hubungi wakil Thirdforce Pasir Pekan di bawah.

Mazlyn Mustapha Ramadhan akan menemui kita tidak lama lagi. Ada insan yang gembira ada insan yang berduka. Di sebalik nama Ramadhan itu terselit sejuta cerita tersendiri. Bagi insan yang berkemampuan, terbayang lauk pauk yang enak lagi menyelerakan sebagai juadah berbuka puasa. Namun tidak bagi insan yang kekurangan. Mungkin sebiji kurma itu dikongsi beramai-ramai.

Oleh itu, kami mengajak bersama menyumbang sedikit sumbangan berupa juadah berbuka puasa dengan kadar RM10 satu keluarga. Program ini diadakan pada setiap tahun dan diagihkan secara bergilir-gilir kepada anak-anak yatim,yatim piatu,anak perihatin serta asnaf-asnaf yang dikenalpasti layak menerima sumbangan ini. Dengan harapan semoga mereka merasa apa yang kita rasa. Selamat berpuasa dan menderma rebutlah saham akhirat di bulan yang mulia ini. 😊

Dari wakil #Thirdforce Pasir Pekan
FFaizah QemerZaman Yong

Bila tanya balik Kak Yong, ada ke sumbangan, Alhamdulillah ada dalam RM1550 untuk jamuan iftar. Kak Yong jemput sekali, macam biasa tak dapat join.

Lepas tu, Kak Yong ada minta bantuan untuk baju raya anak-anak prihatin.

Jom bantu anak-anak prihatin/miskin Tumpat & Pasir Pekan, RM70 utk 1psg baju raya x 25 org. PM Kak Yong #Thirdforce
Alhamdulillah, bila contact balik a few days later, adalah hamba Allah yang beri sumbangan sebanyak RM2350 untuk baju raya anak-anak prihatin Pasir Pekan dan beberapa tempat lain yang saya pun tak sempat nak rekodkan details macam tahun lepas kerana agak sibuk masa tu.
Lepas bulan puasa pula, ada sebuah sekolah rendah yang menganjurkan kursus motivasi bersama Ustaz Ebit Liew di Kota Bharu. Yuran untuk seorang pelajar RM80. Pihak sekolah/PIBG minta tolong dapatkan tajaan untuk pelajar-pelajar asnaf. Mereka kata, cuba lah dapatkan untuk 10 orang pelajar dulu.
Kita usahakan.

Assalamualaikum semua.

Sesiapa berminat untuk taja 10 para pelajar asnaf supaya mereka berpeluang mengikuti program Ustaz Ebit Liew (RM80 seorang), boleh PM untuk maklumat lanjut.

Kali ni juga, untuk majoriti saya bagi direct akaun no. koperasi sekolah untuk transfer wang zakat/derma. Alhamdulillah, dana yang dikumpul adalah RM1200, cukup untuk 15 orang pelajar miskin dan asnaf supaya sama-sama dapat mengikuti kem motivasi seperti rakan-rakan lain.
Sebelum kem motivasi Ustaz Ebit Liew, sebenarnya ada seorang guru prinsip akaun dari sebuah sekolah menengah di Kota Bharu tanya sama ada saya berminat untuk bantu taja kem kecemerlangan untuk para pelajar prinsip akaun. Insya Allah, kita usahakan.
Ada 33 orang pelajar, jumlah kos kem RM1590. Kem ini adalah kolaborasi (collaboration) antara tiga buah sekolah menengah di Kota Bharu. Saya pun tanya, berapa ramai pelajar asnaf? Cikgu akan siasat kerana perlu tanya guru-guru dari dua buah sekolah yang lain. Anggaran permulaan 5 orang, jadi saya buat post ni dulu (anggaran jumlah kos untuk seorang pelajar asnaf RM1590/33 = RM48 dibulatkan kepada RM50.
Bila dapat pengesahan dari sekolah-sekolah lain, jumlah pelajar miskin dan asnaf ada 10 orang. Alhamdulillah sekejap sahaja dapat sumbangan zakat/derma dari orang ramai.
Ada juga yang memberi lebih daripada peruntukkan kem, sebagai zakat/sedekah wang belanja.
Moga semua yang membantu diterima amal oleh Allah s.w.t. dan dibalasi dengan ganjaran panjang umur, murah rezeki dan dimasukkan ke syurga insya Allah.
Advertisements