Copy paste dari FB sendiri:

Semalam, ada kawan tag post FB page ni. Video oleh Ustaz, sekejap je, dalam 2 minit.

Terkejut saya bila Ustaz tersebut menceritakan, tak pasti sama ada kisah benar atau rekaan, seorang isteri dipukul suami hingga berbekas, kemudian tidak mengadu mengenai hal tersebut, dan ini dipanggil oleh Ustaz tersebut sebagai “menutup aib suami”.

Benarkah agama Islam membenarkan suami mencederakan isteri sewenang-wenangnya? Lihat balik sijil nikah yang di belakangnya tertera, jika suami memudaratkan tubuh badan isteri, isteri boleh menjadikan ia sebab untuk bercerai.

Bukan itu sahaja, suami juga boleh dihukum di mahkamah atas kesalahan tersebut.

Maka Ustaz, berhentilah menyebarkan ajaran agama yang salah.

FB page berkenaan pun dinasihatkan tidak menyebar ajaran agama yang salah. Komen saya di page tersebut telah dipadamkan rupa-rupanya.

No automatic alt text available.

Image may contain: text
Ini FB page tersebut. Bila kawan yang skeptik dengar pun, mengaku, tampar memang salah. Mana boleh pukul isteri di bahagian muka, apa lagi sampai mendatangkan kesan.
Image may contain: text
Lepas tu ada kawan FB yang tolong cari, rupa-rupanya memang Ustaz tu ada post video yang sama kat FB dia dan bukan setakat dia post, dia suruh share dengan isteri. Astagfirullahalazim.

Saya dah komen di FB page tersebut, FB page delete komen-komen saya dan rakan-rakan. Kami bagi rating rendah dan kritik post tersebut, rating page di ‘remove’. Ok lah, mungkin admin page berkonsepkan agama Islam itu kurang pengetahuan agama dalam hal ini, barangkali.

Sekarang kami dah tinggalkan mesej di FB Ustaz tersebut sendiri. Nak tunggu maklum balas.

Ni komen kawan saya:

Image may contain: 2 people, text

Kawan saya tambah:

Image may contain: text
Penerangan dari kawan saya NurAliya Yeoh: Maksud Libas yang sebenar dalam konteks Islam, menurut al-Quran. Jauh benar dengan video huraian Ustaz tersebut.

Ada rakan-rakan yang suruh share video tersebut, tapi saya mula-mula keberatan nak share kerana tak nak lah membantu menyampaikan sesuatu yang salah. Alhamdulillah, kawan-kawan FB semua bersetuju dengan pendapat saya, bahawa apa yang disampaikan oleh Ustaz itu salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Jadi saya rasa, elok saya taip dulu apa yang ustaz tu kata, dengan huraian sekali.

Mula macam ni:

Ada isteri yang sangat baik, yang tak pernah sama sekali angkat suara kepada dia. Cuma suatu hari ada benda yang isteri dia buat tak kena, dia marah isteri dia. Tak cukup dengan dia marah, dia tampar muka isteri dia, merah muka isteri dia, menangis teresak-esak.

Dia kata lepas dia tampar, ada orang tekan loceng rumah dia, diapun tengok dari tingkat dua, individu yang dia tak jemput dan dia tak mahu individu ini hadir (boleh ke seorang suami tak mahu ibu bapa mertua hadir dalam rumah dia? Bagaimana dengan suruhan Islam merapatkan silaturrahim?) datang ke rumah dia. Siapa dia?

Bapa mertua dia, mak mertua dia, abang ipar dia. Tuan-tuan boleh bayang? Dia baru tampar anak depa, tiba-tiba mai di rumah. Dia nak kata kepada isteri dia, mak kamu, ayah kamu dengan abang kamu mai, pi basuh muka, lepas tu touch up sikit (wah, sedap bahasa ustaz, suruh letak make up sikit kasi cover merah lebam kena pukul, bagus betul ajaran agama Islam disuruh menipu), buka pintu.

Tapi dia tersilap kata, mak, ayah dengan abang kamu sampai, pi buka pintu. Isteri ini lari dari tingkat dua, buka pintu dengan muka merah, dengan air mata menangis, peluk mak dia, ayah dia, abang dia, dia kata, mak, ayah dengan abang sampai ni, memang tepat pada waktu nya.

Ayah, tengok seorang anak tuan-tuan, menangis lepas tu dia kata, apa berlaku kepada kamu, cerita kepada ayah, ayah takkan biar orang bagi kamu menangis.

‘Tak’ dia kata ‘ayah ni datang memang tepat pada masa dia’.

Ayah dia kata ‘cerita!’

Saya nak bagitau ayah, ibu dengan abang, sudah hampir seminggu saya rindu kepada ayah, ibu dan abang. Ni saya menangis ni sebab gembira sangat ayah, ibu dan abang datang.

TENGOK, MACAM MANA DIA TUTUP AIB SUAMI DIA.

(YA ALLAH, I JUST CANNOT. Ya Allah, saya ni hamba mu yang lemah. Tolonglah umat Islam yang semakin jauh dari ajaran agama yang sebenarnya. Ustaz suruh tipu mak dan ayah, ustaz tak bagi cerita suami pukul kat muka sampai merah. Betul ke agama Islam ajar macam ni?)

Kalau berlaku dekat puan-puan?

(Kalau berlaku dekat saya, masa tu juga saya minta bawa ke klinik, buat laporan perubatan, lepas tu terus ke pejabat polis, buat laporan polis. Suami minta maaf, lain cerita. Nak maafkan suami pun, lain cerita. Tetapi, perbuatan mencederakan isteri dengan sengaja adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Sekali buat, report terus. Sebab apa-apa hal, di mahkamah, semua perlukan bukti, tak boleh hearsay. Insya Allah dan Alhamdulillah suami saya bukan jenis ringan tangan).

Ayah, kalau ayah datang lewat seminit sahaja, saya rasa saya dah jadi arwah.

(Ustaz, keganasan rumah tangga ni bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Maaf ya saya tegur sikit, bukan sedikit yang memang jadi arwah dibunuh suami dan bekas suami sama ada sengaja (murder) atau tak sengaja (manslaughter). Kalau statistik negara maju contoh Amerika Syarikat, satu pertiga wanita yang dibunuh, dibunuh oleh suami, bekas suami, teman lelaki, bekas teman lelaki. Maaf, di Malaysia tak ada statistik tersebut, kerana kita masih jauh ketinggalan dari segi kajian saintifik. Saya sendiri ada kenalan yang sudah jadi arwah dibunuh bekas teman lelaki. SO PLEASE JANGAN ANGGAP BENDA NI REMEH TEMEH).

Tambah pula ikut atas. Dia mengeruhkan lagi keadaan.

(Ustaz boleh bagi jaminan tiada isteri yang jadi arwah kerana keganasan suami? Boleh?)

Sebab itu kita kena ada ghirah, kecemburuan kepada isteri.

(Apa kena mengena cemburu dengan pukul isteri, tampar isteri di muka bila isteri buat salah? Cemburu tu bila isteri ada hubungan dengan lelaki lain, yes, setuju, perlu lah suami cemburu, jangan jadi dayus).

Dan isteri, dia menjadi libaas, pakaian menutup kelemahan dan aibnya suami.

(Astagfirullahalazim, dah salah tafsir dah ni ustaz. Libas tu berkenaan hubungan kelamin di waktu malam bulan puasa, takde kaitan dengan menampar isteri).

Puan-puan jangan fikir apa orang lain nak kata (sedangkan dalam Quran banyak suruhan untuk kita berfikir, ustaz suruh jangan fikir pulak).

Puan-puan kena fikir apa suami puan-puan kata. (He better say sorry, or sorry in court might not be good enough).

Syurga dan nereka berada dekat dia. (Suami pun belum tentu masuk syurga, jenis marah sampai tak dapat kawal diri, pukul isteri kat muka sampai merah, suami soleh mana yang buat macam tu? Yang menentukan syurga neraka seseorang adalah Allah. Kalau dah neraka di dunia dek deraan suami, baiklah cerai, insya Allah Tuhan bagi suami lain yang soleh dan baik dan boleh bimbing isteri ke syurga bersama-sama).

Itu sahaja luahan perasaaan hari ni.

 

 

Advertisements