Balanced, it’s such a simple word.

Sorry I haven’t blogged in a while. As usual, life get’s the better of us.

There’s plenty of good posts and discussions I haven’t updated. So I figured at least today I’ll do one:

SEIMBANG

Pagi ni nak kongsi pendapat seorang saudari, dengan izin saya copy, paste & credit komen Sharifah Zahidah dari diskusi ilmiah page Nurul Izzah.

“Saya yakin, lebih banyak kajian ilmiah MESTI DIBUAT berdasarkan situasi pada hari ini.

Kerana apa?
Kerana lelaki Islam di zaman dahulu AMAT BERBEZA dengan lelaki Islam di zaman sekarang.

Penganiayaan yang banyak berlaku oleh KAUM LELAKI ke atas kaum wanita pada zaman ini BUKAN SUATU KELAZIMAN atau kebiasaan oleh lelaki Muslim di abad terdahulu.

Maka, institusi syariah perlu giatkan usaha, dan ijtihad untuk atas masalah ini.

Zaman dahulu, amat jarang sehingga boleh dianggap peratusnya negatif untuk lelaki tidak bekerja dan duduk di rumah semata-mata bersuka ria. Kes tidak bagi nafkah ke atas isteri memang ada di zaman nabi, tapi itu bukan sebagai satu normalisasi berbanding zaman sekarang, tidak menafkahi isteri, memukul isteri dan sebagainya adalah suatu perkara tak normal yang kelihatan sangat NORMAL.

Saya sebagai seorang guru agama, ingin menyeru juga para ustaz untuk turut prioritikan hal2 membentuk sahsiah lelaki sebagai suami.

Sudah-sudahlah usaha ustaz sekalian untuk mendidik para wanita untuk menerima poligami, sudah-sudahlah juga usaha kalian untuk mengajar suami bagaimana menuntut ketaatan isteri 100%, juga cukuplah usaha kalian tidak habis habis mengugut para isteri tentang dosa dan nusyuz.

Sampai sudah masanya, isi kandungan ceramah DISEIMBANGKAN juga tentang peranan suami, dosa suami, akhlak sebagai suami, tuntutan sebagai suami di samping ceramah yang tidak habis-habis bercerita tentang kewajipan taat isteri ke atas suami dan kebolehan suami berpoligami.

Tidak, saya tidak menghentam isu itu.

Tetapi untuk lihat para lelaki DATANG KULIAH AGAMA dan kelas pengajian untuk membaiki diri adalah AMAT sulit sekali. Dan apabila wajah-wajah ini datang sekali sekala untuk mendengar ceramah; tentang ‘sunnah’ poligami juga yang dihighlightkan.

SubhanALLAH.
Terima kasih Ustaz Ebit Lew kerana menjadi pendakwah selebriti yang banyak menyentuh tentang akhlak suami di saat ianya menjadi topik yang AMAT JARANG disentuh oleh pendakwah atau penceramah lelaki”.

Nota kaki: post ini bersifat umum kepada semua penceramah agama dan tidak khusus kepada mana-mana individu.

This was my FB post not too long ago. I just had to quote this lady, although I do not know her personally, but her thoughts truly resonate deeply.

Image may contain: text

Image may contain: text

I realised that hey, quite a lot of people share my view on this. And even those who don’t or not necessarily agree, at least after you point it out to them, they begin to ‘see it too’, and it changes people’s behaviour.

So yes, to be silent and just accept something, without taking any action, even a simple thing like writing a post on FB, or mentioning to your friends, is a thousand times better than not doing anything at all.

We are all influenced by the people we meet and the things we read.

I have never heard any Ustaz ever mention anything about ‘dosa suami’ to the extent that, when I first read that, I actually subconsciously said to myself, “is there such a thing as dosa suami”. How very much ‘brainwashed’ we are, when people with self-interest perhaps, or biased, are left to lead without space for challenge, check and balance, just look at politics, that’s enough. It will not be for the benefit of the general population, or people at large. There will be some parties that stand to gain something, by this ‘one sided view’ of religion. I won’t say which.