Hari ni nak share post tentang kahwin. Pelik bila fikirkan, ada ke orang yang ingat kahwin ni senang?

Siapa yang kata kahwin tu senang memang menipu atau tertipu.

Nak kata senang untuk suami, banyak tanggungjawab. Nak kata senang untuk isteri pun, tak juga. Banyak pengorbanan.

Maka, berhentilah dengan persepsi kahwin tu senang, kahwin tu mudah.

Ya, saya setuju, permudahkan perkahwinan untuk mereka yang mahu, mereka yang bersedia untuk jadi suami dan isteri, bukan dari segi fizikal sahaja, tetapi dari segi kematangan, persediaan kewangan bagi pihak lelaki, persediaan emosi, persediaan mental, dan paling penting persediaan dari segi agama.

Kalau dah hantaran pun susah, nasihat saya tunggu dan puasa dulu.

Nanti kalau dah kawin macam mana jika hantaran pun tak mampu? Agama pun tak ajar main redah je. Semua kena ada ilmu.

Ok, jom baca post kawan saya:

Nurul Izzah is with Nur Jalila Mohd Ariffin and 20 others.
20 hrs · 

MEMANG SUSAH PUN

Kahwin memang susah pun. Bukan susah sikit. Susahnya banyak. Kalau kau lelaki merungut susahnya kahwin kerana hantaran yg tinggi dengan segala macam adat yg menyusahkan, ketahuilah bahawa hakikat perkahwinan yg kau harap dimudahkan itu SEBENARNYA MEMANG SUSAH.

Meski kau hanya diminta mahar sepotong surah alfatihah, tanpa sekeping syiling kau keluarkan,ia tidak menjadikan hakikat perkahwinan setelah itu automatik semudah yg kau impikan. Mengapa? Yang namanya berkat itu bukankah akan jadi mudah?

1. TELADAN. Beban menjadi teladan yang baik, kau suka atau pun tidak sudah tergalas atas kau. Teladan pada solat kau,pakaian kau,bahasa kau, sikap dan perilaku kau semuanya akan diperhatikan. Tak kisahlah kau dari Henry Gurney pun. Apatahlagi kau dari Maahad Tahfiz, Al Azhar, al-al-al segala.

2. NAFKAH. Wajib yang amat. Berdosa-dosalah kau tak laksanakan walau kau tak mampu. Sebab itu,kalau asal usul memang tak mampu nak beri nafkah,haram kahwin. Sebelum kahwin lagi yang kau kena takut dan fikir susahnya adalah bab nafkah. Simpanan kau itu adalah tabung nafkah kau bila start hari 1st kau kahwin.

Jangan cuba2 lah nak tawakkal kalau kau calculate tabung kau,bulan pertama kahwin pun kau tak boleh nak bagi nafkah zahir. Postpone nikah dan berpuasalah dulu.

3. ISTERI DAN KELUARGA. Tekanan psikologi memang hebat. Kau akan berdepan dengan pertembungan hak isteri dan hak ibu bapa kau. Di tangan kau terletak segala pilihan dan keputusan. Bila, di mana dan bagaimana kau letakkan prioriti2 memang rumit. Belum lagi bila ada yg terluka, berselisih faham dan hubungan menjadi keruh. Kau jugalah makhluk yg menjadi player utama.

Paling ekstrim dan sering juga berlaku,perselisihan hak dan tanggungjawab inilah sering membawa perceraian.

4. ANAK. Anak datang bukan dengan kecomelan dia semata-mata. Anak datang dengan hak nafkah ke atasnya. Hak utk didikan yg baik dan hak mempunyai ibu bapa yg baik lagi dapat diteladani. Kalau kau merokok depan isteri kau rasa No Hal lah! Tapi munculnya anak kau kat muka bumi,kau campaklah semua rokok kau sekali dengan tabiat buruk kau yg lain.

Yang susahnya lagi,anak kau akan hidup di zaman jahiliyah moden yg sangat scary. Kau lengah,lalai, dan tidak serius membesarkan anak2 kau, akibatnya kau akan menyesal melihat di balai polis.

Ada hadis mengatakan kemiskinan menghampiri kekufuran. Ada benarnya. Kalau dah 11 tahun kahwin, anak pun sudah 6 orang,kau masih di setinggan. Anak2 kau pun kau lupa berapa umur,bila akan exam,dah makan ke belum. Kau hadaplah hukumannya nanti.

Cukuplah. Banyak lagi kesusahan lain bila kau nak berkahwin. Kau interviewlah kawan2 kau yg dah happily married tu.Kau tak perlu bising2 kahwin tu susah sebab hantaran lagi. Faham?