Alhamdulillah, tiga hari lepas (Rabu 18 Oktober) semasa cuti Deepavali, sempat berjalan dengan keluarga melawat Tasik Kenyir. Alang-alang dah tinggal kat Kelantan, kalau boleh, nak jalan tengok semua tempat-tempat menarik yang berdekatan. Mana tau esok lusa dah nak pindah tempat lain, boleh jalan-jalan tempat lain pulak.

So dah lama juga la nak tengok Tasik Kenyir tapi belum sempat. Kami pun main redah je, yang tau, Tasik besar. Bila google tengok ada Water park, tetapi review kurang memberangsangkan. So, google lagi terbaca review tentang elephant conservatory.

Menarik sebab nak ikutkan, waterpark, anak-anak dah biasa pegi Sunway Lagoon. Bila baca review macam tak berbaloi pula pegi Tasik Kenyir semata-mata nak main kat waterpark.

Ni review yang menarik tentang Elephant Village:

http://www.pojiegraphy.com/2015/07/terengganu-apa-yang-menarik-di-kenyir.html?m=1

Kami pun tak pernah lawat pusat pemeliharaan gajah, jadi buat keputusan yang paling obvious, jom lawat Kampung Gajah lah. Bertolak dari KB awal pagi, lepas solat subuh, breakfast, dalam 7.30am keluar rumah.

Mengikut maklumat dalam internet, 10.30am ada elephant show. Kami guna waze dan dijangka sampai dalam 10pagi. Ok lah.

Parking banyak kosong lagi dan orang pun tak ramai. Sementara turun, jalan ke kaunter tiket, husband tanya soalan, kami bawa baby jalan-jalan, parking pun mula penuh sikit dan dua bas sampai. So masuk dulu untuk mengelakkan traffik jam dengan 200 orang yang datang naik bas.

Pada pandangan saya, ‘bangunan’ elephant observation tower atau menara untuk melihat gajah memang baru dan cantik. Cuma bertingkat-tingkat kena turun naik, untuk orang yang kurang upaya atau orang tua atau kurang sihat, tak nampak lif atau alternatif yang lain (atau mungkin saya tak perasan).

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Dan lagi satu, saya tak pasti kalau hujan macam mana, tapi bila dah masuk dalam menara pemerhatian gajah, memang semua ada atap.

Anak-anak pula sangat teruja, tak sempat nak berhenti tengok gajah pun dari menara-menara tersebut. Dia orang asyik lari dari satu menara ke menara berikutnya. Antara menara-menara pulak ada titian tergantung. Ni pun bagi saya sesuatu yang jarang jumpa.

Image may contain: one or more people, bridge, tree, selfie and outdoor

Mungkin kalau jalan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan, ambil gambar dan memerhatikan gajah, boleh lah makan sejam. Tapi dek kerana mengajar anak-anak, cepat sangat sampai ke tempat ‘persembahan gajah’.

Image may contain: bridge and outdoor

Menara-menara dan titian-titian semua nampak baru dan bersih, cuma mungkin kekurangan info menarik. Kalau di luar negara, biasanya, akan ada beberapa papan tanda.

Image may contain: tree, sky, plant, mountain, outdoor and nature

Akhirnya sampai pun ke tempat tidur gajah-gajah. Masa ni memang dah semput la turun naik berapa tingkat, mungkin hampir sepuluh. Berpeluh juga. Tapi seronok. Kat bawah tu kandang gajah. Tak boleh dekat, nanti gajah akan aggresif. Boleh bagi makan gajah, ambil gambar, dan naik gajah. RM10 seorang, sekejap je, tak sampai lima minit rasanya naik gajah tu. Saya memilih untuk tidak naik tapi anak-anak, suami dan maid semua naik.

Image may contain: 1 person, standing, tree, outdoor and nature

Kali pertama pegang gajah. Kasar kulitnya dan bulunya sangat keras, macam berus.

Image may contain: outdoor and nature

Maksima dua pelawat sekali, termasuk pelatih, jadi tiga orang. Yang ni hanya gajah-gajah dewasa atau yang besar, yang kecil-kecil tak terlibat.

Image may contain: one or more people, tree and outdoor

Lepas semua orang dah puas naik gajah dan bagi makan, kami tunggu persembahan pula. Sebenarnya saya sedikit kecewa kerana 80-90% persembahan adalah gajah-gajah buat ‘tricks’ yang pastinya mereka dilatih. Mungkin harapan untuk melihat dan mendengar bagaimana gajah dalam keadaan alami expectation yang terlalu tinggi dari saya, mengapa perlu ada kampung gajah/conversatory dan sebagainya.

Apapun, anak-anak dan orang ramai yang datang teruja dengan persembahan gajah-gajah tersebut.

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

Dan yang terakhir, gajah-gajah akan sembur audience. Dah ready duduk kat belakang jadi tak kena. Hehehe.

Kami tak ikut mandi bersama gajah. Lepas habis persembahan terus keluar. Anak-anak nak main air. Telefon waterpark, hari tu kebetulan tutup.

So kami pegi sampai ke pusat penerangan dan maklumat (ikut je sign tepi jalan). Hotel pun tak banyak pilihan, ada yang renovate maka tinggal satu sahaja (tak ingat nama). Kami pun cari tempat makan (ada restoran berdekatan) dan tempat solat (ada surau). Bilik air untuk orang awam sama seperti tempat-tempat lain, agak kurang menyenangkan walaupun takde lah kotor sangat. Masih baru.

Suami telefon dan berjumpa terus, boleh naik bot mandi air terjun dari pukul 3-5 petang. Anak-anak pun suka lah.

So lepak lah kat situ tunggu pukul 3petang sebab parking pun penuh. (Boleh nampak Kenyir waterpark dari situ).

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and water

Sewa bot.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, cloud, outdoor and nature

Bot singgah ke taman rama-rama. Biasa je la, sebab dah pernah pergi yang kat KL.

Lepas tu terus ke air terjun. Nama pun tak ingat. Pada pendapat saya, biasa-biasa sahaja.

Image may contain: plant, outdoor, nature and water

Lepas anak-anak puas mandi, balik lah.

Image may contain: sky, outdoor, water and nature

Saje nak share gambar boat-house, boleh sewa dan tinggal semalaman tapi entahlah, kurang minat memancing ikan sebenarnya.