Alhamdulillah, baru habis kemas beg baju dan rumah yang bersepah selepas lebih seminggu ditinggalkan. Tak sabar nak tulis blog tentang cuti kali ini.

Beberapa minggu yang lepas, adik ipar yang kerja di Johor buat proposal cuti untuk adik-beradik termasuk ibu mertua, 4 hari 3 malam di JB; hari pertama Waterpark Legoland, hari kedua Legoland Themepark, hari ketiga Hello Kitty dan Thomas park dan hari ke empat di Universal Studios, Singapore.

Image may contain: 1 person, smiling, standing
Banyak ambik gambar kat Legoland, tak juga, sebab banyak jaga baby. Aisey.

Legoland dah pernah pergi tahun 2013, masa tu anak bongsu belum lahir lagi.

Singapore dah dua kali pergi, 2010 kerja, melawat NUS dan Mac tahun ni 2017, teman suami pergi surgical conference. Universal Studios Singapore (U.S.S.) belum sempat lagi pegi.

Masa pegi Singapore bulan Mac lepas, plan asal nak juga pegi Universal Studios, tapi tak best la jalan sorang-sorang. Masa tu, sampai Singapore dah tengah hari sebab fly dari Kota Bharu ke KLIA then terus ke Changi Ariport. So petang tu kita orang jalan-jalan kat SEA Aquarium (taxi driver yang recommend), lebih kurang macam Aquaria KLCC jugak, cuma lagi besar, dan yang Singapore tu memang tepi laut je, so guna air laut gak. Where as yang KLCC kan tengah-tengah bandar… Lepas dah jalan-jalan dengan hubby, kaki pun dah sakit keesokan hari, dan rasa pelik la pulak jalan sorang-sorang, takde kawan nak cakap-cakap, dan gambar hanya selfie je la, kan? So hari keesokannya jalan-jalan kat Marina Sands Bay saje sorang-sorang, ok la, pemandangan cantik, dan yang paling best, free je. Suasana macam kat Eropah, cuma cuaca panas macam kat Malaysia. Haha.

Maka, bila dapat peluang untuk pegi bawa anak-anak, terus jawapan adalah YES! NAK PEGI!

Anak no2 pula dah pegi awal tahun (cuti sekolah bulan Mac 2017) masa lawatan sekolah dengan kawan-kawan. Anak-anak yang lain ternganga sahaja sebab takde siapa nak bawa masa cuti hari tu. Ayahnya kerja. Saya pulak takde kudrat nak travel sorang-sorang bawa anak-anak jauh sampai ke Johor/Singapore. Alhamdulillah, rezeki dia orang, dapat juga pergi kali ni.

Highlight untuk saya adalah Universal Studios Singapore. Ye lah, tahun 2000 dan 2005 dah pergi Disneyland Paris, dua kali, pertama jalan-jalan dengan suami dan yang kedua, bawa dua orang anak dan babysitter (arwah sis in law). Pernah juga pegi Alton Towers kat UK, teman suami. Masa tu adik ipar yang tengah study kat UK ikut sekali, maka dia orang berdua lah naik roller coaster yang menakutkan (white-knuckle) seperti Oblivion dan Nemesis. Saya tengok je dengan perasaan sangat lega.

Hakikatnya, diri sendiri memang boleh dikategorikan sebagai penakut la bab rollercoaster ni. Pengakuan berani nih. Pelik juga macam mana orang lain boleh rasa naik roller coaster tu best.

Maka, sesiapa yang macam saya, kurang berani naik roller coaster, tetapi sebab dah bayar mahal nak masuk Universal Studios, dan nak jalan dari Kota Bharu sampai Johor Bahru bukan nya senang, maka saya buat keputusan awal mesti naik juga semua roller coaster yang ada.

Malam sebelum nak pegi Universal Studios, google cari tips.

No automatic alt text available.
Entrance kat Hollywood, terus pergi ke Sci-Fi City untuk Battlestar Galactica, lepas tu Transformers. Kemudian terus ke Ancient Egypt untuk The Mummy. Lepas tu boleh makan kat Oasis Spice (dekat dengan the Mummy).

Ini antara tips paling penting:

  1. Bila sampai, terus aim naik semua rides yang paling best. Jangan buat kesilapan macam masa di Legoland, banyak ambik gambar, lepas tu jalan je ikut pusingan macam jam, dari satu ride ke ride yang lain. Itu strategi yang salah dan banyak rides tak sempat naik. Dah la kali ni kami travel 3 buah keluarga, semua dengan purata 3-4 orang anak, ada 2 kategori pulak tu, satu group umur 1-3 tahun, dan group anak-anak kedua lingkungan umur sekolah menengah dan rendah (tapi layak ketinggian minima nak naik semua rides yang ada). So, masa mula-mula sampai, bahagi dua kumpulan, satu group babysitters (mak/ayah termasuk maid dan babies) dan lagi satu kumpulan ibu bapa & anak-anak yang dah besar/cukup tinggi minima untuk naik roller coasters yang best.
  2. Group bawa baby jalan sambil lewa, ambil gambar dan naik rides bergilir atau yang boleh bawa baby sahaja (hahaha).
  3. Group lagi satu buat senarai semua rides yang paling best, pergi naik rides tersebut, lepas tu baru jalan2 ambik gambar (kalau larat).

Oleh kerana masa pegi Legoland (dua hari sebelum tu), saya dah join group Baby, kali ni saya ikut group thrill seekers pulak. Anak saya yang no2 lead the way (dia kan dah pegi masa cuti sekolah dulu), terus bawa kami ke Battlestar Galactica, Cylon roller coaster.

Ni tips untuk mereka yang agak penakut macam saya tapi nak rasa naik roller coaster at least sekali sebab, bila lagi kan?

  1. Abaikan dan jangan baca segala description tentang rollercoaster seperti ketinggian 14 tingkat dan sebagainya. Sampai kat tempat tu, jangan tengok pun track rollercoaster tersebut. (Kalau tengok, gerenti rasa gerun. Lepas dah selamat naik, baru saya tengok betul-betul track roller coaster cylon, quite scary….). Terus masuk beratur.
  2. Barang-barang macam beg tangan, botol air semua kena simpan dalam locker. Free je, untuk 90 minit. Ada screen, tekan rent locker, masukkan ikut instruction date of birth atau finger print dan kita akan diberi nombor locker. Nak buka balik lepas dah habis, klik retrieve locker, boleh pilih bahasa Melayu/BM, don’t worry.
  3. Masa beratur tu jangan fikir sangat dan jangan dengar cerita-cerita orang lain yang menakutkan. Tengok je budak-budak yang jauh lebih kecil dan pendek dari anda yang sedang beratur dan rasa best je nak naik roller coaster tersebut (takkan tak rasa tercabar kot? Hahaha).
  4. Jangan tengok apa-apa video atau descripsi yang mungkin menakutkan anda tentang ride tersebut.
  5. Satu saja tip yang saya rasa sangat berharga adalah, jangan tutup mata anda masa tengah naik roller coaster. That’s right. “Don’t close your eyes”, my son said. Dan dia je lah seorang yang dah pernah naik Cylon sebelum tu. Kenapa? Kami tertanya-tanya. Saya pun takut nak tanya. Masa dalam ride tu, saya pun teringat kata-kata anak saya, dan betul, kalau buka mata kita akan nampak sama ada nak terbalik ke, pusing kiri kanan, dan sebagainya, maka kita boleh anticipate pergerakan dan takde lah ‘tercampak’ atau ‘terumbang-ambing’ tetapi rasa macam lebih ‘in control’.
  6. Naik roller coaster yang paling menggerunkan dahulu, kemudian rides yang lain akan ‘pale in comparison’. (Dan yang paling menggerunkan di Universal Studios Singapore adalah Cylon Battlestar Galactica).
  7. Dari segi kualiti rides dan hiburan lain, memang taraf antarabangsa dan setara dengan Disneyland Paris (kerana biasa juga pergi Sunway Lagoon, Legoland Johor, Lost World of Tambun, Escape dan sebagainya), cuma beza kita tak perlu jalan jauh ke luar Malaysia atau sampai ke Eropah dan benua lain, dan boleh saja naik kereta macam kami buat, tinggal di Johor dan drive ke Singapore balik hari, untuk menikmatinya.
  8. Pengalaman naik Cylon: tak sempat nak menjerit. Bukan tak nak jerit, tapi tak sempat, baru nak jerit sebab terbalik, dah pusing tempat lain, dan macam tu lah sampai the end of the ride. Fuh. Best. Tapi cukup lah sekali. Anak saya yang no2 naik sampai 6 kali sebab masa nak balik (dalam 6.30pm-7pm) dah tak ramai orang.
Image may contain: 1 person, smiling, bridge, sky and outdoor
Tak banyak ambik gambar sangat sebab lebih fokus nak naik semua rides. Ni gambar wajib lepas dah naik Cylon & Human. Still alive hahaha, dan tudung pun masih ok lagi.

Sebenarnya, pagi nak pergi Universal Studios tu (6hb Disember 2017), macam-macam insiden berlaku. Yang pertama, hari sebelum tu kereta adik ipar no2 tak boleh start, bateri dah kong. Maka kami kena beli jump starter. So dah kurang satu kereta.

Pagi nak pegi Singapore pulak, driver baru sedar kereta adik ipar no1 takde roadtax. Sebenarnya, roadtax dah bayar, cuma sticker tercabut dan tak tahu kat mana. Masa tu pulak, dah keluar dari homestay (park kat depan bangunan sebab nak berkumpul dulu), so kena lah transfer makanan dan barang-barang ke kereta adik ipar no2 (termasuk anak2), last-last yang pergi, 2 buah kereta sahaja (mengikut plan asal 3 kereta, tapi tak termasuk anak yang kurang sihat dan yang last minute mak bapak decide tak nak bawa sebab kecik lagi).

Dekat immigration Singapore pulak, maid Indon kami kena masuk office jumpa big boss, sementara maid adik ipar yang naik kereta lagi satu terlepas macam tu saja. Hurmmmm, takpelah. Akhirnya, ok, lepas. Cuma suami dan maid kena turun kereta dan ambil masa la jugak. Jalan guna waze (destination Universal Studios Singapore), tapi mula-mula kereta pertama yang lead the way ambik wrong turn, jadi lepas tu kami lead the way tapi akhirnya sampai lambatlah sikit, dalam 11am.

Tu yang masa register locker untuk Cylon (dekat je dengan pintu ride) dah 11.23am/11.32am. Lepas naik Human, WA group dalam 12.50 dah. Human ok lah, boleh juga angkat tangan dan jerit. Tak se-menakutkan macam Cylon. Best juga. Untuk dua-dua ride ni kami buka kasut, ye lah, baru je sampai kan. Kalau dah hilang kasut sebelah, macam mana nak jalan kat tempat lain, lain la kalau dah nak balik. Sebelum naik tu ada tempat nak letak kasut.

Lepas tu terus ke Transformers. Best. Macam dalam movie la, dia ada cerita, robot bercakap sesama robot dan kami duduk ‘dalam transformers’ juga. Bergaduh sesama dia orang dan kami ada part yang ‘kena makan’ dengan robot. Ada la turun naik berpusing sikit tapi ok je bawa handbag.

So habis la kat Sci-Fi part of the theme park. Terus pergi next Revenge of the Mummy. Nampak tak? Kami target rides je. Beratur, naik, next ride. Tapi panas, haus dan lapar so beli air refillable (S$26 a= RM80), comel la botol ada kepala Transformers dan besar dalam 1 liter, kami semua minum share-share. Beli popcorn sikit. The Mummy best tapi tak ambik gambar sebab, macam firaun je. To me, its the second best roller coaster after Cylon & Human. Sebab ada element of surprise and thrill.

The Mummy pun ada cerita jugak, macam dalam movie, tapi dia ada unexpected twists, tu yang thrill lebih sikit berbanding Transformers.

Lepas tu, entah macam mana kami ‘ter’naik Treasure Hunt. Mungkin sebab penat, dan dekat, tapi ya Allah bosannya dan membazir masa sahaja. Nasihat saya, tak payah la naik kecuali terpaksa.

Ada dua kali masuk bilik air di Universal Studios dan boleh kata bersih lah, taraf antarabangsa juga. Yang paling saya tak suka cuti-cuti Malaysia ialah bilik air atau public toilet yang kotor. Bilik air di Universal Studios besar dan banyak, maka saya akan jalan masuk yang antara paling belakang dan jauh dari pintu masuk sebab ni memang jarang orang guna dan bersih. Boleh bawa botol plastic isi air untuk cuci seperti biasa sebab takde paip.

Surau pun ada, so senang je, surau dekat dengan Sci-Fi/BattleStar Galactica ride.

No automatic alt text available.
Bila nak masuk 7malam, rides pun dah tak ramai orang. Boleh naik almost tanpa beratur. Tak perlu express pass bagai. Park pun tutup malam, so sempat sangat la nak round semua. Yang penting, ada stamina! Haha.

Masa ni dah pukul dua dan kami pun semua dah lapar, malam sebelum tu pun dah check kat website, memang ada restoran-restoran dengan makanan halal. Kami pun kebetulan lalu restoran dekat dengan The Mummy, Oasis Spice, terus masuk. Dia ada set Briyani ayam S$15 dan kambing S$18. Bagi saya yang kambing tu/lamb shank sangat sedap. Sempat pula geng yang habis makan cepat naik The Mummy lagi sekali as single rider, dan memang cepat la pergi as single rider. Tapi tak seronok la kan sebab takde geng.

Lepas dah refuel, teruskan pergi canopy flyer, boleh la, best juga tapi sekejap sangat. Naik pula yang belakang so tak nampak jalan ke mana. Berbaloi kalau tak payah queue panjang.

Then Puss in Boots, hurmmm, yang ni roller coaster untuk budak-budak. Anak-anak buah bila dah habis cakap “tu je? Itu je?” Hahaha. Beratur panjang la jugak dan kalau tak silap, takde line untuk single rider. Pada pendapat saya, kalau skip ni pun, tak rugi lah.

Satu lagi ride yang saya ingat kita orang naik adalah Jurassic Park Rapid Adventure. Yang ni masa nak masuk, orang dia dah warning, basah, nak masuk barang kat locker tak? Kami pun tanya anak saya, basah sikit ke basah lencun, dia kata nasib. Mungkin basah sikit/teruk, bergantung dengan tempat duduk. Hurmmm, maka sebab locker kena bayar, kami pun make decision redah je. Phone simpan dalam purse. Dia orang pulak nak cepat sebab queue agak panjang, jadi masuk as single rider.

Dapat la duduk sebelah lelaki dan tepi yang kena air agak banyak. Kat sini menyesal la juga naik as single rider. Sebab bot bulat dia boleh naik dalam 8 orang. Memang nasib siapa yang kena air banyak especially kalau duduk tepi. Dan dia akan naik kat tempat tinggi then wooosh, turun ke bawah, walaupun angkat kaki semua, memang basah. So hurrrm, masa kat Sunway Lagoon pun ada a similar ride la, saya tak rasa rugi sangat kalau tak naik yang ni, kena pakai selipar biasa je so that cepat kering. Husband siap buka kasut letak kat belakang antara dia dan seat, maka kasut dia tak basah. Hahaha.

Dan last sekali kami masuk Shrek 4D adventure, movie yang ada special effects la. Sakit juga kerusi dia lambung masa scene naik kuda/kereta kuda. Ok lah.

Kesimpulan Universal Studios Singapore, sehari memang cukup nak round semua tapi kena ada clear plan dan target, mengikut objektif lawatan. Tak perlu express pass bagai. Pakai kasut yang selesa. Minum air banyak je tempat refill yang free (kat tempat beratur untuk rides atau luar bilik air). Makanan halal dan tempat solat pun semua ada. Beli tiket online, boleh stay Johor dan drive/balik hari untuk jimat kos perbelanjaan.

Kami tinggal homestay di Medini, rasa macam duduk di kondo Mont Kiara. Best tapi agak mahal la, sebab nak tinggal ramai-ramai dan ada yang suka masak-masak. Tempat tu dekat dengan Legoland dan Hello Kitty land.

Image may contain: 2 people, people smiling, sky and outdoor
Pemandangan masa jalan dari carpark nak pegi ke Hello Kitty dan Thomas Park, di Puteri Harbour. Cantik.

Hello Kitty dan Thomas Park pula sesuai untuk kanak-kanak riang umur tadika dan ke bawah. Sebenarnya, shoplot sahaja yang kat tingkat dua, Hello Kitty dan tingkat 3, Thomas park. Ada lah rides dan playground yang best untuk kanak-kanak riang tahap tadika dan ke bawah. Kami spend separuh hari sahaja kat situ, ok la, siap ada makan tengah hari free. Fully airconditioned.

Image may contain: 2 people, people smiling, indoor
Anak-anak lelaki yang masa kecil peminat Thomas, dah besar tak nak we-fie dah dengan Mummy and Thomas, hahaha.

Legoland pulak, sebab dah pernah pergi Waterpark, saya skip dan pergi Johor Premium Outlet. Ok juga, first time pergi PO sebab saya pun bukan kaki shopping sangat. Banyak kedai dan yang mana ada good bargains tu ramai la orang.

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor and closeup
Johor Premium Outlet. Tak beli apa-apa pun, hahaha.

Legoland Theme Park, pada pendapat saya, better la ada strategy. Kali ni saya sempat naik VR (virtual reality) roller coaster je, sebab layan baby, tu pun naik masa petang, cuaca mendung dia orang tak kasi speck mata VR jadi macam roller coaster biasa je. So bagi yang thrill seekers bila pegi Legoland, boleh la cepat2 try VR sebelum mendung.

Image may contain: one or more people and people sitting

Ok, insya Allah saya akan update dengan sedikit info tentang kos, moga bermanfaat bagi yang merancang trip yang serupa.

 

Advertisements