Alhamdulillah, 2017 kini tinggal kenangan, banyak yang manis, ada juga yang pahit. Apa pun, saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang meneruskan perjalanan hidup. Hari ni anak-anak dah pegi sekolah, tinggal yang bongsu masih belum bangun. Malam tadi ada bangun pukul 2-3pagi, dah agak dah pagi ni bangun lambat.

Sementara tunggu nak hantar adik pegi kindy, nak kongsi kisah pengalaman anak bersekolah di sebuah sekolah rendah berprestasi tinggi (SBT) di Kota Bharu.

Anak sulung dulu sekolah harian biasa di Petaling Jaya, Selangor. Jadi boleh la saya bagi sedikit perbezaan antara sekolah harian biasa dan sekolah SBT.

Oleh kerana anak bungsu baru je masuk 3 tahun beberapa minggu yang lepas, saya pun masih bekerja part-time, jadi tak boleh la nak commit tolong sekolah seperti yang boleh dibuat, andai kata saya tidak bekerja atau tiada anak kecil. Apapun, alhamdulillah, dapat tolong sikit-sikit pun, sangat puas hati.

Sekolah di Kelantan (setakat ni, yang anak saya hadiri) semua single session sahaja. Pagi sahaja. Kalau sekolah di PJ, semua double session, sesi pagi dan petang. Ni (double session) memang dari dulu lagi, zaman saya sekolah (darjah satu 1984). Memang lah single session lagi bagus sebab anak-anak segar waktu pagi. Ok juga sekolah petang bagi yang bukan ‘morning person’ .

Mungkin untuk tahun-tahun lain, dari darjah 1-5, tak banyak beza antara sekolah biasa dan SBT. Darjah satu di KB, takde kelas KAFA, jadi half day setiap hari. KAFA hanya start masa darjah dua. Tu pun, 3 hari seminggu sahaja. Kalau di PJ, KAFA adalah setiap hari, Isnin sampai Jumaat. Jumaat je start lambat sikit lepas solat Jumaat.

Semua sekolah ada streaming. Untuk darjah satu, ada exam, sama-ada sebelum sekolah (PJ) atau selepas sekolah dah mula (KB), dan untuk darjah yang lain bergantung pada exam result tahun sebelumnya.

Exam wise pula, di Selangor ada UPKK masa darjah 5 dan PSRA masa darjah 6, UPSR masa darjah 6. Di Kelantan tiada PSRA, jadi masa darjah 6 boleh fokus kepada UPSR.

Yang saya nampak, perbezaan ketara adalah masa anak masuk darjah enam.

Sekolah biasa dan SBT ada buat sesi untuk ibu bapa pada awal tahun/hujung tahun sebelumnya, untuk bagi penerangan tentang peperiksaan UPSR. Tapi SBT ada banyak aktiviti2 tambahan sepanjang tahun, dan banyak aktiviti yang melibatkan PIBG/ibu bapa.

Yang saya ingat, sebagai contoh, SBT ada buat sesi motivasi/ceramah oleh ibu bapa tentang kerjaya/topik2 berkaitan, menghias kelas sebelum sekolah bermula (yang ni sekolah biasa pun ada buat), menyediakan makanan semasa kelas tambahan, lawatan sekolah, dan yang paling penting, ada group whatsapp untuk ibubapa dan guru-guru.

Oleh kerana PIBG SBP ni sangat aktif, ada juga group WA khas untuk tiger mums atau ‘ibu-ibu hebat’. Sebab terkadang tu ada isu nak tanya atau diskus bersama parents sahaja, dan ada pula isu-isu yang sesuai dibincang dengan semua, jadi elok sangat ada group WA untuk ‘social support’ parents (mental and emotional support sekali, insya Allah). Group WA khas hanya untuk isu berkaitan darjah 6 sahaja dan takde benda-benda lain di share di situ. Kalau nak share benda-benda lain, boleh share dalam group tiger mums hahaha.

Selain PIBG yang sangat aktif dan komited, pihak sekolah pun punya pelbagai aktiviti yang tiada di sekolah biasa, contoh: dress up as a character in a book semasa aktiviti ‘books come alive’, dan anak-anak banyak peluang mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti diperingkat kebangsaan dan juga negeri.

Kelas tuisyen untuk UPSR pula, kalau di sekolah harian biasa di PJ, hanya dapat diadakan waktu pagi (7-7.30pagi sebelum kelas bermula) dan half day hari Sabtu, di SBP KB pula, setiap petang (sebab takde kelas KAFA) dan juga malam. Memang saya sangat kagum dan respect dengan komitmen yang diberikan guru-guru darjah enam. Diri sendiri belum mampu nak buat macam Cikgu-Cikgu buat.

(Anak yang dulu sekolah kat PJ ada sebut, Cikgu-Cikgu di sekolah PJ susah nak buat kelas malam sebab ada yang tinggal jauh; contoh rumah di Sg Buloh. Ya, betul, ingat lagi, kesian juga pada Cikgu-Cikgu di sana, dan memang saya rasa keadaan di Selangor ramai yang commute great distance untuk kerja (saya pun pernah mengalami situasi yang sama masa tinggal sana). Oleh itu, post ni bukan nak condemn mana-mana pihak, cuma fokus pada yang positif).

Selepas ujian trial, Guru Besar sekolah buat kelas tuisyen khas untuk para pelajar near miss waktu pagi (7-7.30am). Terkejut saya sebab first time dengar Guru Besar pun mengajar sekali.

Oleh itu, tidak menjadi kejutan (it comes as no surprise) bila keputusan SBP untuk UPSR baru-baru ini sangat baik, walaupun ada juga pelajar2 yang kecundang atau tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Janji dah buat yang terbaik, serah kepada Allah untuk tentukan rezeki di mana.

Dan tidak menjadi kejutan, ramai yang mendapat tempat di Sekolah Kawalan dan ramai juga yang dapat interview MRSM, dan ada beberapa yang mendapat tawaran SBP. Tahniah kepada semua anak-anak, moga sekolah dan anak-anak terus cemerlang di masa akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua Cikgu-Cikgu yang mengajar anak-anak saya di PJ dan juga KB.