Alhamdulillah, akhirnya berpeluang menjengok dan melihat sendiri masjid sebuah sekolah menengah di Kota Bharu pagi tadi.
Dah lama Ustazah minta tolong, kalau tak silap November tahun lepas, berkenaan pembelian lima mesin penghawa dingin untuk bahagian perempuan. Bahagian lelaki dah lengkap dengan empat buah mesin penghawa dingin/air cond, tetapi semuanya mesin lama lah, contohnya aircond rosak di bilik guru, dihantar ke kedai untuk baiki kemudian pasang semula di masjid.
Antara bahagian lelaki dan perempuan pula, hanya ada pintu selebar lebih kurang 1.5meter, jadi nak harapkan udara sejuk dari bahagian lelaki masuk ke tempat perempuan tu, sangat tipis. Semasa lawat tadi pun boleh rasa agak hangat walaupun cuaca di luar mendung.
Di bawah adalah gambar-gambar bahagian dalam dan luar masjid yang saya ambil pagi tadi:
Sesiapa yang sudi membantu boleh bank in kepada:
CIMB
Nama akaun: Masjid SMK
No akaun: 8602196361
Boleh baca tentang perkembangan awal masjid di blog post terdahulu: http://mazlyns-kids.blogspot.my/2016/06/projek-ramadan-no5-masjid-smk-di-kota.html









