Assalamualaikum semua,

Bismillahirahmanirahim.

Ok, 25hb Februari tahun ni, sekolah anak ada bagi surat. Ni untuk daftar murid tahun 1 yang akan mula sekolah tahun 2020.

Saja nak tulis info kat sini sebab surat ni, memang akan buang lah kan. Saya takde anak yang lahir 2.1.2013-1.1.2014. Tapi insya Allah, maklumat yang perlu di masa akan datang.

  • Langkah pertama, kena buat permohonan online/atas talian di http:/public.moe.gov.

Lepas dah buat permohonan atas talian, bawa dokumen-dokumen berikut ke sekolah:

  • cetakan borang daftar online
  • sijil lahir/sijil anak angkat – asal & 1 salinan
  • kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga – 1 salinan
  • surat cerai/perintah jagaan anak – 1 salinan (jika berkaitan)
  • bil elektrik atau bil air sebagai bukti tempat tinggal – 1 salinan
  • dua keping sampul surat beralamat sendiri (6″ x 9″) dan dua setem RM1.00

Masa tempoh pendaftaran adalah

  • 1 Mac-30 April 2018 (untuk sesi 2020)
  • Hari bekerja
  • 8.30pagi-4ptg (Ahad-Rabu di Kelantan)
  • 8.30pagi-3ptg (Khamis)
  • 1tghr-2ptg adalah waktu rehat
  • Tempat: pejabat sekolah