Alhamdulillah, ada seorang rakan balik dari menunaikan umrah baru-baru ni. Maksud D.I.Y. adalah uruskan semua sendiri, tanpa guna ejen. Ya, kami pun tak pernah buat jadi impressed la jugak.

Dengan izin sahabat ni, kongsi sedikit kos perbelanjaan (dalam RM), insya Allah bermanfaat bagi mana-mana pihak yang berminat nak buat umrah sendiri:

Image may contain: text

Menurut kawan ni, banyak sumber rujukan umrah sendiri di vocket.

Bajet di atas adalah untuk 14-15 hari sementara pakej umrah biasanya untuk 10 hari. Boleh jimat lagi untuk tempat tinggal, tetapi kawan pilih hotel yang selesa sikit dan dekat kerana bawa ibu bapa sekali.

Mereka makan dua kali sehari, sarapan makan lambat dalam 9.30am-10pagi sebab lepas balik solat isyrak di masjid, ibunya tidur dahulu (ibunya tak nak tidur dengan perut penuh).

Pagi sebelum tahajjud/subuh, kalau rasa lapar, makan roti dengan kurma dan kopi sahaja.

Maka perut kenyang sampai asar sebab makan sarapan lambat.

Ha, itu tips nya.

Lepas asar, makan malam awal. Masak sendiri dengan periuk nasi Elba yang comel tapi memang cukup untuk 3-4 orang sebab tak makan nasi banyak sangat.

Maka, tak perlu balik ke hotel selalu sangat untuk makan. Boleh iktikaf lama di masjid.

Tetapi, kerana pergi dengan orang berumur, memang kawan ni balik ke hotel setiap waktu solat untuk guna bilik air dan rehat, maka perlu hotel yang dekat.

Kedua-dua hotel menyediakan kerusi roda, maka tak perlu bawa kerusi roda sendiri (yang dibawa dari Malaysia hilang).

Kalau perlu khidmat personal mutawif di Mekah dan Madinah, kos nya dalam 300-400, termasuk kenderaan. Mutawif adalah pelajar-pelajar university di sana.

Mutawif Mekah akan ikut sekali buat umrah dengan kita step by step dan kemudian bawa ke tempat-tempat seperti Jabal Nur, Mina, Arafah, dan lain-lain.

Di Madinah, mereka akan bawa ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Qiblatain, Uhud dan lain-lain.