Alhamdulillah, hari ni ada perbincangan dalam group whatsapp ibu-ibu tentang IGCSE.

Maklum lah, diri sendiri tak pernah ambil jadi kalau boleh, nak tahu la sikit kan.

Yang saya tahu, UPSR, SRP, SPM, Irish Leaving Certificate, Medical degree dan MRCP…yang lain, kena tanya kepada mereka yang lebih tahu.

Google juga tapi nak dapatkan exact answers to certain questions, tak jumpa. Maka tanyalah kawan-kawan yang anak mereka dah ada pengalaman.

Yang pastinya, menurut cikgu, exam ni susah dan mata pelajarannya walaupun ada overlap dengan subjek PT3/SPM, untuk pelajar kita, tough, atau sukar.

Higher standards kot, kenapa susah tu, takde pulak explanation.

Kelebihan buat IGCSE? 

Yang saya dapat dari ibu-ibu lain ialah, (1) boleh masuk pra-university/foundation setahun lagi awal. Tu je. Ok, takde lah tu je. That is a big advantage, tapi kan, kenapa tidak rombak saja local system bagi sama supaya SPM/O level equivalent di ambil masa umur 16 tahun?

Ok, dah lari topik….hahaha…fokus Mazlyn, fokus…

Itu antara salah satu kelebihan buat IGCSE.

Namun begitu, kalau lah anak nak kerja sebagai doktor di Malaysia (kenapa kerjaya doktor dijadikan contoh? Mungkin sebab ibu yang bagi tips tu pun seorang doktor), kena juga ambil SPM. So kalau dah masuk pre-U dengan IGCSE, boleh la ambil SPM kemudian as a private candidate. Jangan tanya saya sama ada ini adalah kelebihan atau kekurangan. 

Untuk doktor, memang kena ada SPM, sebab doktor yang kerja di bahagian swasta pun mesti menjalani latihan di hospital kerajaan terlebih dahulu, dan tak boleh kerja bawah SPA/suruhanjaya perkhidmatan awam jika tiada SPM.

Kalau kerjaya tidak perlu bekerja dengan JPA, tak perlu lah ada SPM.

Kelebihan IGCSE yang lain:

Lepasan IGCSE yang dapat 6A atau sekurang-kurangnya 5A1B, ada harapan ditaja buat IB atau A levels.

Tapi, belum tentu dapat belajar di luar negara.

IB atau A levels kena score, baru dapat peluang ditaja belajar di luar negara.

Bagi ibu bapa yang berkemampuan, boleh taja anak sendiri untuk buat A levels/IB.

Soalan kedua: apa yang boleh ibu bapa buat untuk bantu anak-anak yang nak menduduki IGCSE?

Jawapan:

Bagi anak-anak form 1, fokus kepada peperiksaan Checkpoint yang akan diadakan semasa bulan september/oktober tingkatan 2.

Tujuan checkpoint adalah untuk melihat potensi anak-anak dalam IGCSE nanti.

Checkpoint ada 3 subjek utama:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Maths
  3. Science – akan ada komponen biology, physics dan chemistry

Target adalah untuk anak-anak capai band 5 untuk setiap komponen. Sesiapa dah capai band 5, tak perlu risau sangat untuk IGCSE.

Image may contain: text

 

(1) Bagi anak yang belum menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, perlu menguasai BI dengan baik. Boleh hantar tuisyen/kelas tambahan jika perlu.

(2) Boleh hantar kelas persediaan CP (checkpoint) & IGCSE

Disadvantage: harga agak mahal.

Kalau tak silap, satu subjek, half day RM270 untuk CP.

Untuk IGCSE, kelas satu module RM870.

Contoh2 kelas tambahan yang kawan-kawan rekomen untuk pelajar form 2:

IGCSE Excel kat Denai Alam

Parents IGCSE MRSM buat revision time school break – Classvruum

MyIGCSE kat Bukit Jelutong & Seksyen 14 Shah Alam

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Dan boleh masuk group FB:

No automatic alt text available.

Kat bawah ni link untuk bahan sokongan (tak habis baca lagi, baru buka satu dah garu kepala but that’s ok):

http://www.cambridgeinternational.org/programmes-and-qualifications/cambridge-secondary-1/cambridge-checkpoint/support-material/

Apa beza subjek IGCSE & PT3/SPM?

Physics, biology & chemistry dah belajar masa form 1

Addmaths mula belajar masa form 2 untuk checkpoint, dan juga masa form 3

Silibus sains KPM belajar masa form 3 (tak belajar masa form 1 & 2)

Untuk MRSM pula:

First semester (6 bulan = 1 semester syllabus KAT1 (kemahiran asas tingkatan 1)

Ini tak dikira exam untuk first semester

Sumber:

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu-ibu yang meluangkan masa memberi tips:

  • Dr Kharmila Abdullah
  • Dr Wan Norhasliza
  • Puan Haslinda
  • Dan lain-lain