Dah lama nak update tips dan nasihat ibu-ibu lain berkenaan IGCSE dan bersekolah di MRSM yang menawarkan IGCSE tapi tak sempat.

Alhamdulillah, curi masa sikit…

Untuk pelajar form 1 khususnya…

Cerita pasal exam memang tak habis-habis…ok:

Masa semester satu ada banyak exam dan quiz tetapi tidak termasuk untuk CGPA.

CGPA 3.5 ke atas dapat Anugerah Pengetua/ Deans list

Anugerah Lonjakan Saujana bagi pelajar yang fail kemudian naik CGPA pada peperiksaan seterusnya (dikira untuk % kenaikkan).

Bermula semester kedua, baru keputusan peperiksaan di kira. Jadi ‘redah sahaja lah’ para pelajar. Do you best, ok.

Ada satu MRSM ni, memang banyak intake. Masa daftar pun diberitahu, tiap-tiap minggu ada intake. Maka para pelajar yang dapat peluang, gunakan sebaiknya.

Pelajar yang baru masuk, jangan terkejut, dalam masa beberapa hari akan ada ujian diagnostik. Contoh: masuk hari Isnin, Khamis ada exam.

Fizik, Kimia & Bio…

Lagi satu penyebab culture shock; ada subjek kimia, fizik dan biologi semasa tingkatan 1. MRSM premier hanya belajar topik2 ni semasa tingkatan 4, macam sekolah KPM yang lain.

Tetapi, nama sahaja fizik, kimia & biologi, sebenarnya semua ni memang komponen subjek sains. Syllabus pun tak jauh dari sukatan KSSM, dan ada topik2 yang tidak dipelajari secara mendalam berbanding KSSM. Maka, boleh la bagitau anak-anak, tak perlu risau sangat. Nama lain; tapi kandungan sama….

Keputusan peperiksaan Checkpoint sains, result adalah detail by topic, iaitu biologi, kimia & fizik. Supaya ibu bapa boleh lihat di mana kekuatan dan kelemahan anak, jika ada.

 

Buku-buku rujukan pula, ada ibu-ibu yang bertanya, nak beli di mana, harga Lazada boleh tahan…

Menurut pandangan seorang ibu, buku-buku rujukan tak perlu sebab Maktab dah bagi buku teks, Maktab juga ada bagi Past Year Questions (PYQ), jadi tak perlu beli lagi.

PYQ Maktab beli as institution dan share kepada para pelajar, biasanya harga akan lebih murah berbanding beli sebagai individu.

Melainkan anak-anak yang minta kerana mereka nak buat…hehehe

Yang di jual di internet adalah original dan biasa harga pun boleh tahan mahal, menjadi kelaziman akan ada ibu bapa fotostat dan jual, ini adalah perbuatan melanggar etika.

Untuk ibu-ibu yang nak beli buku boleh cari di MPH & MPH online, Midvalley, Subang Parade & OU

Ni buku-buku yang digunakan oleh beberapa pelajar sebagai contoh buku rujukan yang boleh dibeli:

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: stripes

No automatic alt text available.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text
Contoh beli di Subang Parade MPH harga RM79 (diskaun 10%)
No automatic alt text available.
Combined topics for Checkpoint

No automatic alt text available.

Tips: MPH senang nak beli, pergi ke mana2 outlet dan order, mereka boleh hantar ke outlet yang nak kutip

Post FB group berkenaan buku-buku:

https://www.facebook.com/groups/169818526694163/permalink/652891875053490/

Website lain yang ada latihan percuma:

https://igcserevision.wordpress.com/

https://drive.google.com/drive/folders/0Bz2F8f8WJhHtbTJoTzF3X1pKN0E

https://www.pdfdrive.net/igcse-books.html

https://papers.gceguide.com/IGCSE/Mathematics%20(0580)/

https://drive.google.com/file/d/0B9vSkK4uVvQKNGc1NXNhdUpNdjQ/view

(Form 1 adalah sinonim dengan stage 7 & 8

Stage 7, 8 & 9 adalah untuk form 1-2)

http://www.dianaishak.com/2017/04/igcse.html

 

Tips-tips lain:

Jika pelajar ingin sambung aktiviti ko-kurikulum dari sekolah lama, perlu lah berjumpa sendiri dengan guru berkenaan contoh taekwondo, pelajar perlu pergi sendiri berjumpa guru taekwondo.

Untuk kunci locker:

Ada yang pakai kunci basikal beli daripada Mr DIY

Jika tinggal berdekatan dan hendak hantar barang, tinggalkan di bilik guard, anak boleh pergi ambil di sana.

Masa terbaik untuk call anak selepas 10.30pm, waktu prep habis

Pukul 6.30ptg waktu makan malam, 7pm dah berada di surau. Lepas solat terus prep.

Handphone:

Dalam kawasan akademik memang tak dibenarkan guna phone. Boleh caj di kawasan tertentu sahaja. Ada pelajar yang caj semasa prep di Dewan Selera, jika duduk berdekatan tempat caj.

Celcom adalah rangkaian terbaik dan mudah komunikasi menggunakan WA.

Boleh video call.

Beberapa kisah menarik yang boleh dikongsi dengan anak untuk menjadi sumber inspirasi:

Ada seorang pelajar IGCSE dari MRSM TAR telahpun ke Manchester untuk melanjutkan pelajaran dan tidak perlu mengambil SPM.

Outstanding Cambridge Learners Award, Malaysia 🇲🇾
9 MRSM students received the Top in the World awards for their outstanding performance in Cambridge IGCSE 2017.

The recipient for Top in the World in English as a Second Language is Nia Naja bt Ahmad from MRSM Parit.

The recipients for Top in the World in Mathematics (w/out coursework) are…
1. Sarah Aida bt Sahhadiyatan (MRSM Kubang Pasu);
2. Ayman Fitri b Zahidi (MRSM Langkawi);
3. Syed Irfan Mustaqim b Syed Ahmad Tajudin (MRSM Langkawi);
4. Muhammad Khalifah b Mohd Kamal (MRSM Parit);
5. Nur Iman Zahirah bt Zaihan (MRSM Tun Abdul Razak);
6. Siti Farah Inani bt Zulkifly (MRSM Tun Abdul Razak);
7. Nur Aisyah bt Md Ariff (MRSM Kuala Kubu Bharu); and
8. Nabil Darwish b Nazaruddin (MRSM Kuantan).

Tahniah kepada yang berjaya!

Lagi soalan dari ibu bapa…

Bagaimana jika pelajar gagal dalam peperiksaan? Apakah yang akan berlaku?

Jawapan: Selalunya akan ada resit paper/dibenarkan ambil peperiksaan ulangan.

Pelajar yang lemah tidak akan dibuang tetapi akan diberi kelas tambahan untuk memperbaiki prestasi. Fokus adalah kepada pelajar yang mendapat CGPA 2.0 ke bawah.

Ada juga pelajar yang menukar masuk ke sekolah harian kerana ‘tidak dapat’ hadapi IGCSE.

Tips kedai dobi 

Dobi Aunty: yang boleh basuh & iron, hantar tengah hari, petang dah siap iron. Di pekan berdepan Tadika Cerdik Ceria. Ahad pun buka sampai tengah hari, jika hantar petang sabtu, ahad pun boleh ambil.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Kedai buku untuk beli alat tulis seni yang tidak ada di AEON:

Image may contain: car and outdoor

 

Tips dan sumber2 maklumat di atas adalah daripada:

Dr Wan Norhasliza

Dr Kharmila

Puan Zalina

Puan Mala

Dr Linda

Dr Laila