Alhamdulillah, tiba bulan Mei 2018. Rasa sekejap sahaja dah empat bulan berlalu.

Pagi tadi hantar anak pegi kelas berenang. Ye lah, abang-abangnya dah belajar masa tinggal di Petaling Jaya dulu. Masa tu dia kecik lagi. Jadi ini lah peluang dia nak belajar berenang pula. Nasib baik tempat belajar berenang pun tak jauh mana.

Lepas kelas berenang, pegi beli tudung untuk baju raya anak, baju raya dia dah beli semalam. Bagus la anak perempuan ni, paling advance, orang lain semua belum beli baju raya lagi.

Anak yang bungsu pula macam-macam kerenah sepanjang hari, seperti biasa.

Petang dan malam pula tolong anak sulung buat projek sejarah untuk PT3. Ok lah, nasib baik dapat pantau dan tolong. Kalau anak yang dah duduk kat asrama macam mana mak ayah nak tolong ye.

Lepas tu, tadi, tiba-tiba terfikir, betapa banyaknya pengorbanan ibu.

Pengorbanan ibu bermula saat mengandung…

Masa mula-mula mengandung, dengan loya dan kurang sihat, nak kerja pun jadi bertambah susah, dah la kerja doktor houseman/intern tu, takde lah mudah pun. Nak kata susah pun tak jugak lah, lebih kepada kerja kuli/orang suruhan, ikut sahaja perintah orang atasan. Tapi kerjanya susah kerana sibuk dan letih yang fizikal. Bila dah naik pangkat nanti baru lah susahnya lebih kepada mental kerana nak memikirkan cara terbaik menguruskan pesakit pula.

Bila dah mengandung, tambah pula dengan loya, muntah, tak selera makan, atau terlebih selera makan, pening kepala, penat dan letih, sakit belakang, jalan perlahan (bila dah berat), baju kena beli untuk orang mengandung (yang fesyen sangat tak menarik), dan macam-macam lagi lah yang kalau orang tak mengandung dan bersalin tak perlu lah tempuhi.

Tiada peneman appointment jumpa doktor semasa mengandung…

Dah la tu, sepanjang mengandung, masa pegi appointment jumpa doktor OBGYN dan GP, tak pernah suami ikut sekali, kecuali satu appointment sahaja. Ni masa mengandung anak kedua dan doktor pakar OBGYN suruh bedah, tapi saya belum buat keputusan, so masa nak buat keputusan tu, suami nak ikut sekali tapi dia terlambat, so masa dia datang dah bagitau OBGYN memang nak buat bedah/bersalin secara caesar.

Selain tu, memang biasa datang seorang je.

Anak yang ke-empat sahaja yang adalah beberapa kali suami dapat ikut masa check up sebab dia kerja Kelantan dan saya tinggal di Petaling Jaya, jadi kalau appointment hari Jumaat tu ok la, dia ikut sekali.

Lepas bersalin pun ibu dan anak jumpa doktor tanpa peneman…

Lepas bersalin, Alhamdulillah, anak-anak takde masalah sangat kecuali kuning sikit. Semua pun baik sendiri takde kesan serius. Jadi, appointment pertama lepas dah balik rumah, diri sendiri masih pantang jadi yang tu je la suami bawak baby jumpa doktor untuk check masa umur seminggu tu, untuk timbang berat dan sebagainya.

Lepas tu, appointment enam minggu, injection vaksin, semua mak yang buat sampai yang umur 2 tahun…dan kebanyakkannya mak buat seorang (anak ketiga dan keempat dah balik Malaysia, so kadang-kadang maid ikut lah), sebab suami seorang doktor yang sibuk.

(Jadi kalau ada para pembaca yang berniat nak berkahwin dengan doktor, pastikan anda bersedia mengharungi cabaran berseorangan semasa mengandung dan selepas mengandung…saya juga bernasib baik sebab keempat-empat anak dilahirkan secara terancang, maka suami pun boleh la ambil cuti, kalau jenis yang beranak tanpa tahu tarikh lahir tu, mungkin juga suami tak sempat berada di sisi)

Kesian mak, tapi dah nasib badan dan dah terbiasa.

Masa tinggal di PJ, hantar, ambil sekolah, tadika, kafa, kumon, uruskan tuisyen, hantar kelas berenang, taekwondo, shichida, semua mak yang buat atau uruskan.

Masa anak sakit pun, mak yang bawakan jumpa doktor, pegi hospital, beli ubat.

Sampai lah tahun 2016, setelah membuat keputusan untuk pindah ke Kelantan semula atas beberapa faktor tertentu. Baru lah suami tolong hantar dan ambil anak dari sekolah, tuisyen, kumon, tu pun ada masa yang mak kena buat sebab ayah terlalu sibuk.

Sebenarnya ibu sangat bersyukur dapat membantu anak-anak dalam semua perkara, dari isu kesihatan kepada isu pendidikan, dan juga hal-hal lain seperti hobi dan minat anak-anak. Harapan ibu supaya anak-anak menghargai pengorbanan ibu dan berjaya di dunia dan akhirat.