Ada beberapa projek tahun ni Alhamdulillah, sebelum ‘hilang’ tenggelam dalam post-post facebook yang lain, nak simpan sini dulu:

Ramadhan ke-24. Sesiapa ingin membantu anak sulung keluarga asnaf (10 adik-beradik, pendapatan RM1k sebulan) yg berjaya mendapat tempat di University, rujuk bahagian komen.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Hamidah (ibu pelajar) +60 19-929 7508.

Akaun anak:
Nama: Wan Qurratu Marsha binti Wan Zulmajdi
Bank Simpanan Nasional (BSN).
No akaun: 03011-41-00004590-3

Image may contain: text
Maaf posting ni agak panjang, tapi saya rasa perlu tulis sebab nak dengar pendapat semua.
 
Beberapa hari yang lepas, seorang ibu yang saya kenal melalui aktiviti di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu hantar whatsapp. Ibu ini memang dari keluarga asnaf yang layak zakat. Anak ada sepuluh orang, pendapatan RM1k sebulan. Suami tiada kerja tetap.
 
Anak yang sulung baru lepas SPM dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM. Diploma sains geomatic. Kali pertama saya dengar ‘geomatik’ dan terpaksa google untuk tahu lebih lanjut.
 
Mereka minta sedikit bantuan kewangan untuk bayar yuran dan beli barangan persiapan. Kampus UiTM di Arau, Perlis. Ok, takde hal. Insya Allah, dengan crowd-funding, boleh bantu.
 
Semasa saya membaca website UiTM, banyak pula larangan (warning) supaya pelajar jangan terima tawaran lepas tu pergi tempat lain pulak. Tergerak hati nak tanya, ada ke dapat tawaran ke tempat lain?
 
Ada.
1) Diploma medical assistant (MA) – UniKL
2) Diploma akauns – Kolej Politeknik MARA (KPTM)
3) Diploma sains geomatik – UiTM
 
Kalau macam ni, kena la jumpa face-to-face dengan anak dia sekali.
 
Tanya cikgu untuk sahkan, ya, pelajar ni pelajar yang baik, suka tolong cikgu. Guru-guru sekolah pun banyak tolong keluarga ni sebab tahu keadaan kewangan mereka.
 
Menurut anaknya, dia minat nursing tetapi keputusan tak memenuhi syarat.
 
Dapat 4A, 7 kredit.
 
Dia minat kerja yang memerlukan interaksi dengan orang lain. Sebab tu pilih pembantu perubatan (MA).
 
Tanya pula kawan-kawan, sekarang ramai MA yang menganggur. Terlebih bilangan dari pekerjaan (oversupply).
 
Tapi tak tahulah sama ada keadaan akan berubah sebab kerajaan baru dengar cerita akan implementasi dasar ‘public-private partnership’.
 
Kawan saya yang bekerja sebagai MA syorkan buat Grab dulu untuk setahun, lepas tu, tengok macam mana keadaan.
 
Tapi dia anak sulung perempuan, Grab di Kota Bharu, pendapatan tidaklah seperti Grab di Klang Valley. Saya tak rasa ibu bapa dia akan benarkan pindah KL untuk buat Grab.
 
Idea lain adalah: kerja courier sebab sekarang online bisnes tengah trending. Kumpul duit dulu, tahun depan baru pilih untuk sambung belajar, nasihat kawan saya.
 
Kebetulan dia juga ada kenalan dalam bidang juru ukur. Saya memang tak ada kenalan langsung.
 
Bidang juru ukur pula, kerja lebih kepada adanya projek. Bila projek dah selesai, mungkin kerja tak ada. Nak naik gaji pun bukan mudah.
 
Walaupun anaknya minat juga sebab kerja yang praktikal, tetapi prospek kerja bunyi seperti kurang memberangsangkan.
 
Pagi tadi saya sempat bertanya kepada seorang rakan akauntan, katanya diploma akauns memberi peluang baik untuk dapatkan kerja kerana ada pemilik bisnes yang tidak mampu bayar degree holder. Kerja ada insya Allah jika tidak memilih dan peluang untuk sambung sarjana pun ada.
 
Ada pula kawan yang lain cadang ambil pra-diploma di UiTM dalam sains kesihatan kerana ada elaun.
 
Tanya pula kawan bahagian physioterapi – paling dekat di Unisza dan requirement 5A. Ramai yang menganggur. Kalau nak yang prospek kerja baik, ambil bidang berkaitan information technology, software development dan sebagainya.
 
Bantuan kewangan boleh minta Baitulmal untuk once-off, lepas tu boleh minta PTPTN. Jika cemerlang, CGPA 3.5 ke atas, boleh tukar dari pinjaman jadi biasiswa.
 
Saya dah sampaikan semua maklumat kepada ibu tersebut dan mereka berbincang.
 
Kalau anak saya, kemungkinan besar saya akan pilih diploma akauns.
 
Tapi mereka risau kos pengajian. Anak mereka dapat A untuk akauns dalam SPM.
 
Anak nombor dua pula tingkatan 5, dan anak ke-3 tingkatan 4. Anak bungsu darjah satu. Dah minta tolong saudara tapi mereka juga dalam keadaan terhimpit kerana ada beberapa anak yang juga masih belajar dan perlukan wang.
 
Semalam saya singgah sebentar kampus KPTM tanya, yuran RM3010, asrama RM1080 untuk satu semester. Tempoh pengajian 2 tahun, 4 bulan.
 
Apa pandangan anda?
Komen-komen yang menarik:
Salwa Hamdan Saya mohon mencadangkan untuk ambil kursus berasaskan kemahiran. Cari institut latihan yg ada tawarkan kursus dgn kerjasama industri supaya ada jaminan peluang kerja lepas tamat latihan. Institut latihan awam sperti IKBN tiada yuran pengajian, tinggal di asrama dan makan 5 kali sehari juga tiada yuran,dpt elaun RM200 sebulan. Cuma perlu sediakan bayaran pendaftaran masuk shaja (maximum RM1-2k). Bayaran yuran one-off semasa masuk daftar sahaja.Jika di Kelantan, ada IKBN Bachok dan Tanah Merah. Terengganu- IKBN wakaf tapai dan Kemasik.
Salwa Hamdan Mazlyn Mustapha permohonan melalui UPU. Cuma IKBN akan buat pengambilan secara individu selepas ni. Kejap sy cari link ye
Salwa Hamdan Mazlyn Mustaphahttp://kemahiran.kbs.gov.my/ms/# ini link website umum IKBN/IKTBN .. FB page @ILKBS
Salwa Hamdan Mazlyn Mustapha FB page IKBN masing2 juga ada.. boleh search memgikut nama IKBN tersebut.. contoh IKBN Kemasik Kemaman Terengganu Rasmi
Niza Hamiri Mazlyn Mustapha accounting. imho better future compared to other course offered to her.
Niza Hamiri i have met MAs from colleges under kementerian kesihatan waiting up to 12-18month to be called to work. Ni KKM tau.

Job opportunity in Klang Valley is said to be better, regardless what the field is. But then again, it also depens on how motivated the candidate is.

Accounting, you can work freelance, part time etc depending on the company.

Healthcare job prospects… is no longer what it’s used to be.

Azura Aslar Accounts peluang kerja lebih besar. Tak semestinya jd account executive. Banyak cabang utk kerja with extra certifications, professional or not.

Geomatic, I need to make a research..😅

IT yes esp courses related to aritificial intelligence, because we’re in the booming era of Internet of Things. Everything need to have SMART device & apps. My company also expanding business for non fare revenue in IT.

Hannah Meirion Ambil diploma di politeknik.. yuran pun murah..
Hannah Meirion Mazlyn Mustapha kalau accounting ni yuran rm200 per sem, yuran koperasi mula rm400 tak silap, yuran asrama rm600..

Second sem yuran belajar rm200, yuran koperasi + dlm rm150 mcm tu.asrama di pkb ni rm60 per sem

Hannah Meirion Tp saya rasa asrama yg rm60 pun dpt andai buat rayuan..lepas tu blh apply ptptn ..minta duit zakat dgn maik.tak silap ada bantuan sehingga rm1500
Hannah Meirion Politeknik kok lanas
UPU.MOHE.GOV.MY
Sari Intan Md Saleh Saya akan sarankan accounting. Tapi tu lah.. kalau tak minat, susah juga.

Kurang minat sebab kerja takde interaksi sangat dengan orang.
Sari Intan Md Saleh Tapi kalau dapat kerja bahagian HR, jenuh juga interact dengan orang. 
Azura Aslar Yes, blh je masuk HR entry level utk buat payroll….

Sari Intan Md Saleh Azura Aslar Ya, saya pun terfikir bahagian payroll. I’m pretty sure accounting mana department pun interact dengan orang. Bukan belek akaun je.

Azura Aslar Sari Intan Md Saleh yup. Blh masuk under training Dept of HR jugak atau Dept yg manage benefit for staff. Big companies ada a dedicated Dept for that like my company. Strategy & performance Dept pn blh masuk.

Pendek kata, the options are endless & x limit to type of industries. Semua industries dia blh pegi. So the chances of getting hired are higher.

Aina Yusof Akaunting lbh mudah dpt kerja. Semua kedai, pasaraya, kilang, company memerlukan kerani akaun. tp tgk la atas minat dia pula. For me, why not try kursus kemahiran. Boleh kerja sendiri, boleh buat duit sendiri.